Selasa, 11 September 2012

Fadhilat ASMA' AL-HUSNA



Firman Allah SWT yang bermaksud :
"Allah SWT mempunyai Asma' al-Husna (nama-nama yang indah), maka mohonlah kepadaNya dengan menyebut Asma' al-Husna" (Al-A'raf:180)

Sabda Rasulullah SAW yang bermaksud "
"Sesungguhnya Allah SWT mempunyai 99 nama. Sesiapa yang menghafaznya nescaya akan dimasukkan ke dalam syurga". (Riwayat  Bukhari)

Sesungguhnya di sebalik setiap nama dalam Asma' al-Husna terdapat rahsia yang tersirat dari jangkauan akal manusia. Allah SWT akan mengabulkan keinginan seorang hamba yang berdoa sambil menyebut namaNya sesuai dengan rahsia yang tersirat di sebalik nama tersebut.

ALLAH
Apabila dizikirkan 500x setiap malam, lebih-lebih lagi selepas solat tahajjud atau solat sunat 2 rakaat mempunyai pengaruh yang besar di dalam mencapai segala yang dihajati

1. AL-RAHMAN - Yang Maha Pemurah
Apabila dizikirkan sesudah solat 5 waktu sebanyak 500x, maka hati kita akan menjadi terang dan tenang manakala sifat2 pelupa dan gugup akan hilang dengan izin Allah.

2. AL-RAHIM - Yang Maha Mengasihani
Apabila dizikirkan sebanyak 100x setiap hari. insyaAllah kita akan mempunyai daya penarik yang besar sekali sehingga manusia merasa cinta dan kasih serta sayang terhadap kita.

3. AL-MALIK - Yang Menguasai / Memerintah (sekelian alam)
Apabila dizikirkan sebanyak 121x setiap pagi atau setelah tergelincirnya matahari, segala pekerjaan yang dilakukan setiap hari akan mendatangkan berkat dan kekayaan yang diredhai Allah.

4. AL-KUDDUS - Yang Maha Suci
Apabila dizikirkan sebanyak 100x setiap pagi setelah gelincir matahari, maka hati kita akan terjaga dari semua penyakit hati seperti sombong, iri hati, dengki, dan lain2.

5. AL-SALAM - Yang Maha Sejahtera (Dari Segala Kekurangan)
Apabila dizikirkan sebanyak 136x, InsyaAllah jasmani dan rohani kita akan terhindar dari segala penyakit sehingga badan menjadi segar, sihat dan sejahtera.

6. AL-MUKMIN - Yang Maha Melimpahkan Keamanan
Apabila dizikirkan sebanyak 236x, InsyaAllah diri kita, keluarga dan segala kekayaan yang dimiliki akan terpelihara dan aman dari segala macam gangguan yang merosakkan.

7. AL-MUHAIMIN - Yang Maha Pelindung serta Penjaga
Apabila dizikirkan sebanyak 145x sesudah solat fardhu Isyak, InsyaAllah fikiran dan hati kita akan menjadi tenang dan bersih.

8. AL-AZIZ - Yang Maha Kuasa / Maha Mulia
Apabila dizikirkan sebanyak 40x sesudah solat Subuh, InsyaAllah kita akan menjadi orang yang mulia, disegani orang kerana penuh kewibawaan.

9. AL-JABBAR - Yang Maha Kuat (Menundukkan Segala-galanya)
Apabila dizikirkan sebanyak 226x pagi dan petang, semua musuh akan menjadi tunduk dan patuh dengan izin Allah.

10. AL-MUTAKABBIR - Yang Maha Besar/ mempunyai Kebesaran / Yang Melengkapi Segala KebesaranNya
Apabila dizikirkan sebanyak 662x, maka dengan kebijaksanaan bertindak, kita akan dapat menundukkan semua musuh, bahkan mereka akan menjadi pembantu yang setia.

11. AL-KHOLIK - Yang Maha Menjadikan Alam Semesta
Dibaca mengikut kemampuan atau sebanyak 731x, InsyaAllah yang ingin otak cerdas, cepat menerima sesuatu pelajaran, amalan ini akan memberikan otak kita cerdas dan cepat (faham).

12. AL-BARI - Yang Maha Menciptakan Semua Makhluk
Sekiranya kita berada di dalam kesukaran atau sedang sakit, baca sebanyak 100x selama 7 hari berturut-turut, InsyaAllah kita akan terlepas dari kesukaran dan sembuh dari penyakit tersebut.

13. AL-MUSAWWIR - Yang Maha Membentuk Segala Rupa
Sekiranya seorang isteri yang sudah lama belum mempunyai anak, maka cubalah ikhtiar ini dengan berpuasa selama 7 hari dari hari Ahad hingga Sabtu. Di waktu hendak berbuka puasa, ambil segelas air & dibacakan ' Al-Musawwir' sebanyak 21x, kemudian diminum air tersebut untuk berbuka puasa. Bagi suami, hendaklah berbuat perkara yang sama tetapi hanya berpuasa  selama 3 hari. Kedian pada waktu hendak bersama dengan isteri, bacalah zikir ini sebanyak 10x, insyaAllah akan dikurniakan anak yang soleh.

14. AL-GHOFFAR - Yang Maha Pengampun
Sambil beri'tikaf (diam dalam masjid dalam keadaan suci) bacalah zikir ini sebanyak 100x sambil menunggu masuk waktu solat Jumaat, InsyaAllah akan diampunkan dosa-dosa kita.

15. AL-QOHHAR - Yang Maha Kuasa / Perkasa
Dizikir menurut kemampuan atau sebanyak 306x, maka hati kita akan dijaga dari ketamakan dan kemewahan dunia dan insyaAllah orang2 yang selalu memusuhi kita akan sedar & tunduk akhirnya.

16. AL-WAHHAB - Yang Maha Memberi
Dizikir sebanyak 100x sesudah solat fardhu, sesiapa yang selalu didalam kesempitan, insyaAllah segala kesulitan atau kesempitan dalam soal apa pun akan hilang.

17. AL-RAZZAK - Yang Maha Memberi Rezeki
Dizikir mengikut kemampuan sesudah solat fardhu khususnya solat Subuh, insyaAllah akan dipermudahkan rezeki yang halal dan membawa berkat. Rezeki akan datang tanpa diduga tetapi perlulah
dilakukan dengan ikhtiar yang zahir.

18. AL-FATTAH - Yang Maha Membuka
Dizikir sebanyak 71x sesudah selesai solat Subuh, insyaAllah hati kita akan dibuka oleh Allah, sehingga
mudah menerima nasihat agama.

19. Al-ALIM - Yang Maha Mengetahui
Dizikir sebanyak 100x, setiap kali selesai solat Maktubah ( solat fardhu 5 waktu), insyaAllah akan dapat kemakrifatan yang sempurna.

20. AL-QOBITD - Yang Maha Menyempitkan (Pemberian Rezeki)
Dizikirkan 100x setiap hari, maka dirinya akan semakin dekat dengan Allah dan terlepas dari segala bentuk ancaman.

21. AL-BASIT - Yang Maha Meluaskan  (Pemberian Rezeki)
Bagi mereka yang berniaga atau mempunyai usaha-usaha lain, kuatkanlah usaha & berniaga itu dengan memperbanyakkan membaca zikir ini setiap hari, insyaAllah rezeki akan menjadi murah.

22. AL-HOFIDZ - Yang Maha Merendahkan
Dizikirkan sebanyak 500x setiap hari, dalam keadaan suci, khusyuk & tawadhuk, insyaAllah segala maksud akan ditunaikan Allah. Juga apabila mempunyai musuh, musuh itu akan jatuh martabatnya.

23. AL-ROFIK' - Yang Maha Tinggi
Dizikirkan setiap hari, baik siang atau malam sebanyak 70x, insyaAllah keselamatan harta benda dirumah, di kedai atau di tempat2 lain akan selamat dan terhindar dari kecurian.

24. AL-MU'IZ - Yang Maha Memuliakan Sesiapa Yang DikehendakiNya 
Dizikirkan sebanyak 140x setiap hari, insyaAllah akan memperolehi kewibawaan yang besar tertama ketua-ketua jabatan atau perniagaan.

25. AL-MUZIL - Yang Maha Menghina
Perbanyakkanlah zikir ini setiap hari, sekiranya ada orang berhutang kepada kita dan sukar untuk memintanya, insyaAllah si penghutang akan sedar dan membayar hutangnya kembali.

26. AS-SAMIK'- Yang Maha Mendengar
Sekiranya inginkan doa kita makbul dan pendengaran telinga kita tajam, biasakanlah zikir ini setiap hari menurut kemampuan, lebih-lebih lagi sesudah solat Dhuha, insyaAllah doa akan mustajab.

27. AL-BASIR - Yang Maha Melihat
Dizikirkan sebanyak 100x sebelum solat Jumaat, insyaAllah akan menjadikan kita terang hati, cerdas otak dan selalu diberikan taufik dan hidayah dari Allah.

28. AL-HAKIM - Yang Maha Menghukum
Dizikirkan sebanyak 68x pada tengah malam dalam keadaan suci, insyaAllah dapat membuka hati seseorang itu agar mudah menerima ilmu-ilmu agama.

29. AL-ADIL - Yang Maha Adil
Dizikirkan sebanyak 104x setiap hari sesudah selesai solat 5 waktu, insyaAllah diri kita selalu dapat berlaku adil.

30. AL-LATIF - Yang Maha Lemah Lembut TadbirNya
Dengan memperbanyakkan zikir ini mengikut kemampuan, insyaAllah bagi para peniaga, ikhtiar ini akan menjadikan barangan jualannya menjadi laris dan maju.

31. AL-KHOBIR - Yang Maha Mendalam PengetahuanNya
Dengan memperbanyakkan zikir ini setiap hari, terkandung faedah yang teramat banyak sekali sesuai dengan maksud zikir ini antara lain faedahnya ialah dapat bertemu dengan teman atau anak yang telah terpisah sekian lama.

32. AL-HALIM - Yang Maha Penyantun
Dizikirkan sebanyak 88x selepas solat lima waktu, bagi mereka yang mempunyai kedudukan di dalam pemerintahan, syarikat atau apa sahaja, insyaAllah dipastikan kedudukannya tidak akan dicabar atau dungkit-ungkit atau digugat.

33. AL-A'DZIM - Yang Maha Agung / Yang Maha Besar (KekuasaanNya)
Dizikirkan sebanyak 12x setiap hari untuk orang yang sekian lama menderitai sakit, insyaAllah akan sembuh . Juga apabila dibaca 12x kemudian ditiupkan pada tangan lalu diusap-usap pada seluruh badan, maka dengan izin Allah akan terhindar dari gangguan jin, syaitan dan sebagainya.

34. AL-GHAFUR - Yang Maha Pengampun
Bagi orang yang bertaubat, hendaklah memperbanyakkan zikir ini dengan mengakui dosa-dosa dan beriktikad untuk tidak mengulanginya, insyaAllah akan diterima taubatnya oleh Allah.

35. AS-SYAKUR - Yang Maha Memberi Penghargaan dan Balasan
Dizikirkan sebanyak 40x sehabis solat hajat, sebagai pengucapan terima kasih kepada Allah, InsyaAllah semua hajat kita akan dimakbulkan Allah. Lakukanlah setiap kali kita mempunyai hajat yang penting dan terdesak.

36. AL-A'LI - Yang Maha Tinggi Martabatnya
Dizikir sebanyak 100x insyaAllah akan mencerdaskan otak.

37. AL-KABIR - Yang Maha Besar
Bagi seseorang yang kedudukannya telah dirampas atau dilucut gara-gara sesuatu fitnah, maka bacalah zikir ini sebanyak 1000x selama 7 hari berturut-turut dalam keadaan suci sebagai pengaduan kepada Allah. Lakukanlah sesudah solat malam (Tahajjud atau Hajat).

38. AL-HAFIDZ - Yang Maha Menjaga / Memelihara
Dizikir sebanyak 99x, insyaAllah diri kita akan terlindung dari gangguan binatang buas terutamanya apabila kita berada di dalam hutan.

39. AL-MUQIT - Yang Maha Berkuasa
Sekiranya kita berada di dalam kelaparan seperti kita sesat di dalam hutan atau di mana sahaja sehingga sukar untuk mendapatkan bekalan makanan, maka perbanyakkan zikir ini. InsyaAllah badan kita akan menjadi kuat dan segar kerana rasa lapar akan hilang.

40. AL-HASIB - Yang Maha Menghitung/Mencukupi
Untuk memperteguhkan kedudukan yang telah kita jawat, amalkan zikir ini sebanyak 777x sebelum mahatari terbit dan selepas solat Maghrib, insyaAllah akan meneguhkan kedudukan kita tanpa sebarang gangguan.

41. AL-JALIL - Yang Maha Luhur / Mempunyai Sifat Kebesaran
Barangsiapa mengamalkan zikir ini pada sepertiga malam, insyaAllah kita akan mendapati perubahan yang mengagumkan - perniagaan akan bertambah maju. Andai seorang pegawai, maka tanpa disedari kedudukan kita akan lebih tinggi dan terhormat dan begitulah seterusnya dengan izin Allah.

42. AL-KARIM - Yang Maha Pemurah
Untuk mencapai darjat yang tinggi dan mulia di dunia mahupun di akhirat kelak, maka amalkan zikir ini sebanyak 280x ketika hendak masuk tidur. Nescaya Allah akan mengangkat darjat mereka yang mengamalkan zikir ini.

43. AL-ROQIB - Yang Maha Memerhati / Mengawasi
Bagi meminta pertolongan kepada Allah terhadap penjagaan barag yang dikhuatirkan, maka zikirkan sebanyak 50x setiap hari dengan niat agar barang-barang yang dikhuatirkan yang berada di tempat yang jauh dan sukar dijaga terhindar dari sebarang kecurian mahupun gangguan lainnya. Bertawakal dan yakinlah kepada Allah. InsyaAllah...

44. AL-MUJIB - Yang Maha Merperkenankan Permohonan
Sesungguhnya Allah adalah Zat yang menerima doa hambaNya dan agar doa kita mustajab dan selalu diterima Allah, hendaklah mengamalkan zikir ini sebanyak 55x sesudah solat subuh. InsyaAllah Tuhan akan mengabulkan doa kita.

45. AL-WASIK' - Yang Maha Luas (Rahmat dan KurniaanNya)
Apabila di dalam kesulitan maka amalkan zikir ini sebanyak 128x setiap pagi dan petang, insyaAllah segala kesulitan akan hilang berkat pertolongan Allah. Andai zikir ini sentiasa diamalkan, insyaAllah Tuhan akan menjaga kita dari hasad dengki sesama makhluk.

46. AL-HAKIM - Yang Maha Bijaksana
Bagi pelajar atau sesiapa sahaja yang memperbanyakkan zikir ini setiap hari, insyaAllah akalnya akan menjadi cerdas dan lancar di dalam menghafal dan mengikuti pelajaran. Amalkanlah sekurang-kurangnya 300x setiap hari.

47. AL-WADUD - Yang Maha Pencinta
Amalkanlah zikir ini sebanyak 11,000x pada setiap malam. InsyaAllah kita akan menjadi insan yang sentiasa bernasib baik, disayangi dan rumahtangga kita akan sentiasa berada dalam keadaan harmoni.

48. AL-MAJIID - Yang Maha Melimpah (Kebaikan dan KemurahanNya)
Untuk ketenteraman keluarga di mana setiap anggota keluarga sentiasa menyayangi dan menghormati dan khasnya kita sebagai ketua keluarga, maka amalkan zikir ini sebanyak 99x, sesudah itu hembuskan kedua belah tapak tangan dan usap ke seluruh muka. InsyaAllah semua anggota keluarga kita akan menyayangi dan menghormati kita sebagai ketua keluarga.

49. AL-BA'IST - Yang Maha Membangkitkan
Zikir sebanyak 100x dengan meletakkan kedua tangan ke dada, insyaAllah akan memberi kelapangan dada dengan ilmu dan hikmah.

50. AS-SYAHID - Yang Maha Menyaksikan
Apabila ada di kalangan anggota keluarga kita yang suka membangkang dan sebagainya, maka zikirkan sebanyak 319x secara berterusan setiap malam sehingga si pembangkang akan sedar dan berubah perangainya.

51. AL-HAQ - Yang Maha Benar
Perbanyakkan zikir ini, insyaAllah ia sangat berfaedah sekali untuk mengukuhkan iman dan taat di dalam menjalankan perintah Allah.

52. AL-WAKIL - Yang Maha Berserah
Sekiranya terjadi hujan yang disertai ribut yang kuat, atau terjadi gempa, maka ketika itu perbanyakkan zikir ini, insyaAllah bencana tersebut akan menjadi reda dan kembali seperti sediakala.

53. AL-QAUWI - Yang Maha Memiliki Kekuatan
Amalkan zikir ini sebanyak mungkin agar tidak gentar apabila berdepan dengan sebarang keadaan mahupun berdepan dengan si zalim.

54. AL-MATIN - Yang Maha Sempurna KekuatanNya
Amalkanlah zikir ini sebanyak mungkin kerana ia mempunyai fadhilat yang besar sekali, antaranya untuk mengembalikan kekuatan sehingga musuh merasa gentar untuk mengganggu. 

55. AL- WALI - Yang Maha Melindungi
Barangsiapa yang menjawat sebarang jawatan atau kedudukan, maka amatlah elok sekali mengamalkan zikir ini sebanyak mungkin kerana dengan izinNya kedudukan kita akan kukuh dan terhindar dari sebarang gangguan oleh orang-orang yang bersifat dengki.

56. AL-HAMID - Yang Maha Terpuji
Perbanyakkan zikir ini sebagai pengakuan bahawa Allah sahaja yang paling berhak menerima segala pujian.

57. AL-MUHSI - Yang Maha Menghitung Amalan-amalan
Sekiranya kita inginkan diri kita digolongkan di dalam golongan orang yang selalu dekat dengan Allah (muraqabah), maka amalkan zikir ini sebanyak mungkin sesudah solat 5 waktu.

58. AL-MUBDI - Yang Menciptakan Makhluk Pada Mulanya
Agar segala apa yang kita rancangkan akan berhasil, maka zikirkan sebanyak 470x setiap hari.

59. AL-MU'ID - Yang Menciptakan Makhluk Sesudah Mati
Andai ada anggota keluarga yang menghilangkan diri dan sebagainya, amalkan zikir ini sebanyak 124x setiap hari sesudah solat. InsyaAllah ditunjukkan akan hasilnya.

60. AL-MUHYI - Yang Menghidupkan
Amalkan zikir ini sebanyak 58x setiap hari, insyaAllah kita akan diberikan kemuliaan darjat dunia dan akhirat kelak.

61. AL-MUMIT - Yang Mematikan
Barangsiapa memperbanyakkan zikir ini, insyaAllah akan dipermudahkan dalam perniagaan, berpolitik dan sebagainya.

62. AL-HAIYU - Yang Tetap Hidup
Untuk mencapai kekuatan mental/batiniah didalam menjalani kehidupan, perbanyakkanlah zikir ini. 

63. AL-QAIYUM - Yang Kekal Selama-lamanya Mentadbir Sekelian Alam
Telah berkata Imam Ghazali bahawa barangsiapa yang ingin memperolehi harta yang banyak lagi berkat, ingin dikasihi oleh setiap manusia, ingin berwibawa, ditakuti musuh dan ingin menjadi insan yang terhormat, maka berzikirlah sebanyak 1000x setiap malam atau siang. Hendaklah melakukannya secara berterusan, InsyaAllah akan tercapai segala hajat.

64. AL-WAJID - Yang Memperolehi Apa Yang Dikehendakinya
Andai keinginan keperibadian yang kukuh, tidak mudah terpengaruh dan teguh pendirian, maka perbanyakkan zikir ini.

65. AL-MAJID -Yang Maha Mulia
Demi kecerdasan otak dan agar dipermudahkan hati untuk menerima pelajaran, maka hendaklah pelajar tersebut memperbanyakkan zikir ini setiap hari.

66. AL-WAHID - Yang Maha Esa

67. AL-AHAD - Yang Maha Esa
Fadhilat bagi Asma' al-Husna yang ke 66 dan 67 adalh seperti berikut : 
Bagi pasangan yang belum mempunyai cahayamata dan tersangat ingin untuk menimangnya, amalkanlah zikir ini sebanyak 190x setiap kali selesai menunaikan solat 5 waktu selama 1 bulan dan selama itu juga hendaklah berpuasa sunat Isnin dan Khamis, InsyaAllah.... 

68. AS-SOMAD - Yang Menjadi Tumpuan Makhluk Untuk Memohon Sebarang Hajat
Ketika dalam kelaparan akibat sesat atau kesempitan hidup, maka pohomlah kepada Allah dengan zikir ini sebanyak mungkin. InsyaAllah, diri akan berasa segar sentiasa.

69. AL-QODIR - Yang Maha Kuasa
Apabila kita berhajatkan sesuatu namun ianya selalu gagal, maka amalkan zikir ini sebanyak 305x setiap hari, insyaAllah segala hajat akan berhasil.

70. AL-MUKTADIR - Yang Maha Menentukan
Agar tercapai tujuan yang dikehendaki, selain dari berikhtiar secara lahiriah, maka berzikirlah dengan zikir ini seberapa mampu sehingga ikhtiar kita itu berhasil kerana zikir ini akan mempercepatkan keberhasilan hajat kita.

71. AL-MUQADDIM - Yang Maha Mendahulukan Segala Sesuatu
Munurut Imam Ahmad bin Ali Al-Buuniy, beliau berkata "barangsiapa yang berzikir dengan zikir ini sebanyak 184x setiap hari, insyaAllah, nescaya segala usahanya akan berhasil".  

72. AL-MUAHHIR - Yang Maha Mengakhirkan Segala Sesuatu
Bagi meninggikan lagi ketaatan kita kepada Allah, perbanyakkanlah zikir ini.

73. AL-AWWAL - Yang Awal (Tiada Permulaan BagiNya)
Barangsiapa yang mengamalkan zikir ini sebanyak 37x setiap hari, insyaAllah segala apa yang dihajati akan diperkenankan Allah.

74. AL-AKHIR - Yang Akhir ( Tiada Kesudahan BagiNya)
Amalkan berzikir sebanyak 200x sesudah solat 5 waktu selama sebulan, insyaAllah Tuhan akan membuka pintu rezeki yang halal.

75. ADZ-DZOHIR - Yang Zahir (Amat Nyata KewujudanNya Melalui Penciptaan Alam)
Amalkanlah zikir ini sebanyak 1106x selepas solat waktu di tempat yang sunyi (khalwat), nescaya Allah akan membuka hijab padanya dari segala rahsia yang pelik dan sukar serta diberi kefahaman ilmu.

76. AL-BATIN - Yang Batin (Tersembunyi-Tidak Diketahui Unsur-unsurnya)
Setiap cara di nombor 75 tetapi amalkan sebanyak 30x sesudah solat fardhu.

77. AL-WAALI - Yang Maha Berkuasa Memberi Pertolongan / Pelindung Yang Sebenar-benarnya
Memperbanyakkan zikir ini setiap pagi dan petang boleh menyebabkan seseorang itu menjadi orang yang ma'rifat, iaitu hatinya dibuka oleh Allah. Difahamkan para wali Allah selalu memperbanyakkan zikir ini. 

78. AL-MUTA'AL - Yang Maha Tinggi
Sekiranya kita akan berjumpa dengan mereka yang berkedudukan tinggi atau mereka yang sukar untuk ditemui, maka bacalah zikir ini sebanyak mungkin sewaktu mengadap. InsyaAllah dengan mudah ita akan berjumpa dengannya dan segala hajat yang penting-penting akan berhasil. 

79. AL-BARRu - Yang Maha Melimpahkan IhsanNya
Amalkanlah zikir ini sebanyak mungkin setiap hari, insyaAllah segala apa yang kita hajati akan terlaksana dengan mudah.

80. AT-TAUWAB - Yang Maha Menerima Taubat
Bagi orang yang selalu membuat dosa dan ingin bertaubat maka hendaklah memperbanyakkan zikir ini supaya dengan mudah diberikan petunjuk kembali ke jalan yang lurus,

81. AL-MUNTAQIM - Yang Maha Berkuasa Membalas Dengan Azab Seksa Kepada Orang-orang Yang Berdosa
Jika kita berhadapan dengan orang yang zalim, supaya dia tidak melakukan kezalimannya terhadap kita, maka hendaklah kita memperbanyakkan zikir ini setiap kali sesudah solat fardhu. InsyaAllah, kita akan mendapat pertolongan Allah.

82. AL-A'FUR - Yang Maha Memaafi
Barangsiapa memperbanyakkan zikir ini, nescaya dia akan diampuni segala dosanya oleh Allah.

83. AL-RAUF - Yang Maha Melimpahkan Rahmat / Belas Kasihan
Bagi sesiapa yang inginkan dirinya disenangi oleh teman atau sesiapa sahaja yang memandangnya, amalkan zikir ini seberapa mampu sama ada waktu siang ataupun malam.

84. MALIKUL MALIK - Yang Maha Memiliki Kekuasaan
Seseorang pengarah atau ketua yang ingin kedudukan yang kekal & tetap tanpa diganggu gugat, hendaklah selalu mengamalkan zikir ini sebanyak 212x sesudah solat fardhu dan 212x pada setiap malam selama sebulan. InsyaAllah akan mendapat pertolongan Allah. 

85. ZUL JALALI WAL IKRAM - Yang Maha Mempunyai Kebesaran dan Kemuliaan
Amalkanlah zikir ini sebanyak 65x setiap hari selama sebulan, insyaAllah segala hajat kita akan tercapai dengan pertolongan Allah.

86. AL-MUQSIT - Yang Maha Mengadili
Berzikirlah dengan zikir ini mengikut kemampuan, insyaAllah Tuhan akan menganugerahkan sifat adil kepada mereka yang mengamalkannya.

87. AL_JAMIK' - Yang Maha Menghimpunkan
Sekiranya ada dikalangan keluarga kita atau isteri kita yang lari dari rumah, maka amalkanlah zikir ini sebanyak mungkin pada setiap hari dengan niat semoga Allah menyedarkan orang tersebut. Dengan izin Allah orang yang lari itu akan pulang dalam jangka waktu yang singkat.

88. AL-GANIu - Yang Maha Kaya
Amalkanlah zikir ini pada setiap hari sebanyak mungkin, insyaAllah apa yang kita usahakan akan cepat berhasil dan kekayaan yang kita perolehi itu akan mendapat berkat.

89. AL-MUGHNI - Yang Maha Memberi Kekayaan
Mintalah kekayaan yang bermanfaat untuk kehidupan dunia & akhirat kepada Allah dengan memperbanyakkan zikir ini, InsyaAllah segala hajat kita akan tercapai.

90. AL-MANI' - Yang Maha Menghalang
Andai kita selalu mengamalkan zikir ini sebanyak 161x pada waktu menjelang subuh setiap hari, insyaAllah kita akan terhindar dari orang-orang yang zalim dan suka membuat kejahatan.

91. AD-DHORRU - Yang Memberi Mudarat
Asma ini sangat berguna di dalam ikhtiar kita untuk menyembuhkan sesuatu penyakit yang mana sudah lama dihidapi dan telah puas diubati. Amalkanlah zikir ini sebanyak 1001x pada setiap hari, insyaAllah dengan ikhtiar ini penyakit itu akan cepat sembuh.

92. AN-NAFI' - Yang Memberi Manfaat
Menurut Imam Ahmad Al-Buuniy, barangsiapa mengamalkan zikir ini setiap hari, maka bagi orang yang sakit, sakitnya akan sembuh dan bagi orang yang susah akan dihilangkan kesusahannya dengan izin Allah.

93. AN-NUR - Yang Memberi Cahaya
Menurut Sheikh Ahmad bin Muhammad As Shawi, barangsiapa yang menghendaki kemuliaan yang agung dan memperolehi apa yang dimaksudkan baik kebaikan dunia mahupun kebaikan di akhirat kelak, maka hendaklah selalu berzikir dengan zikir ini setiap pagi dan petang.

94. AL-HADI - Yang Maha Memberi Petunjuk
Bagi sesiapa yang dalam perjalanan ke suatu tempat tertentu, kemudian ia tersesat, hendaklah ia memohon petunjuk Allah dengan memperbanyakkan zikir ini, insyaAllah akan diberikan pertolongan Allah akan cepat lepas dari kesesatan tersebut.

95. AL-BADII' - Yang Maha Indah / Tiada Bandingan
Andai kita mempunyai rancangan yang sangat penting dan bagi memastikan rancangan kita itu berjaya dan berjalan lancar, maka zikirlah dengan zikir ini sebanyak 500x selepas solat fardhu. InsyaAllah Tuhan akan memberikan pertolongan hingga rancangan kita berjaya dan berjalan lancar.

96. AL-BAQI - Yang Maha Kekal
Amalkanlah zikir ini sebanyak mungkin tanpa mengira batas waktu, insyaAllah dengan ikhtiar ini semua pekerjaan yang telah menjadi punca rezeki tidak akan mudah terlepas, perniagaan tidah akan rugi atau bankrap dengan berkat zikir ini.

97. AL-WARITH - Yang Maha Memiliki Segala-galanya
Sekiranya kita berzikir sebanyak 500x selepas solat fardhu atau sebagainya, supaya segala urusan kita itu berjalan dengan lancar, maka hendaklah pada setiap  malam berzikir dengan zikir ini sebanyak 707x. InsyaAllah berkat zikir ini Allah akan memberi petunjuk sehingga usaha kita akan berhasil dengan baik dan memberangsangkan.

98. AR-RASYID - Yang Maha Pandai/ Bijaksana
Walaupun kita tergolong di dalam golongan yang cerdas otak, namun biasakanlah zikir ini sebanyak mungkin, nescaya otak kita akan menjadi bertambah cerdas.

99. AS-SABUR - Yang Maha Sabar
Agar kita diberi kesabaran oleh Allah dalam segala hal, maka perbanyakkanlah zikir ini menurut kemampuan. Dengan sifat sabar dan penuh penghargaan kepada Allah, maka segala usaha dan upaya akan mencapai kejayaan. 

Sama-sama kita mencuba zikir-zikir ini. Salah satu cara kita ikhtiar selain ikhtiar dengan cara yang sepatutnya kita lakukan. Allah Maha Pemurah. Usaha, Doa & Tawakal dan jangan mudah mengalah dan putus asa.. Meminta dari Allah, insyAllah dengan izinNya, kita akan berjaya..

Amin..   


 


Tidak ada komentar:

Posting Komentar