Ikut hati mati.. Ikut rasa binasa! |
Pelbagai pandangan dan ulasan juga diterima mengenai alkisah Blogger otai, terkenal dan popular ini.
Bukan niat untuk memburukkan mereka tetapi itulah yang dialami oleh blogger-blogger baru. Keghairahan dan semangat kami sedang membara untuk berblogging hingga terlupa akan sesuatu yang lebih penting. Kini anda ikuti sambungan seterusnya...
Ringkas Tapi Mendalam
Jawapan yang diberikan membuatkan aku tersentak dan termenung seketika... Jawapan yang mengubah terus persepsi aku terhadap mereka. "Dik... Jangan terlalu mudah menghukum tapi cubalah memahami" Jawapannya ringkas tetapi membuatkan aku berfikir cukup panjang.
Aku mula mengakui yang aku silap kerana terlalu mudah menghukum dan cepat melepaskan ketidakpuasan. Aku terlalu ghairah dan kecewa sehingga menyempitkan hati dan minda akan adap sopan serta sikap hormat-menghormati sehingga dengan mudah menjatuhkan hukuman dan menilai seseorang.
Aku sewajarnya melihat sesuatu yang negatif dan positif itu satu teladan dan pengalaman. Aku perlu bersangka baik kerana setiap manusia itu ada kelebihan dan kelemahan yang tidak mampu memuaskan hati semua pihak. Aku malu sendiri lalu segera memohon maaf diatas keterlanjuran bicara.
Pengalaman yang amat berharga telah ku kutip. Mulai dari saat itu aku mula belajar untuk lebih memahami, berfikiran positif, bijak dan matang dalam menilai sesuatu perkara di media sosial.
Memahami Yang Perlu Difahami
Tapi aku masih kurang memahaminya. Perlukah aku bertanya semula? Tidak sama sekali! Kali ini aku tidak akan melakukan kesilapan yang serupa. Aku perlu mencari jawapannya sendiri!
Tidak mungkin semuanya sama |
Blogger otai, popular atau terkenal, mereka juga bermula dari bawah. Gelaran bukan diminta tetapi dilabel kepada mereka. Mereka telah berusaha keras untuk sampai kepuncak.
Pelbagai pengalaman pahit manis telah mereka tempuhi. Pasti mereka juga pernah merasai apa yang aku lalui. Adakah ianya suatu yang lumrah untuk tidak mengendahkan blogger baru? Tidak mungkin mereka sekejam itu untuk membiarkan kita merasai apa yang pernah mereka lalui. Mungkin ada tapi tidaklah semuanya.
Pelbagai pengalaman pahit manis telah mereka tempuhi. Pasti mereka juga pernah merasai apa yang aku lalui. Adakah ianya suatu yang lumrah untuk tidak mengendahkan blogger baru? Tidak mungkin mereka sekejam itu untuk membiarkan kita merasai apa yang pernah mereka lalui. Mungkin ada tapi tidaklah semuanya.
Mereka inilah juga yang berkongsi pengalaman dan panduan buat blogger-blogger baru. Mereka mencurahkan segala pengetahuan dan ilmu secara percuma agar kita boleh belajar mengikuti jejak langkah mereka malah ada yang mengharapkan agar lebih berjaya daripada mereka. Sampai hatikah mereka untuk mengecewakan blogger-blogger baru ini? Mungkin ada tapi tidaklah semuanya.
Ada yang kata, jumlah komen yang mereka terima terlalu banyak dan tidak mungkin mereka mampu untuk membalas dan menjejak kembali. Tapi masih ada pelbagai cara lain yang boleh dilakukan untuk membalas dan menghargai pengomen. Itu bukan alasannya... Mungkin ada tapi tidaklah semuanya
Mungkin juga mereka sibuk tetapi ada dikalangan mereka yang dalam sehari mampu pula menerbitkan banyak entri, tak kan tidak ada sedikit pun masa untuk menghargai pengunjung dan membalas komen? Ya...mungkin ada tapi tidaklah kesemuanya.
Fahamilah Dan Positifkan Diri
Menuju puncak!
|
Kita tidak akan memahaminya sehinggalah kita mula mengalami dan merasainya... Untuk kepuncak itu sukar tetapi untuk terus kekal dipuncak itu lagilah sukar. Terlalu banyak yang perlu dikorbankan dan diabaikan. Ada kalanya ianya akan mengguris hati dan perasaan orang dibawah tapi itulah harga yang harus dibayar untuk terus kekal dipuncak...
Blog umpama gedung ilmu, cerita dan berita |
Positifkan diri, jadikan kejayaan dan perkongsian mereka itu satu inspirasi dan keseronokan untuk kita. Kutiplah segala pengalaman dan ilmu yang mereka curahkan.
Terima Kasih Kerana Memahami
Sejujurnya aku pun amat berterima kasih kepada mereka kerana melalui perkongsian, ilmu dan pengalaman mereka jugalah yang telah banyak mengajar aku ilmu dan kefahaman dalam memajukan serta mempertingkatkan pengetahuan sama ada dalam diri dan blog ini.
Kenapa aku mendedahkan pengalaman dan pendapatku ini? Ya... kerana aku juga takut dan tidak mahu jika anda juga beranggapan sedemikian. Maklumlah... belum terkenal dan popular pun aku sudah jarang membalas komen dan menjejak semula para sahabat dan pengunjung yang amat aku hargai dan hormati sekalian. Oleh itu aku bermohon ampun dan maaf andai ada yang terasa dan kecewa... Seperti yang telah kita pelajari, "jangan terlalu mudah menghukum tapi cubalah memahami"... :)
Maafkanlah kekurangan dan kelemahan diri ini... |
p/s: pengalaman ini berlaku pada 2 bulan pertama menjadi blogger... ambillah apa yg baik...
Tidak ada komentar:
Posting Komentar