Minggu, 02 Februari 2014

Kreativiti Kitar Semula - Pasu Daripada Barang Terbuang


pasu kitar semula dari barang terbuang
Sudah lama label kitar semula tidak mempunyai entri terbaru. Topik yang menjadi tunjang utama blog ini. Kali ini kreativiti kitar semula kembali dengan satu tema iaitu pasu daripada barang terbuang. Sebelum itu, sudahkah anda menjadikan amalan kitar semula sebahagian dari kehidupan anda? 

Begitu banyak kebaikan dan kepentingan yang boleh anda peroleh dengan mengitar semula, Ianya bukan sahaja mendatangkan kebaikan dan manfaat kepada manusia, malahan kepada semua hidupan dan alam sekitar. 

Kebaikan Kitar Semula

Pertamanya, kitar semula dapat mengurangkan penggunaan bahan mentah baru. Anda pun sudah maklum, kebanyakan bahan mentah diperoleh daripada sumber hutan. Misalnya, kertas diperbuat daripada pokok dan tayar-tayar kenderaan diperbuat daripada getah. Jika amalan kitar semula diabaikan dalam kalangan masyarakat, negara kita bakal kepupusan hutan yang merupakan ekosistem terpenting untuk kehidupan.

Habitat haiwan-haiwan yang tinggal di dalam hutan juga berkemungkinan besar akan  pupus. Mereka juga boleh membahayakan nyawa manusia kerana apabila haiwan-haiwan tersebut kehabisan sumber makanan, mereka akan  berkeliaran di kawasan kediaman manusia untuk mencari makanan.

Di samping itu, masalah kesan rumah hijau dapat dikurangkan melalui kitar semula. Menurut kajian, penghasilan barang baru daripada bahan mentah menggunakan lebih banyak tenaga berbanding menghasilkan barang baru daripada barang terbuang.

Gas-gas yang dikeluarkan dari kilang seperti karbon monoksida , sulphur oksida dan metana marupakan punca kesan rumah hijau sekali gus menjurus kepada pemanasan global. Hal ini terjadi apabila banyak tenaga yang digunakan ketika menghasilkan sesuatu barang.

Satu lagi kebaikan kitar semula adalah ianya berpotensi menangani masalah kekurangan tapak pelupusan sampah.  Buat pengetahuan rakyat Malaysia, negara kita dilanda masalah kekurangan tapak pelupusan sampah.

Kuantiti sampah di Malaysia saban tahun semakin meningkat. Tidak mustahil, suatu hari nanti kawasan perumahan kita juga boleh dijadikan tapak pelupusan sampah. Mahukah anda? Sampah-sampah ini juga akan mencemar tanah dan air yang menjadi sumber kehidupan kita dan hidupan lain.

Selain itu, kitar semula boleh memberikan keuntungan. Kebanyakan penduduk yang kurang pendapatan, boleh mengasah bakat mereka untuk menghasilkan sesuatu yang baru dan kreatif daripada bahan terbuang. Sebagai contoh, surat khabar boleh diinovasikan menjadi sebuah bakul yang cantik dan menarik sekali. Berbagai-bagai kraf tangan lain yang boleh dihasilkan daripada surat khabar mahupun tayar-tayar lama. Seterusnya, kraf-kraf tangan yang dihasilkan boleh dipasarkan dengan harga yang berpatutan.

Pasu Kitar Semula Dari Barang Terbuang

Anda juga boleh menyumbang kepada semua kebaikan dan kepentingan kitar semula ini. Kali ini anda boleh mencuba kreativiti kitar semula ini yang menggunakan barang terbuang untuk dijadikan pasu bunga yang menarik, unik dan mengujakan. Jimat belanja dan alam terpelihara...Marilah menyumbang ke arah kebaikan bersama untuk masa kini dan masa depan.

pasu kitar semula dari barang terbuang
Pasu daripada tayar terbuang

pasu kitar semula dari barang terbuang
Pasu daripada bekas tin. 

pasu kitar semula dari barang terbuang
Pasu gantung daripada botol plastik

pasu kitar semula dari barang terbuangpasu kitar semula dari barang terbuang
Pasu daripada kasut 'Croc' dan bakul

pasu kitar semula dari barang terbuangpasu kitar semula dari barang terbuang
Pasu daripada rak dan beg tangan

pasu kitar semula dari barang terbuangpasu kitar semula dari barang terbuang
Pasu daripada pallet dan cerek

pasu kitar semula dari bahan terbuang pasu kitar semula dari bahan terbuang
Pasu daripada botol kaca dan almari solek

pasu kitar semula dari bahan terbuang pasu kitar semula dari bahan terbuang
Pasu daripada kasut tumit tinggi dan kasut

pasu kitar semula dari bahan terbuang
Pasu daripada baldi atau tong

pasu kitar semula dari bahan terbuang
Pasu daripada kasut 'boot"

pasu kitar semula dari bahan terbuang
Pasu daripada kereta!

Tidakkah kreativiti kitar semula ini menarik? Jika anda ada barang-barang terbuang seperti diatas, cubalah kitar semula dan jadikan pasu untuk pokok bunga anda. Pasti ramai yang teruja dengan keunikan dan keistimewaannya. Menjadi tarikan untuk menarik minat orang lain juga untuk melakukan kitar semula.

Bersama Menjayakan Kitar Semula 

Sekiranya kita bijak dalam menilai sesuatu barangan terbuang serta kreatif mengolahnya menjadi sesuatu barangan lain yang berlainan fungsi, pasti hasilnya cukup menarik dan eksklusif! 

Tidak semua dari kita mampu menghasilkan produk-produk kitar semula, tapi janganlah semua benda yang sudah lama, rosak dan bahan terbuang itu di anggap sampah dan di buang begitu sahaja. Ingatlah, setiap satu darinya terhasil dari sumber alam semulajadi yang terhad. Gunakanlah ia semula dengan kreatif dengan kreativiti kitar semula atau juallah ia di tempat kitar semula agar ianya dapat di proses menjadi bahan asas semula.... Anda untung, kehidupan terjaga dan alam pun terpelihara...Insyaallah.


1 komentar: