Jumat, 28 Juni 2013

Ramadhan Bulan Mulia Dan Istimewa


Assalamualaikum...Salam Jumaat. Semoga anda semua sihat hendaknya. Sedar tak sedar...hanya tinggal seminggu sahaja lagi kita akan menikmati bulan yang mulia, Bulan Ramadhan. Ramai yang tidak sabar untuk bertemu bulan yang penuh keberkatan ini. 

Selain menambahkan amal ibadat di bulan yang mulia ini, Bulan Ramadhan juga mengingatkan kita dengan beberapa perkara yang cukup sinonim dengan Bulan Ramadhan ini... Antaranya adalah buah kurma... buah seribu khasiat yang menjadi jamahan pertama tatkala berbuka. Sebut kurma sahaja pasti teringat jenama ini...Kini siapa yang tidak kenal dengan jenama Yusuf Taiyob...

ramadhan muncul lagiramadhan muncul lagi

Selain dari itu... Bubur lambuk, bazar Ramadhan, meriam buluh, pelita, buffet berbuka dan banyak lagi... Kalau anda pula apa yang istimewa yang menjadi sesuatu yang cukup sinonim menjadi ingatan di bulan Ramadhan? Itulah keunikan dan keistimewaan yang menjadikan bulan Ramadhan ini cukup istimewa dan sentiasa sahaja dinanti kemunculannya.

Ramai juga yang mengambil kesempatan di bulan yang mulia ini untuk menambahkan pendapatan. Selain berniaga makanan di bazar ramadhan, ada yang menerima tempahan untuk membuat kuih, menjahit baju dan langsir, perhiasan diri mahupun di dalam rumah dan berbagai lagi. Semoga tiada yang sekadar mengambil kesempatan...berniagalah dengan jujur dan ikhlas disamping beramal. Semoga rezeki anda bertambah murah dan berganda.

Bagi yang berkemampuan dan mempunyai masa...menyambut Ramadhan di Kota suci Mekah pasti menjadi pilihan. Ganjaran berganda melakukan ibadah di Masjidil Haram dan Masjid Nabawi pasti menjadi idaman setiap insan.

ramadhan muncul lagi

Berbuka puasa pula pasti saat yang paling dinantikan. Samaada di rumah, masjid mahupun di restoren atau pun hotel. Pelbagai juadah menjadi pilihan. Semoga tahun ini kita berubah agar tidak terlalu mengikut nafsu mata sehingga banyak makanan tidak habis dan terbuang. Makan sekadar perlu...janganlah membazir.

Banyak lagi kisah Ramadhan yang boleh kita kongsikan bersama. Anda sambunglah lagi ye.... Semoga kita di beri kesempatan dan kesihatan untuk menikmati Ramadhan kali ini...Insyaallah. Semoga Ramadhan kali ini menjadi titik transformasi untuk kita berubah...

----------------------------------------------------------------------

Terima kasih bersama Relaks Minda di hari Jumaat yang mulia ini...Rebutlah ganjaran berganda hari ini...


sunat jumaat

Admin...

Tidak ada komentar:

Posting Komentar