Minggu, 02 Februari 2014

Carta Carian Popular Google di Malaysia


Carta Carian Popular Google di Malaysia - Kata Kunci (keyword)... Itulah yang menjadi perkataan yang paling dikehendaki oleh seorang blogger yang pentingkan trafik. Ianya adalah salah satu teknik SEO yang paling berjaya untuk berada di muka hadapan enjin carian. Kata kunci yang menjadi carian terbanyak dienjin carian dapat meningkatkan trafik blog secara mendadak. 

Carta Carian Popular di Malaysia 2013Untuk mendapatkan kata kunci yang menjadi topik terhangat semasa tidak sukar sebenarnya. Topik-topik hangat yang terpampang dimuka hadapan akhbar adalah sumber rujukan terbaik. Begitu juga topik-topik berita terkini di lawan-laman web berita semasa.

Kepantasan anda menerbitkan entri cukup penting kerana isu-isu seperti ini hanya mencuri perhatian untuk jangkamasa yang pendek. Kepelbagaian mengolah kata kunci menjadi tajuk entri yang menarik perhatian menjadi amat penting untuk anda bersaing. Namun jika jumlah pencari teramat tinggi sehingga puluhan ribu, anda pasti berjaya juga mendapat sebahagian darinya. 

Carta Carian Popular Google Malaysia 2013

Untuk tahun 2013, Google telah mengeluarkan carta carian tertinggi dan popular untuk setiap negara. Berikut adalah beberapa carta kata kunci carian tertinggi dan popular di Google Malaysia untuk tahun 2013 mengikut kategori. 

Carta Carian Popular di Malaysia 2013

Carta Carian Popular di Malaysia 2013

Carta Carian Popular di Malaysia 2013

Carta Carian Popular di Malaysia 2013

Carta Carian Popular di Malaysia 2013

Ini hanyalah sebahagian kategori sahaja, jika anda ingin melihat dengan lengkap carta yang menjadi carian tertinggi dan popular di Google Malaysia untuk tahun 2013 ini, anda bolehlah ke sini : Google Trends. Anda juga boleh lihat carian tertinggi dan popular untuk negara-negara lain dan untuk seluruh dunia.

Google Trends bukan sahaja mengeluarkan carta tahunan, tetapi untuk anda yang sentiasa mahukan kata kunci dan topik carian terhangat semasa, ianya adalah rujukan terbaik. Ini kerana Google Trends juga memberikan carta kata kunci bagi topik-topik terhangat dan popular semasa di Google Malaysia setiap hari dengan memaparkan sekali jumlah cariannya.

Jika anda mahukan trafik yang tinggi, tidak kiralah sama ada blog anda mempunyai niche tertentu atau pun sebuah blog peribadi, pasti ada topik-topik berkaitan yang dapat anda jadikan batu loncatan untuk mendapatkan trafik yang tinggi. Kreativiti mengolah cerita beserta tajuk yang menarik perhatian amat penting agar ianya menyerlah dimata pembaca dan pencari. 

Etika dan ciri-ciri blogger yang berkualiti dan berjaya adalah apabila anda mampu mengekploitasi topik terhangat ini menjadi sebuah artikel berkualiti kepunyaan anda dan tidak sekadar hanya sebuah entri "copy dan paste" yang pasti akan berjaya menarik minat ramai pembaca dan seterusnya berada dimuka hadapan enjin carian.

"Untuk menulis sebuah artikel yang baik dan berkualiti memerlukan rujukan tetapi bukan menjadikan bahan rujukan sebagai artikel tapi mengupas apa yang dirujuk." 




Tidak ada komentar:

Posting Komentar