Sabtu, 20 Oktober 2012

Manusia, Jin, Syaitan dan Gila Isim

JANGKITAN DARI JIN YANG GILA

Sebenarnya penyakit gila isim yang menyerang seseorang merupakan penyakit yang berjangkit dari jin atau syaitan yang gila isim, yang menjadi penghuni tetap dalam tubuh orang tersebut, yang tidak boleh keluar sama sekali. Pada mulanya, jin atau syaitan tersebut yang gila isim, kemudia berjangkit kepada orang tersebut. Bila jin atau syaitan masuk ke tubuh manusia, ada yang boleh keluar dengan mudah, ada yang boleh keluar dengan susah payah dan ada yang tidak boleh keluar sama sekali. Jin atau syaitan yang tidak boleh keluar ini akan mengalami kepanasan dan kesakitan yang berterusan bila orang mukmin yang tubuhnya dihuni itu kekal dalam zikrullah terus menerus. Impak dari zikrullah tersebut menyebabkan akal fikiran jin atau syaitan itu tidak stabil dan akhirnya menjadi gila - jin gila isim atau syaitan gila isim. 

Biasanya jin atau syaitan yang telah lama menghuni dalam tubuh seseorang ia telah dapat mengawal seluruh fizikal dan mental, menguasai akal fikiran, pandangan, pendengaran, perasaan, ucapan, tingkah laku, sifat-sifat zahir dan batin dan berbagai-bagai aspek lainnya. Orang tersebut zahirnya manusia tetapi hakikatnya jin atau syaitan. Mungkin inilah yang dimaksudkan dengan Allah dengan firman-Nya dalam surah Al-Baqarahayat 275 yang bermaksud: "Orang-orang yang makan riba tidak boleh bangun berdiri (dengan betul) kecuali seperti bangunnya orang yang dirasuk oleh syaitan sebab syaitan telah masuk dan menguasai dalam tubuhnya." Dari ayat ini juga dapat kita fahami, apabila syaitan masuk ke tubuh dan menguasai seseorang maka akan timbul berbagai-bagai penyakit, termasuklah gila isim.

TEORI LAIN TENTANG PUNCA GILA ISIM

Ada juga sesetengah ulama tasawuf dan tariqah yang mengutarakan suatu teori yang berlainan sedikit dari teori tersebut di atas. Teori ini mengaitkan dua perkara berlawanan; iaitu antara suci bersih dengan kotor. Ilmu tasawuf dan zikrullah (terutama zikrullah yang khusus) merupakan perkara yang sangat suci bersih. Ia merupakan santapan yang sebaik-baiknya bagi aspek rohani. Keadaannya bolehlah diibaratkan sebagai makanan yang enak lagi berkhasiat bagi tubuh badan.

Jika makanan tersebut dicampurkan dengan bahan-bahan yang kotor lagi membahayakan kesihatan, tentunya ia akan merosakkan kesihatan apabila dimakan. Berbagai-bagai penyakit mungkin akan timbul. Demikian juga ilmu tasawuf dan amalan zikrullah yang telah dicampur adukkan dengan berbagai-bagai unsur yang mengotorkannya, seperti penggunaan jin & syaitan. Ia tidak akan memberi faedah pada aspek rohani. Sebaliknya, akan menyebabkan aspek rohani menjadi sakit, kerana makanannya sudah menjadi kotor. Antara impaknya ialah gila isim.

Sesetengah syeikh tasawuf dan tariqah sangat teliti apabila didatangai oleh seorang yang ingin belajar. Sehingga ada orang yang menyangka syeikh tersebut cerewet dan lokek sangat untuk menyebarkan ilmunya kepada orang lain. Sebenarnya syeikh tersebut bertujuan mengetahui secara pasti keadaan zahir dan batin orang yang ingin belajar itu, sama ada orang itu bersih dari unsur-unsur yang mengotorkan zahir batinnya atau sebaliknya. Sesudah diterima menjadi murid, biasanya arahan yang mula-mula dilakukan ileh syeikh kepada murid yang baru ialah menumpukan amalan taubat, termasuklah mandi sunat taubat, sembahyang sunat taubat, memperbanyakkan istigfar dan doa-doa taubat. Langkah tersebut antara lain bertujuan untuk membersihkan diri murid tersebut dari sebarang unsur jin dan syaitan. Dengan cara ini, gila isim akan dapat dielakkan.

IMPAK AMALAN SESAT

Didapati sesetengah orang yang gila isim disebabkan oleh berbagai-bagai amalan sesat. Kita boleh dapati seribu satu amalan sesat dalam masyarakat yang boleh menyababkan seseorang menjadi gila isim. Amalan sesat bukan hanya yang ada kaitannya dengan tasawuf dan tariqah sahaja, tetapi ia meliputi berbagai-bagai bidang lainnya, seperti berbagai-bagai amalan yang berkaitan dengan kepahlawanan, seni mempertahankan diri, sesetengah seni budaya, amalan yang berkaitan dengan kecantikan dan aspek-aspek lain.

Aspek tasawuf dan tariqah yang dikotori dengan unsur-unsur kesesatan memang sukar dikenal pasti terutamanya oleh orang awam. Ini kerana zikir yang diajarkan sama seperti yang diamalkan dalam tariqah yang muktabar iaitu tahlil La ilaha illallah dan menyebut nama-nama dan sifat-sifat Allah. Bagaimanapun ada penggunaan jin dan syaitan yang sengaja dimasukkan ke dalam tubuh murid.

Misalnya, ketika mentalkinkan zikir, syeikh memegang ibu jari murid erat-erat sambil menyebut La ilaha illallah. Tangan murid akan menggeletar dengan kuat dan terasa ada sesuatu yang masuk kedalam tangan. Pengambilan zikir ajaran sesat biasanya diakhiri dengan pemberian pengeras sama ada daripada syeikh kepada murid atau daripada murid kepada syeikh. Pengerasnya seperti pisau atau jarum, pakaian dan sebagainya. Akhirnya bila zikir itu diamalkan secara berterusan maka murid akan menjadi gila.

Sumber
Al-Islam

Tidak ada komentar:

Posting Komentar