SURAH AL-TIN
(Buah Tin)
Surah ke 95
Terdiri daripada 8 ayat ( Makkiyyah)
Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang.
1. Demi (buah) Tin dan (buah) Zaitun.*
* Sebahagian mufassir menafsirkan: Tin ialah tempat tinggal Nabi Nuh 'Alaihissalam iaitu Damsyik yang banyak tumbuh pohon tin; dan Zaitun iaitu Baitul Maqdis yang banyak buah Zaitun.
2. Dan demi Tur Sina (Bukit Sinai)*
* Bukit Sinai (Tur Sina) iaitu tempat Nabi Musa 'Alaihissalam menerima wahyu daripada Allah Subhanahu wa Taa'la.
3. Dan demi negeri (Mekah) yang aman ini.
4. Sesungguhnya, Kami telah menciptakan manusia dalam bentuk yang sebaik-baiknya.
5. Kemudian kami kenbalikan dia ke tempat yang serendah-rendahnya.
6. Kecuali orang yang beriman dan mengerjakan kebajikan; maka mereka akan mendapat pahala yang tidak ada putus-putusnya.
7. Maka apa yang menyebabkan (mereka) mendustakanmu (tentang) hari pembalasan setelah (adanya keterangan-keterangan) itu?
8. Bukankah Allah hakim yang paling adil?
Tidak ada komentar:
Posting Komentar