Minggu, 14 Oktober 2012

Terjemahan Al-Quran - Surah Al-Syams

SURAH AL-SYAMS
(Matahari)
Surah ke 91
Terdiri daripada 15 ayat ( Makkiyyah)

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang

1. Demi matahari da sinarnya pada pagi hari.

2. Demi bulan apabila mengirinya.

3. Demi siang apabila menampakkannya.

4. Demi malam apabila menutupinya (gelap gelita)

5. Demi langit serta pembinaannya (yang menakjubkan).

6. Demi bumi serta hamparannya.

7. Demi jiwa serta penyempurnaan (ciptaan)nya,

8. Maka Dia mengilhamkan kepadanya (jalan) kejahatan dan ketakwaannya.

9. Sesungguhnya beruntung rugilah orang yang menyucikan (jiwa)nya.

10. Dan sesungguhnya rugilah orang yang mengotorinya.

11. (Kaum) Thamud telah mendustakan (rasulnya) kerana mereka melampaui batas (zalim)

12. Ketika bangkit orang yang paling celaka di antara mereka.

13. Lalu Rasul Allah (Soleh) berkata kepada mereka : "(Biarkanlah) unta betina daripada Allah ini dengan minumannya."

14. Namun mereka mendustakannya serta menyembelihnya, kerana itu Tuhan membinasakan mereka kerana dosanya, lalu diratakanNya azab itu meliputi mereka (sehingga punah-ranah semuanya.)

15. Dan Dia tidak hiraukan kesudahan (mereka) yang demikian (kerana itu adalah balasan yang adil).

Tidak ada komentar:

Posting Komentar