Kamis, 18 Oktober 2012

Rekaan Kreatif yang Menarik...

Rekaan kreatif yang memberi kemudahan dan keseronokan. 
Kreativiti yang sungguh menarik. Anda lihat dan nilaikanlah sendiri...

Bas yang boleh bergerak di atas air. Pengangkutan awam yang amat sesuai di gunakan terutama di Pulau Pinang... Tidak perlu lagi menempuh jem di atas jambatan. 

Sesuai juga sebagai pengakutan awam ke Singapura, tidak perlu menempuh Tambak Johor yang sentiasa sesak tu.
Rekaan unik dan menarik. Kanak-kanak pasti menyukainya. Cepat, pantas dan menyeronokkan.



Beg pack sesuai untuk yang suka mengembara. Setelah penat berjalan, boleh kayuh basikal pulak. 

Ini pula rekaan yang sesuai bagi ibu-ibu yang mempunyai anak kecil. Sesuai di bawa ketika beriadah. Jika letih menyorong atau nak cepat....kayuh la pulak. Rekaan yang amat menarik.

Ini pula rekaan untuk orang kurang upaya yang meggunakan kerusi roda untuk bergerak. Ciptaan ini memberi peluang kepada mereka untuk menikmati kemudahan seperti orang lain. 

Mereka boleh menaiki kenderaan tanpa memerlukan bantuan malah ianya kelihatan amat bergaya sekali. Kredit kepada penciptanya.











Tangga juga boleh di buat laci. Ya....tiada pembaziran ruang.





Teruskan melihat pelbagai lagi rekaan kreatif :
- Rekaan Kreatif yang Menarik....2

http://relakssminda.blogspot.com

Tidak ada komentar:

Posting Komentar