Senin, 29 Oktober 2012

Disebalik Karya Lukisan Kartun

Seni lukisan iaitu karya cetakan dari pelbagai medium di atas sesuatu permukaan. Karya lukisan di lukis ada mengikut objek sebenar, imaginasi mahupun abstrak. Kartun juga merupakan satu daripada hasil karya seni lukis. Ianya menarik kerana ianya seni lukis daripada objek sebenar yang di ubah suai menjadi ringkas mahupun pelik dan juga mungkin sesuatu yang tidak wujud. Ianya merupakan hasil seni lukis yang amat menarik dan mempunyai cerita ataupun maksud termasuklah dengan dialog.

Disini saya ingin fokuskan kepada karya seni lukis kartun yang memberikan makna yang tersirat. Karya ini jika di lihat cukup mudah...tidak memerlukan banyak gambar yang berturut-turut untuk menyampaikan cerita. Ianya juga tidak memerlukan dialog yang berjela-jela malah ada yang langsung tidak memerlukan dialog.

Dengan hanya satu lukisan kartun ini ianya dapat memberikan penyampaian yang jika di kupas akan berjela-jela panjangnya. Ianya biasanya menyampaikan maksud secara tersirat dan sinis. Ada beberapa contoh di mana karya kartun yang memberi makna yang tersirat sama ada ke arah positif atau negatif.

 
Kartun yang memberikan maksud yang positif dimana kita tidak semestinya perlu bekerja kuat tetapi mesti bijak dalam menjalankan tugas agar ianya menjadi mudah.
Kadangkala kita terpaksa menipu diri sendiri untuk kita menikmati sesuatu yang kita inginkan...walaupun hanya untuk seketika.

Tiada gunanya jika anda ada banyak ilmu dan kemudahan jika anda tidak tahu bagaimana untuk menggunakannya.... 

Apa yang anda dapat tafsirkan dari kartun ini....
Bagi Relaks Minda...Jangan percaya pada 100% dengan orang yang baru anda kenali....
 
Betul apa yang sering di sebut oleh Wonderpet.... "Apa yang penting, kerjasama!" Ya! Dengan kerjasama anda akan menjadi kuat dan bersatu...
Berhati-hati dengan setiap perkataan yang anda katakan kerana jika anda tersilap kata, buruk padahnya. Berfikir sebelum berkata-kata....
 
Kartun ini menyindir golongan kaya yang memberikan alasan untuk tidak mahu membantu golongan miskin.
Kedua-dua kartun di atas memberikan maksud yang hampir sama iaitu jangan percaya dengan apa yang anda lihat secara zahirnya sahaja.

Jikalau sudah suka, anda anda cuba sedaya upaya untuk mengambil hati agar si dia menerima anda walaupun ianya tampak mustahil.  


 
Mungkin inikah gambaran sikap manusia sekarang....
 
Jika anda sudah bersalah, terimalah apa sahaja hukuman yang telah ditetapkan kerana jika anda cuba lari darinya mungkin anda akan menerima akibat yang lagi teruk...
 
Kartun ini menggambarkan betapa ilmu itu amat berguna untuk anda mencapai kejayaan dan berpandangan lebih luas...







Segala tafsiran adalah dari pendapat Relaks Minda... Mungkin anda mempunyai tafsiran yang tersendiri. Tiada tafsiran yang salah kerana terpulang kepada setiap individu untuk mentafsir apa yang dapat mereka lihat dari gambar kartun tersebut sama ada yang tersurat atau tersirat...


Admin...

Minggu, 28 Oktober 2012

Rekaan Bangunan yang Kreatif, Unik & Pelik

Senibina dan rekabentuk sesebuah bangunan tidak terbatas kepada bentuk silinder atau kiub. Manusia inginkan sesuatu yang unik dan berbeza...Maka terbinalah bangunan yang pelik dan unik. Amat kagum dengan idea dan kreativiti arkitek dan perekanya kerana ianya tidak mudah untuk dibina. Ianya memerlukan kajian terperinci untuk kestabilan dan keselamatan. 

Nikmati hasil senibina yang kreatif, unik dan pelik... Ianya di cipta untuk tatapan anda.

 

 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 

Gambar-gambar ini di ambil dari pelbagai sumber di internet, ianya hanyalah sebahagian dari rekaan bangunan yang kreatif, unik dan pelik. 

Admin...

Jumat, 26 Oktober 2012

Post #10 - Keindahan Senibina Masjid...

Setiap kali Hari Raya Aidilfitri & Aidiladha, Masjid akan dipenuhi bagi menunaikan ibadat sunat Sembahyang Raya. Setiap hari Jumaat...Masjid akan dipenuhi oleh segenap lapisan umat Islam bagi menunaikan kewajipan Sembahyang Jumaat. 

5 kali sehari akan berkumandang azan di Masjid menyeru umat Islam agar menunaikan kewajipan Rukun Islam ke dua, iaitu sembahyang 5 lima waktu. Setiap masa dan ketika Masjid tidak pernah sunyi dari di kunjungi oleh umat Islam untuk melakukan sama ada ibadat wajib mahupun sunat. Bersembahyang di rumah Allah ini lebih ganjarannya berbanding bersembahyang di rumah. 

Kita nikmati dan kenali beberapa buah Masjid yang indah dan unik senibina dan rekabentuknya...

Masjid Jama' di New Delhi, India


Masjid Istiqlal di Jakarta, Indonesia

Masjid Hohhot di Inner Mongolia, China

Masjid Hsipaw di Shan, Myanmar

Masjid Hui di Ningxia, China

Masjid Ibrahim di Tehran, Iran

Masjid Imam Hussain di Karbala, Iraq

Masjid Imam di Isfahan, Iran

Masjid Imam Ali di NAjaf, Iraq

Masjid Imam Reza di Mashhad, Iran

Masjid At Taubah di Jakarta, Indonesia

Pusat Islam Lhokseumawe di Acheh, Indonesia

 Masjid di bina dengan menarik dan indah, menonjolkan kesenian senibina Islam. Keunikan dan kehalusan senibinanya mencerminkan kepakaran umat Islam dalam bidang senibina. Keindahan Masjid menjadi tarikan dan mercu tanda bagi sesebuah tempat. 


Admin...