Assalamualaikum dan salam sejahtera. Anda sudah jadikan kitar semula sebagai amalan dalam kehidupan anda? Cuba lihat apa yang anda buang ke dalam tong sampah.
Adakah kertas-kertas dan kotak dibuang? Adakah tin-tin minuman dan makanan disitu? Adakah botol-botol plastik didalamnya?
Tiada! Tahniah! Saya tahu anda memang seorang yang cukup cintakan alam semulajadi. Anda sungguh prihatin menjaga alam sekitar dan inginkan suasana yang sihat, nyaman dan segar. Ada memang pengamal kitar semula!
Kitar Semula... Demi Kesejahteraan Hidup
Anda patut berbangga kerana anda berjaya mengurangkan pencemaran akibat dari pertambahan bahan buangan di tapak pelupusan sisa pepejal. Anda berjaya melambatkan kemusnahan alam dan penggunaan tidak terkawal sumber semulajadi. Anda juga dapat mengurangkan kesan rumah hijau dan pemanasan global.
Mentol terbuang kitar semula |
Selain pengumpulan dan penjualan ke pusat kitar semula, barang terbuang ini juga boleh anda jadikan pelbagai barangan kegunaan lain yang menarik serta berlainan dari fungsi asalnya.
Inilah keistimewaan idea kreatif. Ia bukan sahaja menjadi sebahagian dari amalan kitar semula tetapi juga dapat menjimatkan wang anda dari membeli sesuatu yang baru tapi sama sahaja kegunaannya.
Inilah keistimewaan idea kreatif. Ia bukan sahaja menjadi sebahagian dari amalan kitar semula tetapi juga dapat menjimatkan wang anda dari membeli sesuatu yang baru tapi sama sahaja kegunaannya.
Cara Kreatif Guna Barang Terbuang
Berikut diperlihatkan beberapa cara kreatif kitar semula barang buangan yang dapat anda jadikan ilham atau idea untuk digunakan semula. Mungkin anda mampu pula menjadikan ia kepada sesuatu yang lebih menarik. Bukan sahaja menjimatkan, malah boleh dijadikan sumber pendapatan yang lumayan hasil dari kreativiti kitar semula barang terbuang ini.
Kreatif bukan! Bukan sahaja menarik malah sungguh unik.
Carilah seluar jean buruk anda dan lakukan kreativiti kitar semula ini.
Jangan buang sudu buruk anda kerana ia juga berguna.
Cantik dan menarik sekali akan idea kreatif kitar semula ini!
Susah sangat nak membelek buku resepi sambil memasak. Ha! kini
ada jalan penyelesaian. Penggantung baju pun boleh! Jangan buang ye...
Pasti ramai yang berminat dengan jam unik ini. Basikal anak anda sudah
buruk dan tidak boleh digunakan lagi? Apa lagi... kitar semula!
Anda boleh ambil rinya dan buat seperti ini. Kini ia anggun bergaya didinding rumah anda!
Kayu pallet atau kotak kayu limau CNY anda juga berguna. Cara amat kreatif kitar semula.
Mesti tidak lekang pujian terhadap kreativiti anda ini!
Antara hiasan taman kitar semula anda dengan menggunakan tayar terbuang.
Sungguh cantik dan menyerlah!
Lampu hiasan di syiling rumah yang sungguh unik dan bergaya, hanya kitar semula
menggunakan bahan terpakai dan terbuang.
Ini pula lampu tidur yang sungguh menarik.Ianya hanya perlukan
sedikit idea kreatif untuk menggubah ukiran kegemaran anda!
Barang Terbuang Juga Bernilai
Sekiranya kita bijak dalam menilai sesuatu barang terbuang serta kreatif mengolahnya menjadi sesuatu barangan lain yang berlainan fungsi, pasti hasilnya cukup menarik dan eksklusif!
Tidak semua dari kita mempunyai kemahiran dan idea kreatif untuk membuat hasil kreativiti kitar semula, namun janganlah semua benda yang sudah lama, rosak dan barang terbuang itu di anggap sampah dan di buang begitu sahaja. Ingatlah, setiap satu darinya terhasil dari sumber alam semulajadi yang terhad.
Anda boleh kumpulkan dan juallah ia di tempat kitar semula agar ianya dapat diproses menjadi bahan asas semula.... Anda untung, kehidupan terjaga dan alam pun terpelihara...Insyaallah.
Terima kasih bersama Relaks Minda. Jom! kitar semula... fikir dulu sebelum buang!
Tidak ada komentar:
Posting Komentar