Senin, 21 Oktober 2013

Kreativiti Kitar Semula - Idea Kreatif Tayar Terbuang


Kali ini kreativiti kitar semula khusus mengetengahkan idea kreatif hasil dari tayar terbuang untuk membuka minda anda akan kegunaan tayar terbuang ini. Anda juga perlu ketahui bahawa kitar semula tayar terbuang ini memainkan peranan penting dalam menjaga keselamatan dan kesihatan anda. 

"MIRI – Tindakan individu tidak bertanggungjawab yang bertindak membakar longgokan tayar terbuang di dalam tong sampah nyaris menyebabkan sebuah sub stesen elektrik milik Sarawak Energy Berhad (SEB) terbakar." keratan berita dari Utusan Sarawak - 16 Julai 2013

Itu hanyalah secebis dari banyak lagi kejadian yang tidak diingini berlaku di seluruh negara dan dunia akibat dari tiadanya kesedaran tentang cara pelupusan sebenar bahan terbuang. 

Kreativiti Kitar Semula - Idea Kreatif Tayar Terbuang
Tayar terbuang jika dibakar dikawasan terbuka akan menghasilkan api yang besar dan amat merbahaya jika tidak dikawal. Selain dari itu, asapnya yang hitam dan tebal serta berbau busuk mengandungi kandungan toksid tinggi yang mampu menyebabkan masalah kepada kesihatan jika dihidu dan memberi kesan buruk kepada alam sekitar. 

Kitar Semula Tayar Terbuang


Tayar terbuang ini boleh dibuang di tempat kitar semula. Jika anda lihat carian untuk tayar terbuang, banyak syarikat dan individu yang berkehendakkan tayar-tayar terbuang ini malah ada yang mahu membelinya dengan harga yang lumayan juga. 

Mungkin anda tidak mempunyai banyak tayar terbuang, tapi elakkanlah ianya di lupuskan dengan cara membakarnya. Anda boleh cuba kreativiti kitar semula ini. Idea kreatif yang boleh anda tiru selain dari membuka daya kreativiti anda sendiri untuk guna pakai tayar terbuang ini agar menjadi sesuatu yang lebih menarik, berguna dan berfaedah. 

Lihatlah hasil kreativiti hasil dari tayar terbuang ini... Jika anda berminat dan rasakan ianya berguna,"Cubalah...." Ianya juga adalah sumbangan besar anda keatas keselamatan, kesihatan dan alam semulajadi untuk diri, keluarga, masyarakat serta negara demi masa depan generasi hadapan.

Idea Kreatif Tayar Terbuang - Hiasan Di Luar Rumah

Kreativiti Kitar Semula - Idea Kreatif Tayar TerbuangKreativiti Kitar Semula - Idea Kreatif Tayar Terbuang
Kreativiti Kitar Semula - Idea Kreatif Tayar TerbuangAnda boleh jadikan tayar terbuang sebagai hiasan menarik di halaman mahu pun di padang permainan kanak-kanak.

Sifatnya yang tahan kepada cuaca amat sesuai sekali sebagai hiasan kitar semula di kawasan terbuka. Anda cuma perlu ada idea kreatif untuk menggubahnya. Gunakan warna-warna yang terang dan menarik untuk lebih tarikan.

Satu lagi yang paling penting untuk anda pastikan adalah tiadanya air yang boleh bertakung pada tayar tersebut.

Idea Kreatif Tayar Terbuang - Mainan Kanak-kanak

Kreativiti Kitar Semula - Idea Kreatif Tayar TerbuangTayar terbuang ini juga boleh di kitar semula dengan idea kreatif mengolahkan semula ia kepada mainan untuk kanak-kanak. Sifatnya yang lasak, flexible dan tahan cuaca menjadikan ia bahan amat sesuai digunakan.

Ianya bukan sahaja murah dan menarik, malah dapat memberi pendedahan, ilmu dan kesedaran kepada kanak-kanak tentang idea kreatif kreativiti kitar semula.

Jangan pula lupa! Penting bagi anda untuk pastikan semua permainan ini selamat, kukuh, tidak merbahaya dan tidak boleh mencederakan. 

Kreativiti Kitar Semula - Idea Kreatif Tayar TerbuangKreativiti Kitar Semula - Idea Kreatif Tayar Terbuang

Kreativiti Kitar Semula - Idea Kreatif Tayar Terbuang

Idea Kreatif Tayar Terbuang - Barangan Di Luar Rumah

Selain dari itu, tayar terbuang ini boleh di guna semula untuk dijadikan kepada barangan lain yang berlainan fungsi. Ia bukan sahaja menjimatkan tetapi menjadi satu sumbangan anda kepada alam semulajadi. Ianya juga pasti menarik minat kepada setiap mata yang memandang.

Kreativiti Kitar Semula - Idea Kreatif Tayar TerbuangKreativiti Kitar Semula - Idea Kreatif Tayar Terbuang

Kreativiti Kitar Semula - Idea Kreatif Tayar Terbuang

Idea Kreatif Tayar Terbuang - Di Dalam Rumah

Jangan hanya ingatkan tayar terbuang ini sesuai digunakan untuk kegunaan di luar rumah. Idea kreatif kreativiti kitar semula tidak terhad. Tayar terbuang ini juga sesuai untuk di gunakan di dalam rumah. 

Lihatlah hasil idea kreatif kitar semula ini. Ianya membuka minda kita akan kegunaan tayar terbuang yang sangat menarik dan mengujakan! Ia berubah dari bahan yang tidak bernilai menjadi satu barangan yang sungguh eksklusif dan bernilai tinggi. 

Kreativiti Kitar Semula - Idea Kreatif Tayar TerbuangKreativiti Kitar Semula - Idea Kreatif Tayar Terbuang

Kreativiti Kitar Semula - Idea Kreatif Tayar TerbuangKreativiti Kitar Semula - Idea Kreatif Tayar Terbuang

Bersama Menjayakan Kitar Semula 

Sekiranya kita bijak dalam menilai sesuatu barangan terbuang serta kreatif mengolahnya menjadi sesuatu barangan lain yang berlainan fungsi, pasti hasilnya cukup menarik dan eksklusif! 

Tidak semua dari kita mempunyai kemahiran dan idea kreatif untuk membuat hasil kreativiti kitar semula, namun janganlah semua benda yang sudah lama, rosak dan bahan terbuang itu di anggap sampah dan di buang begitu sahaja. Ingatlah, setiap satu darinya terhasil dari sumber alam semulajadi yang terhad.

Anda boleh kumpulkan dan juallah ia di tempat kitar semula agar ianya dapat di proses menjadi bahan asas semula.... Anda untung, kehidupan terjaga dan alam pun terpelihara...Insyaallah.

Terima kasih bersama Relaks Minda. Jom kitar semula bersama :


Admin...

Tidak ada komentar:

Posting Komentar