Keindahan Alam Semulajadi sungguh menakjubkan. Alam semulajadi ini bagaikan suatu ingin kita miliki. Ianya sesuatu amat berharga yang tidak dapat di nilai dengan wang ringgit malahan intan permata. Keindahan sesuatu yang sangat subjektif. Ianya merupakan pandangan mata yang di tafsirkan oleh pemikiran sebagai cantik, menawan dan mempersonakan.
Keindahan alam semulajadi merupakan keindahan alam tanpa sebarang perubahan bentuk oleh manusia. Alam semuladi sudah cukup indah, tidak perlu sebarang perubahan atau penambahan oleh manusia.
Melihat keindahan alam semulajadi yang memberikan anda ketenangan. Tidakkah anda terfikir, bagaimana dengan hanya melihat keindahan alam semulajadi boleh memberikan anda ketenangan? Kuasa apakah yang ada pada alam semulajadi? Sambil menikmati keindahan ini...renungkanlah sejenak...
Alam ini ada pelbagai rupa dan bentuk. Secara saintifiknya, kepelbagaian bentuk ini berlaku akibat dari pergerakan bumi, gegaran, letusan gunung berapi, cuaca, suhu, angin, hujan dan pelbagai lagi yang melengkapkan ekosistem bumi yang merubah bentuk muka bumi ini menjadi begitu unik.
Namun setiap yang berlaku itu ada sebabnya. Ada yang menjadikannya. Sebagai manusia kita di beri akal fikiran untuk mengkaji dan menyelami bagaimana ianya boleh terbentuk mengikut logik akal dan saintifik yang pasti akhirnya akan membawa kita kepada penciptanya.
Alam ini ada penciptaNya. Keindahan ini ada yang menjadikanNya. Kita sebagai insan yang lemah tidak mempunyai sebarang kuasa untuk melakukan itu semua. Alam yang luas dan pelbagai bentuk dan rupa untuk kita merenung betapa kerdilnya kita berbanding dengan penciptaNya. Maka hanya Dialah menjadi keagungan kita.
Alam semulajadi yang indah ini untuk kita nikmati dan untuk kita pelihara. Ianya penting dalam menstabilkan ekosistem bumi ini. Kemusnahan dan pembangunan yang berlebihan akan membawa ketidakstabilan yang akhirnya akan berlakunya bencana alam seperti gempa, letusan gunung berapi, ribut taufan, hujan lebat, banjir, tanah runtuh, kemarau dan sebagainya.
Keindahan alam semulajadi yang memukau pandangan. Keindahan yang memberikan kita kenikmatan ketenangan, kedamaian, keamanan jiwa dan minda.Alam semulajadi memberikan kita kesegaran dan nyaman. Pelihara dan cintailah alam semulajadi.
Relaks minda anda dengan keindahan alam semulajadi...Syukuri nikmat dari Ilahi
Admin...
Tidak ada komentar:
Posting Komentar