Mentari semakin jatuh menghampiri ufuk barat... Cahayanya beransur-ansur bertukar menjadi jingga kemerah-merahan. Suasana menjadi semakin suram....Senja pun menjelma...
Senja adalah suatu ketika dimana suasana yang berubah menjadi semakin gelap sebelum malam menjelma.
Pada waktu ini alam akan mengalami perubahan suasana....Keindahan yang seketika ini amat mempersonakan. Warna alam mulai berubah dari terang menjadi semakin kelam... Langit membiru menjadi jingga kemerah-merahan dan beransur-ansur menjadi gelap. Mentari dengan perlahan menyorokkan diri tenggelam di ufuk barat...
Relaks...Nikmati keindahan alam yang amat mempersonakan di kala senja mula menjelma, memberikan anda ketenangan jiwa dan minda...
Sambil anda menikmati keindahan tatkala mentari TERBENAM di ufuk BARAT... Bersyukurlah kerana kita masih mempunyai masa untuk bertaubat dan beramal kerana apabila mentari TERBIT di ufuk BARAT....anda sudah TERLAMBAT....
Mulakan bertaubat dan beramal pada hari ini juga, di saat ini kerana kita tidak tahu...mungkin mentari hari ini adalah yang terakhir terbenam di ufuk barat...Wallahualam...
Admin...
Tidak ada komentar:
Posting Komentar