Senin, 29 Oktober 2012

Disebalik Karya Lukisan Kartun

Seni lukisan iaitu karya cetakan dari pelbagai medium di atas sesuatu permukaan. Karya lukisan di lukis ada mengikut objek sebenar, imaginasi mahupun abstrak. Kartun juga merupakan satu daripada hasil karya seni lukis. Ianya menarik kerana ianya seni lukis daripada objek sebenar yang di ubah suai menjadi ringkas mahupun pelik dan juga mungkin sesuatu yang tidak wujud. Ianya merupakan hasil seni lukis yang amat menarik dan mempunyai cerita ataupun maksud termasuklah dengan dialog.

Disini saya ingin fokuskan kepada karya seni lukis kartun yang memberikan makna yang tersirat. Karya ini jika di lihat cukup mudah...tidak memerlukan banyak gambar yang berturut-turut untuk menyampaikan cerita. Ianya juga tidak memerlukan dialog yang berjela-jela malah ada yang langsung tidak memerlukan dialog.

Dengan hanya satu lukisan kartun ini ianya dapat memberikan penyampaian yang jika di kupas akan berjela-jela panjangnya. Ianya biasanya menyampaikan maksud secara tersirat dan sinis. Ada beberapa contoh di mana karya kartun yang memberi makna yang tersirat sama ada ke arah positif atau negatif.

 
Kartun yang memberikan maksud yang positif dimana kita tidak semestinya perlu bekerja kuat tetapi mesti bijak dalam menjalankan tugas agar ianya menjadi mudah.
Kadangkala kita terpaksa menipu diri sendiri untuk kita menikmati sesuatu yang kita inginkan...walaupun hanya untuk seketika.

Tiada gunanya jika anda ada banyak ilmu dan kemudahan jika anda tidak tahu bagaimana untuk menggunakannya.... 

Apa yang anda dapat tafsirkan dari kartun ini....
Bagi Relaks Minda...Jangan percaya pada 100% dengan orang yang baru anda kenali....
 
Betul apa yang sering di sebut oleh Wonderpet.... "Apa yang penting, kerjasama!" Ya! Dengan kerjasama anda akan menjadi kuat dan bersatu...
Berhati-hati dengan setiap perkataan yang anda katakan kerana jika anda tersilap kata, buruk padahnya. Berfikir sebelum berkata-kata....
 
Kartun ini menyindir golongan kaya yang memberikan alasan untuk tidak mahu membantu golongan miskin.
Kedua-dua kartun di atas memberikan maksud yang hampir sama iaitu jangan percaya dengan apa yang anda lihat secara zahirnya sahaja.

Jikalau sudah suka, anda anda cuba sedaya upaya untuk mengambil hati agar si dia menerima anda walaupun ianya tampak mustahil.  


 
Mungkin inikah gambaran sikap manusia sekarang....
 
Jika anda sudah bersalah, terimalah apa sahaja hukuman yang telah ditetapkan kerana jika anda cuba lari darinya mungkin anda akan menerima akibat yang lagi teruk...
 
Kartun ini menggambarkan betapa ilmu itu amat berguna untuk anda mencapai kejayaan dan berpandangan lebih luas...







Segala tafsiran adalah dari pendapat Relaks Minda... Mungkin anda mempunyai tafsiran yang tersendiri. Tiada tafsiran yang salah kerana terpulang kepada setiap individu untuk mentafsir apa yang dapat mereka lihat dari gambar kartun tersebut sama ada yang tersurat atau tersirat...


Admin...

Tidak ada komentar:

Posting Komentar