Rabu, 17 Oktober 2012

Keindahan Tasik dan Alam Semulajadi...

Relaks.... Kita nikmati keindahan tasik dan alam semulajadi

Definasi tasik (mengikut wikipedia) - Tasik ialah sejenis sifat rupa bumi (atau sifat fizikal) yang berbentuk takungan air yang bukan sebahagian lautan, yang lebih besar dan dalam berbanding kolam. Airnya mengalir perlahan tetapi tidak semestinya, ditempatkan di bawah lembangan (satu lagi ciri-ciri rupa bumi) dan disalurkan oleh sungai.

Keindahan di kawasan tasik di pagari bukit dan gunung amat mempersonakan


Kebanyakan tasik ini ada saliran keluar semula jadi yang berbentuk sungai atau anak sungai, tetapi ada juga tasik tanpa saliran keluar, sebaliknya hanya kehilangan air melalui penyejatan atau meresap ke bawah tanah atau kedua-duanya sekali.
 Keindahan alam semulajadi adalah kurniaan Ilahi untuk kita nikmati.


Kebanyakan air tasik adalah air tawar. 
Lebih 60% tasik di dunia ini terletak di Kanada kerana sistem saliran berserabut yang mendominasi kawasan negara ini. Finland dikenali sebagai Tanah Seribu Tasik kerana ia mempunyai 187,888 buah tasik.
Keindahan alam ini memberikan ketenangan jiwa dan minda


Tasik secara umumnya mengandungi nutrien yang mampu membiakkan hidupan air untuk faedah sosio-ekonomi dan rekreasi masyarakat setempat
Maha kuasa Allah yang menciptakan alam ini dengan pelbagai bentuk yang amat indah

Kawasan tasik merupakan salah satu daripada sumber alam semulajadi yang sensitif. Pembangunan kawasan tasik akan menyebabkan kehilangan flora dan fauna, ketenangan dan nilai estetik kawasan tersebut
Hargai dan cintai alam semulajadi...

Terdapat juga tasik buatan manusia yang mana ia di bina untuk tujuan janaan kuasa hidroelektrik, rekreasi, pengawalan banjir, kegunaan industri atau pertanian dan untuk bekalan air penduduk setempat.
Ketenangan, kedamaian dan kesegaran untuk kita nikmati

Tasik merupakan satu lagi ciptaan Ilahi yang cukup indah dan menjadi sebahagian ekosistem yang penting. Ianya menjadi sumber air terpenting untuk semua hidupan selain menjadi tempat sumber makanan. Ianya juga menyumbang kepada keperluan untuk pertanian dan industri serta tempat reakreasi untuk berehat dan beriadah demi kesihatan dan minda yang sihat.

Admin...

Tidak ada komentar:

Posting Komentar