Sms Romantis Buat Pacar Tersayang ~ Update Terbaru kali ini saya admin blog Info Terbaru mau berbagi koleksi Sms Romantis yang bisa kamu berikan kepada pacar tersayang. Buat kamu yang ingin mengirimkan sms paling romantis ke pacar yang kamu sayangi, berikut ini bisa kamu baca artikel yang akan kami berikan tentang Sms Romantis Buat Pacar Tersayang.
Karena sms romantis buat pacar ini sangat
Senin, 25 November 2013
Resep Masakan Kepiting Saus Padang
Resep Masakan Kepiting Saus Padang ~ Info Terbaru kali ini saya mau bagikan tips cara membuat Kepiting Saus Padang. Bagi kamu yang suka sekali dengan masakan kepiting, berikut ini bisa kamu simak info yang akan saya berikan mengenai Cara Membuat Resep Masakan Kepiting Saus Padang yang enak untuk dinikmati. Oke sobat langsung saja kamu baca artikelnya sebagai berikut:
Resep Masakan Kepiting
Resep Masakan Kepiting
Minggu, 24 November 2013
Ulam-ulaman dan Sayur-sayuran Kampung
Pulang ke Kampung

Alhamdulillah...hujung minggu ini dapat juga meluangkan sedikit masa pulang ke kampung. Selain dari memenuhi jemputan majlis perkahwinan dapatlah juga merehatkan minda. Untuk entri kali ini, tiada bunga-bunga menawan MIL untuk tatapan anda tapi sesuatu yang lebih istimewa untuk anda semua nikmati.
Apa yang menarik di kampung kali ini adalah tumbuh-tumbuhan hijau yang tumbuh subur yang menanti masa untuk dipetik dan dijamah. Ya...ulam-ulaman dan sayur-sayuran kampung yang subur menghiasi disekeliling rumah MIL.
Anda saksikanlah sendiri, betapa rajinnya MIL aku ini berbudi dengan tanah. Semuanya tumbuh subur dan menghijau. Apa lagi...untuk anak-anak menantu dan cucu-cucunya yang rajin pulang makan free ni le...
Rimbunan pegaga yang subur menghijau. Sungguh menawan, merata-rata pula tumbuhnya. Ini bukan lah di tanam tapi tumbuh sendiri. Bila dah tumbuh tu...dijagalah oleh MIL dengan penuh kasih sayang. Memang menyentap seleraku...
Bunga betik ini pula kebetulan sedang-sedang elok hendak berkembang. Sedap kalau di makan ni. Teringat petua emak, kalau nak hilangkan rasa pahit bunga betik ni, rebus dengan air beras bersama asam keping...Insyaallah, hilang pahitnya dan enak dimakan begitu sahaja...cubalah.
Pucuk ubi juga seperti sedia menanti masa untuk di petik. Banyak juga MIL aku tanam pokok ubi ni dan sememangnya dia amat faham akan kegemaran menantunya yang seorang ni, suka makan ubi kayu...hehe. Bukan setakat ubi...pucuknya pun di gemarinya.
Ulam raja yang sedang mula membesar dengan suburnya. Dulu memang banyak, tapi dah tamat tempoh...ini generasi kemudiannya pula yang tumbuh. Sedap pucuk ulam raja ni...terliur mengenangkan rasanya yang masam-masam dan baunya yang mampu menambat selera.
Keladi sayur yang mula membesar. Sebulan lagi bolehlah tuai hasilnya. MIL kata, ramai juga jiran-jiran yang datang nak membeli ubi dan batang keladi ni. Kalau di pasar, harga ubi keladi ini agak mahal juga. Hampir sekeliling rumah jugalah ditanam dengan pokok keladi. Tapi malangnya aku sedikit alah dengan keladi, cepat je naik gatal-gatal...huhu.
Pokok keledek juga sedang tumbuh subur. Dalam 2 minggu lagi adalah ubinya, kata MIL. Pucuk keledek ini juga boleh dimasak dan MIL pernah memasaknya tapi tidak kenalah dengan selera ku. Mungkin ada daripada anda yang menggemarinya.
Anda kenal pokok apakah ini? Inilah pokok bebuas. Pucuknya enak di buat ulam atau di masak lemak. Baunya...hanya yang memahami dan meminatinya sahaja yang tahu...
Ini pula sayur meranti yang sedang subur membesar. Ini adalah bekas tanaman pokok terung dimana sebelum itu ditanam kacang bendi. Dah puas makan terung dan kacang bendi, MIL kata...tukar selera dengan sayur meranti pula. Lihatlah...sungguh subur tumbuhnya dengan daun yang lebar-lebar sekali. Habis meranti nanti, pokok apalah pula...tunggu dan lihat.
Ini pula adalah pokok gajus. Tapi kali ini belum berpucuk baru pula, jika tidak pucuk gajus inilah antara ulam kegemaranku. Bau dan rasanya yang masam-masam dan rangup dikunyah begitu menaikkan selera. Setiap kali balik kampung, tak sah kalau tak menjengah ke sini...
Sebelah kiri tu pokok cekur. Saya kurang minat dengan rasanya tapi boleh je layan.
Sebelah kanan pula pokok daun manis. Enak dimasak lemak.
Buah limau dan cili padi pula sedang meriah berbuah dengan lebatnya.
Apa lagi, semua bahan sudah terhidang di depan mata. Segar dan menanti masa untuk di petik. Jangan buang masa, menu dalam fikiran sudah terbayang jelas...apa dia? Sudah tentulah kerabu...
Pegaga, bunga betik, pucuk ubi dan daun cekur di gaul bersama dengan cili padi, udang kering, kelapa parut, garam dan perahan limau. Sungguh menyelerakan makan tengahari ku... Gambar tak perlulah letak, nanti ada pula yang kecur air liur...
Sebelah petang pula...mengerjakan pula pokok tebu ni. Tak perlu mesin...gigit jer, lagi 'feel'...hehe
Kedamaian Di Kampung
Itulah serba sedikit yang dapat ku hidang buat tatapan anda selama 2 hari di kampung MIL. Ketenangan berada di kampung sungguh mendamaikan. Hilang seketika segala keresahan dan kegusaran. Dapat juga merehatkan diri dengan kesegaran udara yang nyaman.
Terima kasih bersama Relaks Minda...
Admin...
Sabtu, 23 November 2013
Percutian Indah Masa Cuti Sekolah
Cuti Sekolah
Assalamualaikum... Cuti sekolah tiba lagi. Selain dari pulang ke kampung dan menghadiri jemputan majlis kenduri kahwin, pasti ada yang menggunakan masa cuti sekolah ini untuk pergi bercuti. Percutian sama ada di dalam negara mahupun di luar negara untuk lebih meluangkan masa-masa indah bersama anak-anak.
.jpg)
Percutian Bersama Alam
Percutian masa cuti sekolah di tepian pantai dan pulau-pulau peranginan, air terjun yang menawan, tasik- tasik yang nyaman dan tenang, di tanah tinggi pergunungan dan di kehijauan alam sudah tentu menjadi pilihan idaman.
Keindahan alam semulajadi lebih menjadi pilihan kerana ianya memberi ketenangan dan kedamaian untuk kita menikmati dan meluangkan masa di bersama anak-anak di masa cuti sekolah ini.
Bagi yang belum atau tidak dapat menikmati cuti-cuti di cuti sekolah ini, nikmatilah keindahan lokasi-lokasi indah ini. Pandangan mata juga mampu memberi ketenangan dan kedamaian. Jika tidak pun ianya membangkit perasaan untuk menikmatinya lalu menjadi realiti... :)

Insyaalllah...mungkin percutian idaman anda akan menjadi nyata...
Sambil menjamu mata...jamulah juga hati anda...
Selamat Bercuti
Semoga percutian anda di masa cuti sekolah ini berjalan lancar dan menjadi kenyataan. Percutian yang membawa keceriaan dan mengeratkan hubungan sesama ahli keluarga di samping menikmati keindahan alam semulajadi. Kedamaian dan ketenangan menjadi bonus buat anda dalam mengagumi keagungan Maha Pencipta.
Selamat bercuti dan berhujung minggu...rindu pd sahabat2 semua
Admin...
Jumat, 22 November 2013
Bandar Proton City... Tg. Malim, Perak
Bandar Proton City...

Bandar Proton City, Tg. Malim merupakan sebuah bandar pintar yang dibina oleh pembuat kereta terbesar negara iaitu Proton Berhad.
Bandar Proton City menggabungkan zon penempatan manusia dan industri yang sifar pencemaran di kawasan alam semulajadi. Hanya kilang berteknologi tinggi dan bebas cemar sahaja dibenarkan beroperasi. Sebuah bandar terancang yang amat menarik dan mempunyai keindahan alam yang sungguh menakjubkan dan mempersonakan.
Ianya terletak di kawasan Behrang, Perak lebih kurang 5 kilometer dari Pekan Tg. Malim, Perak. Lokasi yang di pilih mempunyai pemandangan yang amat indah, kawasan tanah yang sedikit berbukit-bukit dengan sungai dan tasik serta berlatar belakangkan banjaran gunung titiwangsa.
Bandar Proton City telah mula di bangunkan pada awal tahun 90an... Namun hanya pada tahun 2003 ianya mula menjadi perhatian apabila kilang canggih Proton Tg. Malim mula beroperasi dengan model pertama yang di pasang disini iaitu Proton Gen2 telah merancakkan pertumbuhan dan menggalakkan penempatan penduduk disini.
Kini setelah hampir sepuluh tahun...kawasan yang seluas 4,000 ekar tersebut semakin pesat membangun... Kawasan penempatan semakin membesar. Kemudahan semakin bertambah. Kampus pintar Universiti Perguruan Sultan Idris (UPSI) yang terletak bersebelahan juga telah pun siap dan beroperasi menjadikan kawasan Bandar Proton City semakin galak membangun dan meriah.

Bandar Proton City merupakan sebuah bandar yang terancang dan amat sesuai untuk di jadikan tempat tinggal yang paling ideal. Kawasannya sangat indah, nyaman dan damai. Kehijauan yang masih terjaga serta amat bersih. Tidak dinafikan, keindahannya menjadi tarikan utama disamping suasana yang tidak terlalu sibuk dan kemudahan prasarana yang lengkap.
Bandar Proton City juga terkenal dengan tasiknya yang sangat menawan iaitu Tasik Embayu dan disinilah tempat dimana penduduk setempat dan pelawat datang untuk melakukan aktiviti rekreasi antaranya ialah berkayak, bersenam dan beriadah bersama keluarga. Tasik ini juga mempunyai pemandangan yang cantik untuk bersantai, berehat sambil menenangkan minda.
Bandar Proton City di Tg. Malim... sebuah bandar yang menanti masa untuk menjadi sebuah bandar yang maju dan membangun. Dengan tarikan prasarana yang lengkap dan keindahan alam yang masih terpelihara...ianya pasti menjadi satu tempat tinggal yang menjadi idaman setiap orang.
Anda juga mungkin meminati :
Entri Republish...
Admin...
Langganan:
Postingan (Atom)