Senin, 03 Juni 2013

Artikel Pilihan busuk.org


Assalamualaikum.... Artikel ini adalah penghargaan buat busuk.org kerana memilih artikel "Kreativiti Kitar Semula - Kurangkan Kemusnahan Alam" sebagai artikel pilihan busuk.org

artikel pilihan busuk.org
Klik SINI untuk ke artikel tersebut.
Bukan mudah untuk menempatkan diri dalam artikel pilihan di busuk.org memandangkan beratus artikel di hantar/ping ke busuk.org setiap hari. 

Apa itu busuk.org? Ianya adalah satu web pilihan untuk blogger menghantar artikel atau dengan istilah biasanya ping aggregator untuk menjana trafik kepada blog anda. Ianya sebuah web ber PR2 dengan Alexa Traffic Rank di Malaysia #38. Trafik busuk.org sangat tinggi...Dalam satu-satu masa boleh mencecah melebihi 1000 pengunjung. Dalam sehari sahaja Pageview pasti melebihi 30K! 

Selama saya menggunakan perkhidmatan ini, selalunya tidak banyak trafik yang dapat di jana. Purata lebih kurang 10~20 visitor sahaja untuk satu-satu artikel. Ini mungkin kerana saya tidak meletakkan widget busuk.org di blog saya. Matlamat saya bukan kuantiti/traffik tetapi untuk mendapatkan backlink dan cuba menerbitkan artikel berkualiti dan berilmu untuk disenaraikan dalam artikel pilihan busuk.org 

Kini impian sudah tercapai. Sungguh gembira apabila artikel anda di hargai dan mampu menarik perhatian apatah lagi terbaksa bersaing dengan bukan ratusan malah ribuan artikel yang dihantar ke busuk.org dalam dalam tempoh seminggu. Tidak tahu berapa lama artikel ini akan terlekat di situ. Sedikit sebanyak ianya menambahkan bilangan trafik blog ini. Terima kasih busuk.org, walaupun namamu busuk tapi nilainya sangat tinggi.

Matlamat blogging bukan sekadar mendapat trafik yang tinggi. Kemahiran dan ilmu dalam membuat sesuatu entri berkualiti dan menjadikan blog kita sesuatu yang menarik dan bernilai seperti permainan SEO, Menaikkan PR, Alexa Rank serta Penampilan adalah sesuatu yang menyeronokkan dan mencabar. Ilmu-ilmu ini perlukan masa, pembelajaran dan pengalaman untuk mendalaminya. Tips-tip berguna dari blogger otai seperti hasrulhassan.com boleh dijadikan rujukan. Tiada jalan mudah untuk berjaya.

Jadikan blogging bukan sekadar perkongsian dari penerbitan artikel yang berkualiti dan berilmu tapi timbalah ilmu yang terdapat didalamnya...dan anda pasti merasa nikmat dan kepuasan jika anda berjaya. Umpamakan anda berada di satu gelanggang perlawanan yang bersaing untuk mencari kemenangan! 

Jangan merasa malu kerana anda menggunakan perkhidmatan ping aggregator untuk menjana trafik. Lihat kepada blogger terkenal seperti denaihati.com, kuji2.com, akubiomed.com, mereka juga masih menggunakan perkhidmatan ping aggregator. Kenapa ya? Jika perkongsian anda amat bagus, berilmu dan boleh memberi panduan dan pedoman, pastinya anda mahukan ramai orang untuk menikmatinya. Alangkah ruginya jika ianya hanya dinikmati oleh segelintir orang sahaja. Jalan mudah...ping saja! Klik SINI untuk ke busuk.org.

Belajarlah meningkatkan blog anda dalam enjin carian. Bukankah perkongsian anda itu untuk tatapan pembaca, pasti akan menjadi satu amal jariah yang memberi manfaat kepada ramai orang dan pahala berterusan buat anda...Renung-renungkanlah... 

Terima kasih kerana bersama Relaks Minda >_<

p/s : macam poyo jer entri ni...tapi itulah hakikatnya bila blogger picisan dan xterkenal dapat terpilih, ini baru oleh busuk.org...kalau award ntah le...xde harapan kot  >_<
Admin...

Tidak ada komentar:

Posting Komentar