Jumat, 12 Oktober 2012

Eksplorasi #4 - Sawah Padi di Tanjung Karang, Selangor


Eksplorasi ke Tanjung Karang yang terkenal dengan hasil tanaman padi. Antara kawasan yang mempunyai kawasan tanaman padi yang luas adalah di Sawah Sempadan, Kg. Seri Tiram. 

Pemandangan kawasan sawah padi di sini mungkin tidak banyak beza dengan pemandangan biasa di kawasan sawah padi lain di Malaysia namun masih ada keunikan dan keindahan yang tersendiri.

Setiap kali pulang ke sini pasti akan rasa ketenangan dan kedamaian suasana desa yang jauh dari kesibukan dan pencemaran. Penduduknya yang ramah dan masih dengan semangat kejiranan dan muhibah yang kuat. Paling meriah tatkala kenduri kahwin yang masih mengamalkan gotong royong memasak dan rewang. 

Nikmati gambar-gambar sawah padi dari juru kamera amatur ini... 

sawah padi di tanjung karang selangor

Sawah padi selepas bajak...air sedang memenuhi petak sawah bersiap untuk menabur benih. Dikala ini pemandangan umpama kotak-kotak kolam yang sangat luas...

sawah padi di tanjung karang selangor
Bagai di tepi pantai pun ada gak...

sawah padi di tanjung karang selangor
Proses menyulam padi... Ianya di lakukan untuk menyulam apabila ada anak padi yang tidak tumbuh, mati atau terjarak. 

sawah padi di tanjung karang selangor
Proses penanaman padi di kala ini lebih cepat dan mudah di mana mesin mengambil alih tugas kuku kambing untuk menanam anak padi. Cara yang paling mudah di kala ini adalah dengan menabur benih terus ke petak sawah.

sawah padi di tanjung karang selangor
Padi yang menghijau umpama padang rumput yang luas...

sawah padi di tanjung karang selangor
Keindahan pemandangan di sawah padi diantara dua warna, bumi yang menghijau dan lagit yang membiru... 

sawah padi di tanjung karang selangor
Pokok padi yang sudah mula berbuah menunggu masa untuk masak... 

sawah padi di tanjung karang selangor
Sawah padi yang mula berubah warna kepada kekuningan...menandakan padi mulai masak

sawah padi di tanjung karang selangor
Lihat perbezaan warna antara petak sawah ini....Yang berwarna kuning itu menandakan padi sudah cukup masak dan sedia untuk di tuai... 

sawah padi di tanjung karang selangor
Sawah padi yang cantik menguning...

sawah padi di tanjung karang selangor
Zaman telah berubah, tidak perlu lagi membanting tulang untuk menuai padi... Mesin memudahkan kerja dan menjimatkan masa.

sawah padi di tanjung karang selangor
Dari padi inilah terhasilnya beras yang menjadi makanan utama (ruji) bagi rakyat malaysia. Bersyukur dengan kesuburan tanah dan cuaca yang baik sesuai untuk penanaman padi yang memberi rezeki kepada penduduk desa. 

Ketenangan Desa dan keindahan sawah padi akan sentiasa menggamitku untuk pulang.....

Tidak ada komentar:

Posting Komentar