Kamis, 21 Februari 2013

Rekaan Kreatif Perabot di Ruang Tamu, Bilik Dan Pejabat

Kali ini kita lihat pelbagai rekaan menarik bertemakan perabot yang kreatif dan unik. Rekaan yang memudahkan, boleh di ubah suai, penggunaan ruang yang minimum dan eksklusif. Idea rekaan kreatif yang memberi anda idea dalam dekorasi perabot yang unik dan menarik di ruang tamu, bilik mahupun pejabat anda.

Ada diantaranya mampu menyelesaikan masalah ruang dan susun atur perabot di ruang yang terhad. Kegunaan yang pelbagai memberikan anda penjimatan dan rekabentuk yang menarik menyerikan ruang anda selain memberikan nilai eksklusif.

Kongsikan pendapat anda dan nilaikan sendiri keistimewaan ciptaan-ciptaan yang menarik ini.

kerusi dodoi
Kerusi yang di sekalikan dengan tempat tidur bayi yang boleh pula di buai.
Satu rekaan yang amat berguna buat si ibu untuk membuat kerja sambil duduk atau membaca di samping mendodoi si comel yang lena.

perabot berubah bentuk
Rekaan yang umpama sebuah robot transformer yang boleh berubah bentuk menjadi perabot yang pelbagai. Sesuai untuk ruang yang sering di gunakan untuk pelbagai aktiviti kerana mudah untuk di kemas dan di alih. 

hiasan juga rak
Kreativiti seni menjadi hiasan dan juga berfungsi  sebagai sebuah meja dan rak.
Nampak sungguh menarik dan kreatif sekali.

meja tepi katil
Kabinet di tepi katil yang menyembunyikan sebuah meja mudah alih yang amat praktikal.
Sesuai bagi mereka yang memerlukan makan dan minum hanya di atas katil.

rak di ruang sempit
Rak yang menggunakan ruang sempit yang selalunya terbiar kosong.
Rekaan ini dapat mengoptimumkan penggunaan ruang dan memberi anda ruang simpan tambahan.

meja pelbagai guna
Rekaan meja yang sungguh kreatif. Pelbagai kedudukan boleh di gunakan.
Berdiri, duduk di kerusi malah bersila pun boleh.

meja mudah alih
Meja mudah alih yang cukup praktikal. 
Letaklah di mana sahaja...

kabinet bawah tangga
Rekaan ruang simpan di bawah tangga yang amat menarik. 
Kemas dan tersorok

katil berbuai
Ingin di buai ketika tidur. Rekaan ini memenuhi hasrat anda.
Jangan sampai bergolek katil tu dah le...

kabinet bawah tangga
Satu lagi rekaan kabinet di bawah ruang tangga. 
Rasanya yang tadi lagi menarik dan praktikal.

sofa katil
Rumah anda tidak mempunyai bilik yg cukupi? Biasanya anak bujang akan tidur di ruang tamu sahaja.
Rekaan ini memberi keselesaan buat mereka. Kerusi sofa ruang tamu boleh di ubah suai menjadi sebuah katil yang selesa.

kabinet berlaci
Mahukan rak/laci bertingkat yang banyak dan mudah digunakan. Inilah rekaan yang praktikal.
Menyediakan ruang simpan yang banyak dan pelbagai. Walaupun tinggi tapi mudah untuk di ambil. 

Jangan tanya saya pula di mana hendak dapatkan barangan rekaan-rekaan di atas kerana saya hanya mendapatkan gambar-gambar ini untuk memberikan idea dan berkongsi dengan anda, ianya adalah dari pelbagai sumber di internet. Jika kita sentiasa berfikiran kreatif dan di luar kotak...kita sebenarnya mampu memaksimum, mempelbagai dan memudahkan, mengeksploitasi ruang dan peralatan di rumah yang pastinya akan memberikan impak yang menarik, praktikal, eksklusif dan menawan.

Akhir sekali... Sesungguhnya semua idea rekaan ini adalah kurniaan dan anugerah Ilahi. Alhamdulilllah... bersyukur atas anugerah yang diberi untuk kita nikmati dan menggunakannya...

Mahukan lagi?...Pelbagai rekaan kreatif di :-
Rekaan Kreatif yang Menarik...2
Rekaan Kreatif yang Menarik...Peralatan Dapur


Admin...

Tidak ada komentar:

Posting Komentar