SURAH AL-FALAK
(Waktu Subuh)
Surah ke 113
Terdiri daripada 5 ayat (Madaniyyah)
Allah Subhanahu wa Taa'la Pelindung Dari Segala Kejahatan.
Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah, Lagi Maha Penyayang.
1. Katakankan: "Aku berlindung kepada Tuhan yang menguasai subuh.
2. Daripada kejahatan makhlukNya.
3. Dan daripada kejahatan malam apabila telah gelap gelita.
4. Dan daripada kejahatan wanita-wanita tikang sihir yang menghembus pada simpulan.*
* Kebiasaannya tukang-tukang sihir dalam melakukan sihirnya mereka membuat simpulan dari tali, lalu membacakan jampi-jampi dengan menghembuskan nafasnya ke simpulan tali tersebut.
5. Dan daripada kejahatan orang yang dengki apabila dia dengki."
Tidak ada komentar:
Posting Komentar