Kamis, 11 Oktober 2012

Kaabah suatu masa dahulu...

Setiap kali 10 Zulhijjah menjelma...merupakan tarikh istimewa dimana umat Islam akan menyambut Hari Raya Haji. Hari raya haji atau hari raya korban di sambut sempena hari di mana umat Islam tamat menjalankan ibadah rukun Islam kelima iaitu menunaikan haji. 
Ia juga di sambut sempena mengingati bagaimana patuhnya Nabi Ibrahim dan anaknya Nabi Ismail dengan perintah Allah yang mengarahkan Nabi Ibrahim untuk menyembelih Nabi Ismail yang mana akhirnya Allah menukarkan Nabi Ismail kepada seekor kibas (kambing).

Ibadat Haji dilakukan di Mekah. Salah satu rukun Haji adalah tawaf Kaabah di Masjidil Haram. Kaabah merupakan arah kiblat umat Islam. Kaabah juga menjalani pelbagai perubahan selain dari Masjidil Haram itu sendiri. 

Disini saya dapat beberapa gambar dari internet yang menunjukkan keadaan Kaabah suatu masa dahulu... Mungkin ianya dapat menjadi kenangan, rujukan dan nostalgia kepada yang memerlukan.















Gambar-gambar yang memberi kenangan dan informasi kepada generasi sekarang...terima kasih kepada yang sumber-sumber yang menyiarkan garbar ini di internet.


Admin...

Tidak ada komentar:

Posting Komentar