Kamis, 24 Oktober 2013

Buah Pisang



Buah PisangBuah Pisang
Malaysia kaya dengan pelbagai jenis buah pisang. Terdapat lebih dari 14 jenis buah pisang yang boleh ditemui dan ditanam di negara ini.

Antaranya adalah buah pisang emas, berangan, kapas dan rastali yang ditanam untuk dimakan segar. Manakala jenis buah pisang nangka, raja, lang, relong, tanduk, nipah dan pisang awak pula sesuai untuk dimasak atau diproses sebagai makanan ringan.

Pokok Pisang adalah nama umum yang diberikan pada tumbuhan berdaun besar, lebar dan memanjang dari suku Musaceae. Beberapa jenisnya menghasilkan buah dalam bentuk keadaan yang tersusun dalam tandan dengan kelompok-kelompok tersusun yang disebut sisir. Pokok Pisang yang pada mulanya merupakan sejenis tumbuhan liar berasal dari Asia Tenggara.

Dalam istilah sains pula, pokok pisang tergolong dalam Order Zingerberalis, iaitu kumpulan keluarga Musaceae dan genus Musa. Genus Musa boleh dibahagikan kepada dua kumpulan; Eumusa iaitu kumpulan yang boleh dimakan dan Phusocaulis, yang tidak boleh dimakan.

Buah PisangBuah Pisang

Hampir kesemua buah pisang memiliki kulit berwarna kuning ketika matang. Walaupun begitu, ada beberapa jenis buah pisang yang berwarna jingga, merah, hijau, ungu dan hampir hitam. 

Khasiat Buah Pisang
Pada umumnya buah pisang adalah sumber makanan yang berkhasiat. Ia mengandungi sumber tenaga (Karbohidrat) dan mineral terutamanya kalium. Kajian makmal pula menunjukkan pisang mengandungi kanji sebanyak 20% dan gula 1%.

Buah PisangKetika buah pisang berubah warna menjadi kuning dan sedia untuk dimakan, kandungan gula akan berpecah kepada 66% sukrosa, 14% fraktosa, dan 20% glukosa. Pada amnya, buah pisang bebas daripada lemak, kandungan garamnya rendah serta kaya dengan vitamin serta potasium. Buah pisang ini sesuai untuk diet tapi kurang sesuai bagi mereka yang mengidap kencing manis.

Hampir kesemua buah pisang mengandungi 3 jenis gula semulajadi iaitu sukrosa, fruktosa dan glukosa yang digabungkan dengan gentian. Buah pisang mampu memberikan tenaga kepada manusia dengan kadar segera dan berterusan. 

Kajian yang telah dibuat menunjukkan bahawa 2 biji pisang mempunyai cukup tenaga untuk senaman selama 90 minit. Maka tidak hairanlah jika buah pisang dijadikan buah utama kepada atlit terkenal dunia.

Buah PisangBuah Pisang

Semua jenis buah pisang dikategorikan sebagai berkhasiat. Apatah lagi ianya senang untuk dimakan dan dihadam khususnya untuk bayi yang berusia enam bulan dan ke atas. Ia juga tidak memberi kesan sampingan pada kesihatan walaupun pisang itu manis kerana kandungan gula dalam buah pisang adalah semula jadi.

Beberapa kajian lain mendapati masalah kesihatan boleh dikurangkan dengan memakan buah pisang. Anda boleh lihat banyak lagi akan khasiat buah pisang SINI

Buah Pisang

Pisang dan Islam
Tiada keraguan tentang khasiat buah pisang. Pisang adalah di antara buah-buahan yang di sebut didalam al-Quran Al-karim, sepertimana firman Allah Ta’ala yang bermaksud:

”Dan golongan kanan, alangkah bahagianya golongan kanan itu. Mereka bersenang-lenang di antara pohon-pohon bidara yang tidak berduri. Dan pokok-pokok pisang yang tersusun rapi buahnya. Dan naungan yang terbentang luas. Dan air yang sentiasa mengalir.”  (Surah Al-Waaqi’ah: Ayat 27-31)

Pisang emas dibawa belayar,
Masak sebiji diatas peti,
Hutang emas boleh dibayar,
Hutang budi dibawa mati.


Admin...

1 komentar: