Kamis, 17 Oktober 2013

Sifat Mahmudah dan Mazmumah


Assalamualaikum dan Salam Jumaat...

Ilmu tasauf ialah ilmu yang menyuluh perjalanan seseorang mukmin di dalam membersihkan hati dengan sifat-sifat mahmudah atau sifat-sifat yang mulia dan menghindari atau menjauhkan diri daripada sifat-sifat mazmumah iaitu yang keji dan tercela.


Ilmu tasauf bertujuan mendidik nafsu dan akal supaya sentiasa berada di dalam landasan dan peraturan hukum syariat Islam yang sebenar sehingga mencapai taraf nafsu mutmainnah. 

Sesungguhnya martabat nafsu mutmainnah adalah martabat nafsu yang pertama benar-benar diredhai Allah SWT yang layak untuk memasuki syurga Allah SWT. Hakikat ini telah ditegaskan oleh Allah dalam firmanNya: “Wahai orang yang bernafsu mutmainnah, pulanglah ke pangkuan Tuhanmu dalam keadaan redha meredhai oleh Nya dan masuklah ke dalam golongan hambaKu dan masuklah ke dalam syurgaKu” (Al-Fajr: 27- 30). 

Antara syarat-syarat untuk mencapai taraf nafsu mutmainnah ialah banyak bersabar serta banyak melalui penderitaan.

Kembali kepada sifat Mahmudah dan Mahmudah. Imam Ghazali telah memudahkan kita di mana beliau telah menggariskan sepuluh sifat-sifat ini di dalam kitab 'Arbain Fi Usuluddin' 


         10 Sifat Mahmudah

  1. Taubat
  2. Khauf (Takut)
  3. Zuhud
  4. Sabar
  5. Syukur
  6. Ikhlas
  7. Tawakkal
  8. Mahabbah (Kasih Sayang)
  9. Redha
  10. Zikrul Maut (Mengingati Mati)


         10 Sifat Mazmumah

  1. Banyak Makan
  2. Banyak Bercakap
  3. Marah
  4. Hasad
  5. Bakhil
  6. Cintakan Kemegahan
  7. Cintakan Dunia
  8. Bangga Diri
  9. Ujub (Hairan Diri).
  10. Riya' (Menunjuk-nunjuk).


Untuk mencapainya kita perlu mempunyai hati yang bersih dan suci. Jika anda inginkannya sila dapatkan rawatan hati anda di SINI

Semoga Allah SWT menggantikan sifat Mazmumah dalam diri kita dengan sifat Mahmudah. Walaupun ianya tidak mudah tapi lakukan dengan perlahan serta istiqamah (berterusan) Insyaallah... tiada yang mustahil.


Terima kasih bersama Relaks Minda... Bersama kita meningkatkan ilmu untuk kebahagiaan didunia dan diakhirat kelak.

Admin...

Tidak ada komentar:

Posting Komentar