Rabu, 04 Desember 2013
Download Opera Mini 4 5 6 7 Terbaru Gratis
Download Opera Mini 4 5 6 7 Terbaru dan dapatkan Fitur telepon Anda untuk mendapatkan sedikit lebih cerdas, dan lebih sosial. Opera Software hari ini merilis Opera Mini 7 browser Web mobile untuk ponsel dasar dan Blackberry, yang membuatnya lebih cepat dan lebih mudah untuk tetap terhubung dengan jejaring sosial Anda. Browser dilengkapi dengan fitur baru yang disebut "Cerdas Page," yang
Ketenangan Dan Kedamaian Di Desa
Terkini - Banjir di Kuantan, Pahang Semakin Buruk!
Banjir Di kuantan
Semalam...mengikut pada perkembangan dari Blog Cerita Shark, keadaan banjir di Kuantan bertambah buruk. Dan jelas, hari ini pula ianya semakin terus buruk. Ada sumber menyatakan kemungkinan besar Kuantan akan di ishtihar darurat. Hampir keseluruhan Kuantan kini tenggelam.
![]() |
Keadaan banjir di Kuantan, Pahang |
Kebanyakan kawasan, bekalan elektrik dan air telah terputus. Sesetengah kawasan, air naik melebihi 2 meter! Air laut yang pasang pada malam tadi juga telah memburukkan keadaan. Lebih dari 12,000 orang telah dipindahkan ke pusat-pusat pemindahan sementara.
Bantuan Di Perlukan
Di parlimen pula, wakil rakyat sibuk berbahas... Usul untuk mengishtiharkan Bandar Kuantan darurat dibentangkan memandangkan keadaan di Kuantan amat meruncing dan perlu bantuan dan perhatian segera. Masih ada juga kedengaran rintihan mangsa mengenai bantuan kemanusiaan yang tidak sampai.
Sungguh amat simpati dengan nasib mangsa-mangsa akibat dari musibah banjir yang menimpa. Bukan sekadar kemusnahan harta benda tetapi emosi serta tekanan yang dihadapi lebih terseksa. Jika bantuan tidak sampai, semakin parahlah tekanan yang mereka hadapi. Semoga mereka diberikan kesabaran yang tinggi dalam menempuh dugaan yang melanda ini.
![]() |
Keadaan banjir di Kuantan, Pahang |
![]() |
Keadaan banjir di Kuantan, Pahang |
![]() |
Keadaan banjir di Kuantan, Pahang |
![]() |
Keadaan banjir di Kuantan, Pahang |
![]() |
Keadaan banjir di Kuantan, Pahang |
Musibah Untuk Iktibar
Setiap kali musibah menimpa. Masing-masing menuding jari...itulah lumrah manusia. Kemudiannya pelbagai rancangan, pelan tindakan dan cadangan diusulkan. Peruntukan pula dihulurkan, tetapi bila keadaan sudah kembali pulih seperti sedia kala, segalanya bagaikan hanya mimpi... terus dilupakan.
![]() |
Keadaan banjir di Kuantan, Pahang |
Persediaan awal sewajarnya sudah lengkap untuk menghadapi musibah ini agar segala perkhidmatan dan bantuan akan berjalan dengan lancar. Projek-projek yang sepatutnya dapat mengurangkan kesan bencana patut di dahulukan, bukannya pembangunan yang hanya memusnahkan alam semulajadi. Memanglah hukum Allah itu kita tidak mampu menghalangnya namun kita mampu mengurangkan kesan akibat darinya andai kita berusaha dan merancang dengan baik.
Semoga musibah yang melanda ini wajar dijadikan iktibar. Banjir yang menenggelamkan Bandar Kuantan ini sepatutnya menjadi pengajaran terakhir agar tiada lagi masalah sepertinya berlaku.
Bersamalah kita doakan agar keadaan segera pulih. Doakan juga keselamatan dan berikan kekuatan dan kesabaran kepada semua mangsa-mangsa banjir di mana jua terutama di Pantai Timur. Semoga Allah memberi rahmat dan perlindungan kepada mereka semua.
Dapatkan berita-berita dan gambar-gambar terkini mengenai perkembangan banjir di Pahang, Terengganu, Kelantan dan Johor di sini :
Selasa, 03 Desember 2013
Tarif Elektrik Naik 15 Peratus!
Terkini - Keadaan Banjir di Pantai Timur
Banjir Melanda Lagi
Apabila tiba sahaja hujung tahun bermakna tibanya musim hujan. Angin Monsun Timur Laut akan mula mengganas. Negeri-negeri di Pantai Timur Semenanjung akan merasai kesannya. Malapetaka seperti banjir, ribut dan tanah runtuh akan kerap berlaku.
![]() |
Keaadaan di Pusat Bandar Kuantan |
Isu ini akan menjadi bahan cerita hangat dan selalu dikemas kini oleh blogger. Komen Entri kali ini memilih kisah banjir yang di kemaskini oleh dua blogger Pantai Timur ini.
Banjir di Kuantan, Pahang
![]() |
ECM Shopping Kompleks - Kuantan |
Bandar Kuantan kini seakan lumpuh apabila paras air semakin tinggi menenggelamkan sebahagian besar bandar ini. Banyak jalan yang terpaksa di tutup.
Semoga mereka tabah menghadapi musibah yang melanda. Kemusnahan harta benda pasti merugikan dan membebankan. Sesungguhnya bencana dari Allah ini memberi peringatan bahawa tiada kuasa yang mampu menandinginya. Jika Dia berkehendak, tiada siapa mampu menghalangnya.
![]() |
Bahana banjir |
Kejadian banjir bermusim ini mungkin sudah di jangka. Persediaan awal dan sentiasa beringat perlu ada pada setiap orang agar dapat mengurangkan kerugian dan mengelakkan dari kecelakaan yang lebih buruk seperti kematian.
Blog Cerita Shark akan terus memberikan berita-berita dan kisah-kisah terkini tentang perkembangan semasa banjir di Kuantan. Semoga ianya dapat memberi maklumat kepada mereka yang memerlukan.
Banjir di Kemaman, Terengganu
![]() |
Keaadaan di sekitar rumah Jie Susanos |
Apabila jalan di tutup maka perhubungan terputus. Ianya pasti menyukarkan terutama untuk mendapatkan bekalan makanan dan perubatan. Semoga setiap keluarga telah mempunyai persediaan secukupnya untuk mengharungi tempoh terputusnya hubungan ini. Diharapkan juga pihak berkuasa dapat menyalurkan bantuan secepat mungkin kepada mereka yang memerlukan.
Teruskan ke Blog Jie Susanos untuk mendapatkan maklumat lengkap tentang keadaan banjir di Kemaman.
Berhati-Hati Ketika Banjir
Beginilah keadaannya di kebanyakan tempat di Pantai Timur dikala ini. Kelantan, Terengganu, Pahang dan Johor semakin tenggelam. Hujan yang turun tanpa henti turut terasa tempiasnya hingga ke Pantai Barat.
Setiap orang harus berjaga-jaga. Malang tidak berbau. Persediaan awal perlu dilakukan, jangan sampai "sudah terhantuk baru nak tegadah."
Kami mendoakan semoga mereka yang terlibat dalam bencana ini tabah menghadapi dugaan. Jagalah keselamatan terutama kepada kanak-kanak. Banjir bukan peluang untuk bersuka ria. Jangan sampai kita kehilangan orang yang tersayang. Pendawaian elektrik juga amat merbahaya. Berhati-hatilah... ikuti perkembangan dan maklumat banjir dari masa ke semasa.
Admin...
Senin, 02 Desember 2013
Contest SEO Eridy - Mencabar Blogger
Contest SEO Eridy
![]() |
Contest SEO Eridy - blogger kecil berjiwa besar |
"Contest SEO Eridy" merupakan satu contest yang mencabar blogger untuk bersaing kata kunci atau keyword untuk berada dimuka hadapan enjin carian. Contest yang dianjurkan oleh Blog Eridy ini bukan sekadar menawarkan hadiah yang lumayan tetapi dapat menyerlahkan kemahiran blogger untuk mengadaptasikan teknik SEO dalam artikel.
"Contest SEO Eridy" ini juga memberi peluang terbaik kepada blogger untuk menyerlahkan kreativiti, mencabar minda serta menilai ilmu dan bakat seseorang blogger dalam penulisan SEO di blog agar lebih mesra enjin carian.
"Contest SEO Eridy" ini juga memberi peluang terbaik kepada blogger untuk menyerlahkan kreativiti, mencabar minda serta menilai ilmu dan bakat seseorang blogger dalam penulisan SEO di blog agar lebih mesra enjin carian.
Berikut adalah informasi ringkas mengenai "Contest SEO Eridy" ini:
Syarat-syarat 'Contest SEO Eridy'...
- Peserta bertandingan atas keyword ” Contest SEO Eridy ” .
- Entri mengikuti kreativiti tersendiri .
Hadiah 'Contest SEO Eridy'...
Hadiah untuk contest SEO ini berupa wang tunai yang berjumlah RM500.00
- Tempat pertama : RM200 x 1
- Tempat kedua : RM 100 x 1
- Tempat ketiga : RM 80 x 1
- Saguhati : RM 20 x 6
(Pemenang akan ditentukan melalui blog yang berada di kedudukan muka surat pertama carian Google bagi keyword “Contest SEO Eridy” . Carian dibuat di Google.com menggunakan private browsing.)
Tempoh 'Contest SEO Eridy'...
- Tarikh mula pendaftaran / penyertaan : 1.12.13 .
- Tarikh pendaftaran ditutup : 11.12.13
- Contest bermula : 12.12.13 ~ 30.12.13
Belajar Ilmu SEO Melalui "Contest SEO Eridy"
Jika anda seorang blogger yang sukakan cabaran, seronok bersaingan serta dahagakan ilmu, "Contest SEO Eridy" merupakan satu contest SEO yang amat sesuai untuk anda. Bagi blogger baru pula, inilah peluang untuk anda belajar serta menambah ilmu pengetahuan dalam mempelajari SEO.
Apa itu SEO dan kenapa teknik SEO itu penting dalam sesebuah artikel? SEO atau Search Engine Optimization merupakan ilmu yang penting untuk anda mempertingkatkan kualiti artikel dan blog agar mudah di indeks dan berada di muka hadapan enjin pencari. Bagi seorang blogger yang pentingkan trafik, ilmu SEO adalah satu kemestian kerana enjin pencari adalah lubuk peningkatan trafik yang paling utama yang mesti dikuasai. Oleh itu "Contest SEO Eridy" dapat menilai pengetahuan anda dalam teknik SEO ini.
Mencabar Diri dan Menilai Ilmu SEO Melalui "Contest SEO Eridy"
Selain dari tawaran hadiah yang menjadi rebutan, "Contest SEO Eridy" juga dapat menjadi kayu ukur terbaik untuk anda menilai tahap ilmu pengetahuan dan teknik SEO dalam artikel sama ada ianya berjaya atau perlukan lagi penambahbaikan agar anda berupaya meningkatkan diri untuk menjadi seorang blogger yang berjaya!
Contest ini di anjurkan oleh oleh eridy.com dan sekiranya anda berminat, mahukan cabaran, suka bersaing serta ingin menilai sejauh mana keupayaan artikel SEO anda, Contest SEO oleh Blog Eridy ini memberi anda peluang keemasan ini disamping tawaran hadiah yang lumayan.
.jpg)
Jangan berlengah lagi... Sertai contest ini disini - "Contest SEO Eridy"
p/s : orang kata blogspot kurang berjaya dalam contest SEO...ye ke? tunggu dan lihat pd 30.12.13...
Author by Bin Muhammad
Minggu, 01 Desember 2013
Mengucap Syahadah Setelah Melihat Solat Berjemaah

Beliau adalah Dr. Yahya atau lebih dikenali sebagai Da'ie yang membicarakan mengenai kehidupan umat Islam yang tidak teratur dan berdisiplin tetapi sebenarnya umat Islam hanya perlukan keyakinan kerana setiap kewajipan dalam beribadah sebenarnya telah mengajar kita tentang peraturan dan disiplin dalam diri.
Jutaan Manusia di Masjidil Haram

Warga Amerika tersebut sangat kagum melihat begitu ramai orang-orang muslim berkumpul di Masjidil Haram, ada lebih dari 3 Juta orang pada waktu itu yang berkumpul untuk menanti waktu solat Isya di malam terakhir bulan Ramadhan.
Jumlah lautan manusia yang tersangat ramai dengan orang-orang yang perbagai aksi dan perlakuan. Sentiasa bergerak kepelbagai arah dengan bermacam-macam ragam dan tujuan. Kelihatan susngguh tidak teratur dan berterabur.
Lalu Da’ie tersebut bertanya kepada warga Amerika itu: “Agak-agak andalah, berapa lama waktu yang diperlukan supaya semua orang-orang itu untuk berbaris dengan tersusun?”
Warga Amerika itu pun menjawab: “Dalam dua hingga tiga jam.”
Dan Da’i tadi menyatakan lagi: “Masjidil Haram itu mempunyai 4 tingkat.”
Warga Amerika itu pun menjawab: “Jika begitu, mungkin perlukan dua belas jam.”
Da’ie pun kembali menjelaskan: “Kamu tahu...Mereka yang kamu lihat di TV itu datang dari pelbagai negara yang berbeza bangsa, budaya dan bahasa diantara satu sama lain.”
Maka warga Amerika itu segera membetulkan anggarannya, “Wah! jika begitulah... mereka sama sekali tidak mungkin mampu membuat barisan.”
Mengucap Syahadah
Pabila berakhirnya laungan azan, waktu untuk bersolat pun tiba. Kedengaranlah suara Iqamah. Kamera tepat menghala kepada Sheikh Abdur-Rahman as-Sudais [imam besar Masjidil Haram] yang berdiri di posisi paling depan seraya berkata :
“Istawuu / آستوو”
Yang bermaksud “Luruskanlah saf / barisan anda masing-masing”.
Terhentilah segala aktiviti lalu berdiri dan berbarislah jutaan jemaah tersebut dalam saf-saf / barisan yang tersusun menjadi rapi dan hanya memerlukan waktu yang tidak lebih dari dua minit. Lihatlah betapa agungnya agama ini! Mereka memiliki sistem dan peraturannya yang mampu mendisiplinkan setiap umat dengan sendirinya.
Warga Amerika tadi terpaku dan terpegun dengan apa yang di lihat di hadapan matanya. Segala telahannya meleset sama sekali. Matanya tidak berkelip melihat sesuatu yang diluar jangkaan. Apa yang dilihatnya itu sungguh mengagumkan dan bukan satu khayalan. Dan dengan spontannya dia terus mengucapkan...
“أشهد ان لا اله الا الله و اشهد ان محمدا رسول الله”"Asyhadu alla ila ha illallah, wa asyhadu anna muhammadar rasulullah."
"Orang bukan Islam lebih mudah melihat keindahan Islam berbanding Umat Islam itu sendiri" ....Renung-renungkanlah...
Semoga kita tergolong dalam orang-orang yang tetap istiqamah dan menjaga solat 5 waktu secara berjamaah dimasjid khususnya untuk kaum lelaki. aamiin
Terima kasih bersama Relaks Minda...Share kisah ini jika anda rasakan ianya berfaedah.
Doaku kepada anda, saudara-saudaraku...
"Ya ALLAH...yang Maha Agung, Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani. Muliakanlah saudara-saudaraku ini...permudahkanlah kakinya untuk melangkah ke masjid, lapangkanlah hatinya, bahagiakanlah keluarganya, luaskan rezekinya seluas lautan, permudahkan segala urusannya, kabulkan cita-citanya, jauhkan mereka dari segala Musibah, jauhkan mereka dari segala Penyakit, Fitnah, Sifat Keji, Berkata Kasar dan Mungkar, Bahagiakanlah mereka dan dekatkanlah jodoh mereka dan semoga hidup mereka bahagia, sejahtera dan diberkati. Aamiin ya Rabbal'alamin."
Admin...
Langganan:
Postingan (Atom)