Selasa, 18 Juni 2013

Pasu Dan Bunga Bagaikan Irama Dan Lagu...


Pasu dan Bunga Bagaikan Irama Dan Lagu
Pasu dan bunga... tidak dapat di pisahkan, begitulah perumpamaan yang dapat saya berikan.  Jika kena dengan bunga dan pasunya...pasti terserlah keunikan dan kecantikan perhiasan anda ini. Di serlahkan pula dengan susunan  kreatif di lokasi yang bertepatan dengan suasana dan temanya.

Susun atur bunga di dalam pasu anda haruslah kreatif. Ingat! Pokok bunga pun ada masanya akan berhenti berbunga seketika dan masa inilah pasu bunga dan susunannya pula yang memainkan peranan penting untuk sentiasa kelihatan menarik dan anggun.

Jangan anda lupa, saiz pasu dan pokok bunga juga memainkan peranan yang penting. Terlalu kecil pasu mungkin akan mengurangkan penggunaan tanah...maka perlukan pembajaan yang cukup dan tepat jadualnya. Terlalu besar pula mungkin menampakkan pokok bunga menjadi kerdil pula. Maka dapatkan saiz yang bertepatan antara saiz pokok bunga dan pasunya.

Pasu dan Bunga Bagaikan Irama Dan Lagu

Pasu dan Bunga Bagaikan Irama Dan LaguPasu dan Bunga Bagaikan Irama Dan Lagu

Pasu dan Bunga Bagaikan Irama Dan Lagu

Pasu dan Bunga Bagaikan Irama Dan LaguSusunan pasu bunga yang teratur dan sesuai mengikut keadaan sekeliling amat penting supaya suasana tampak menarik dan tidak janggal. 

Sebaiknya pasu tidak di letakkan terus ke tanah. Pasu lebih sesuai di letakkan di atas sesuatu yang beralas mahupun di gantung. Disinilah jenis pasu itu menjadi penting. Takkan nak gantung pasu dari tanah liat yang berat tu... kalau kecil bolehlah lagi.

Anda mesti berfikiran kreatif dalam susun atur kerana ianya memberi impak yang cukup besar. Susun atur yang kreatif dan menarik dapat menyerlahkan pokok bunga anda. Kedudukan  pasu mengikut jenis pokok bunga dan warnanya juga penting agar tampak harmoni dan tidak kelihatan janggal dan pelik.

Untuk mendapatkan susun atur yang terbaik, ianya bergantung kepada tempat di mana ianya diletakkan. Lagi kreatif tempat letaknya lagi menarik dan terserlah pesonanya.

Pasu dan Bunga Bagaikan Irama Dan Lagu

Pasu dan Bunga Bagaikan Irama Dan LaguPasu dan Bunga Bagaikan Irama Dan Lagu

Pasu dan Bunga Bagaikan Irama Dan Lagu

Pasu dan Bunga Bagaikan Irama Dan LaguWarna pasu dan warna bunga juga memainkan peranannya yang tersendiri. Ianya menambah seri kepada suasana dan bunga. 

Sebaiknya dapatkan warna yang berlawanan antara pasu dan bunga. Untuk selamat, warna tanah lebih universal untuk semua jenis bunga. Pastikan juga lokasi pasu anda dan tema di sekelilingnya... sebelum anda mewanakannya.

Namun, ciptaan Allah itu sudah cukup cantik dan sempurna. Bunga menjadi perhiasan semulajadi yang sungguh menawan dan pasti memikat setiap makhluk yang memandang. 

Dengan adanya pasu yang bersesuaian, dengan bentuk dan berwarna yang menarik, di susunan pula dengan penuh kreativiti... pasti ianya dapat menyerlahkan lagi keanggunan bunga yang mengagumkan ini. Pelbagai rekabentuk pasu bunga kini berada di pasaran... Rekabentuk yang menarik dan kreatif pasti akan menonjolkan keunikan halaman anda.

Pasu dan Bunga Bagaikan Irama Dan Lagu

Pasu dan Bunga Bagaikan Irama Dan LaguPasu dan Bunga Bagaikan Irama Dan Lagu

Pasu dan Bunga Bagaikan Irama Dan Lagu

Pasu dan Bunga Bagaikan Irama Dan Lagu
Anda nikmatilah pelbagai kreativiti pasu bunga dan susun aturnya yang mungkin dapat memberi ilham buat anda untuk mencantikkan lagi halaman rumah anda. 

Jika tidak pun... jadikanlah ia santapan mata buat anda... Sesungguhnya di jadikan segala yang indah itu untuk tatapan mata menjadi nikmat buat ketenangan dan kedamaian hati dan minda.... 

Jangan kita lupa pula untuk bersyukur kepadaNya... Allah SWT, Tuhan yang satu, memberikan kita deria pandangan untuk menikmati kecantikan dan keindahan ini... Syukur Alhamdulillah...

Pasu dan Bunga Bagaikan Irama Dan Lagu

Pasu dan Bunga Bagaikan Irama Dan LaguPasu dan Bunga Bagaikan Irama Dan Lagu

Pasu dan Bunga Bagaikan Irama Dan Lagu

Cuba anda bayangkan segala bunga hiasan ini menjadi realiti di halaman rumah anda...Pasti menawan dan memikat setiap mata memandang. Tidak ada yang mustahil jika anda berusaha menjadikannya sesuatu yang realiti... 

Bunga-bunga yang cantik berwarna-warni yang disusun mahu pun digantung indah di dalam pasu yang menawan pasti menjadi terapi terbaik untuk menikmati ketenangan dan kedamaian yang boleh anda nikmati hanya di luar pintu rumah anda ")

"Kecantikan halaman rumah anda menjadi cerminan kepada keperibadian penghuninya." 
Terima kasih bersama Relaks Minda... 

Admin...

Tidak ada komentar:

Posting Komentar