Minggu, 06 Oktober 2013

Cara Sempoi Hantar Link Blog Ke Enjin Pencari



Dunia blogging semakin diminati ramai. Begitu banyak blog baru muncul setiap hari bagaikan cendawan tumbuh selepas hujan. Tak kurang juga blog lama tapi menyepi yang akhirnya terus berkubur tanpa nisan. Persaingan menjadi semakin sukar. Masing-masing mempunyai kelebihan dan keistimewaannya yang tersendiri dan mahu meraih trafik yang tinggi.

Bagi mereka yang baru mengenali dunia blog, tugas menghantar link ke enjin pencari adalah satu kewajiban. Sebab yang jelas adalah untuk memastikan blog anda tersenarai di enjin carian seperti Yahoo, Google, Bing, Ask dan banyak lagi. Jika tidak, agak sukar untuk berada dalam carian di enjin carian dan menjana trafik organik yang tinggi. Anda akan kecewa akhirnya nanti.

Cara Sempoi Menghantar Link Blog


Saya pernah mengalami kesukaran menghantar link ke enjin carian sekitar tahun 2009 dahulu. Pada ketika itu memang ada teknik manual iaitu kita buat langkah demi langkah. Saya perlu menghantar link mini page atau landing page sewaktu berkecimpung dalam Internet Marketing. Puas juga saya mencuba pelbagai cara. Ambil masa dan memang menduga kesabaran.

Kini kita sudah ada banyak pilihan. Tentunya ada yang lebih rumit. Anda boleh rujuk kepada blog Denaihati. Disana ada penerangan yang panjang lebar dan lebih terperici. Kita juga boleh guna cara yang sempoi. Dalam ertikata yang lain mudah, cepat dan mesra pengguna. Anda tidak perlu mempunyai kemahiran IT yang tinggi. Cukup sekadar faham arahan dan klik itu dan ini. Cuba klik link dibawah dan anda boleh lakukan sekarang juga.

Setelah link blog kita sudah dihantar maka lebih mudah untuk kita bermain dengan SEO. Bila sebut dengan SEO maka penggunaan kata kunci sangat penting. Secara lumrahnya para pelayar internet akan menaip perkataan tertentu untuk mencari maklumat yang diingini. Kemahiran ini menentukan berjaya atau tidak kita menarik trafik. Namun asasnya ialah blog kita mesti dihantar dulu ke enjin carian.

Persaingan di Enjin Carian


Bagi pengguna Blogspot tentu ada kelebihan dalam carian google. Malah mudah mendapat halaman pertama berbanding yang berhosting sendiri. Melainkan pengguna Wordpress yang telah setting plug di sistem sitemap terlebih dahulu.

Sebenarnya nama domain yang unik kurang persaingan dengan blog yang tersohor dan unggul. Jadi penggunaan kata kunci itu juga mempunyai persaingan yang rendah. Lebih rendah maka lebih tinggi peluang untuk kita mendapat capaian para pembaca.

Saya akur agak sukar mencerna info ini. Saya cuma berharap kita dapat mesej utama entri ini. Jika anda belum menghantar link ke enjin carian silakan berbuat demikian. Saya lebih fokuskan kepada mereka yang baru berjinak dengan dunia blogger. Kepada otai blogger benda ini dah tak mencabar lagi. Pendek kata boleh buat sebelah mata sahaja.

Inline image 1

Sumber : www.google.com

Artikel ini adalah hasil nukilan Mr. Hanafi. Blogger blog "kakiblog" sebagai menunaikan permintaan beliau di Segmen Khas - Setahun Bersama Relaks Minda yang ingin menjadi penulis jemputan di Relaks Minda. Terima kasih diatas perkongsian artikel yang bermanfaat dan membuka minda untuk blogger menjana trafik dan peluang untuk tersenarai dalam carian di enjin carian. 

Kenalilah beliau, seorang yang cukup berilmu dan sentiasa berfikiran terbuka.. Jom terjah kakiblogSemoga anda maju jaya...

p/s: Jika ada yang berminat menghantar artikel sebagai penulis jemputan, kecil tapak tangan...nyiru saya tadahkan. Sila e-mail kepada saya untuk dipertimbangankan. Selamat menikmati hujung minggu yang ceria :))
Admin...

Tidak ada komentar:

Posting Komentar