Tampilkan postingan dengan label Taman. Tampilkan semua postingan
Tampilkan postingan dengan label Taman. Tampilkan semua postingan

Senin, 22 Juli 2013

Santai Di Taman Yang Indah


Assalamualaikum... Dikala anda sedang berblogging, singgah pula seketika anda disini, Terima kasih dan selamat datang! Relaks Minda anda...itulah harapan saya...

Kali ini anda rileks bersantai dengan santapan mata di taman-taman yang indah. Di bawah rimbunan pepohon yang beraneka rupa dan warna. Menyusuri jambatan yang melintasi tasik dan sungai yang jernih.

santai di taman yang indah

Menikmati suasana nyaman dan tenang. Kedamaian dan keamanan yang amat mengasyikkan.
Kombinasi ciptaan manusia dan keindahan alam, semuanya dengan izin dariNya.
Di kala mata asyik menikmati santapannya,
Berilah juga santapan buat hati anda... 

Dengan pandangan yang asyik, lafazkanlah dengan tenang juga dihati anda : 
santai di taman yang indah
"Subhanallah"

santai di taman yang indah
"Alhamdulillah"

santai di taman yang indah
"Laa ilahaillallah"

santai di taman yang indah
"Allahuakbar"

santai di taman yang indah
"Subhanallah"

santai di taman yang indah
"Alhamdulillah"

santai di taman yang indah
"Laa ilahaillallah"

santai di taman yang indah
"Allahuakbar"

Semoga persinggahan seketika anda menikmati taman-taman yang indah di sini dapat memberikan sedikit ketenangan dan kedamaian buat mata, hati dan minda. 

Terima kasih bersama Relaks Minda, semoga entri yang ringan ini dapat menepati kehendak anda sama ada kunjungan anda secara sengaja atau tidak sengaja di sini. 

Admin...

Selasa, 18 Juni 2013

Pasu Dan Bunga Bagaikan Irama Dan Lagu...


Pasu dan Bunga Bagaikan Irama Dan Lagu
Pasu dan bunga... tidak dapat di pisahkan, begitulah perumpamaan yang dapat saya berikan.  Jika kena dengan bunga dan pasunya...pasti terserlah keunikan dan kecantikan perhiasan anda ini. Di serlahkan pula dengan susunan  kreatif di lokasi yang bertepatan dengan suasana dan temanya.

Susun atur bunga di dalam pasu anda haruslah kreatif. Ingat! Pokok bunga pun ada masanya akan berhenti berbunga seketika dan masa inilah pasu bunga dan susunannya pula yang memainkan peranan penting untuk sentiasa kelihatan menarik dan anggun.

Jangan anda lupa, saiz pasu dan pokok bunga juga memainkan peranan yang penting. Terlalu kecil pasu mungkin akan mengurangkan penggunaan tanah...maka perlukan pembajaan yang cukup dan tepat jadualnya. Terlalu besar pula mungkin menampakkan pokok bunga menjadi kerdil pula. Maka dapatkan saiz yang bertepatan antara saiz pokok bunga dan pasunya.

Pasu dan Bunga Bagaikan Irama Dan Lagu

Pasu dan Bunga Bagaikan Irama Dan LaguPasu dan Bunga Bagaikan Irama Dan Lagu

Pasu dan Bunga Bagaikan Irama Dan Lagu

Pasu dan Bunga Bagaikan Irama Dan LaguSusunan pasu bunga yang teratur dan sesuai mengikut keadaan sekeliling amat penting supaya suasana tampak menarik dan tidak janggal. 

Sebaiknya pasu tidak di letakkan terus ke tanah. Pasu lebih sesuai di letakkan di atas sesuatu yang beralas mahupun di gantung. Disinilah jenis pasu itu menjadi penting. Takkan nak gantung pasu dari tanah liat yang berat tu... kalau kecil bolehlah lagi.

Anda mesti berfikiran kreatif dalam susun atur kerana ianya memberi impak yang cukup besar. Susun atur yang kreatif dan menarik dapat menyerlahkan pokok bunga anda. Kedudukan  pasu mengikut jenis pokok bunga dan warnanya juga penting agar tampak harmoni dan tidak kelihatan janggal dan pelik.

Untuk mendapatkan susun atur yang terbaik, ianya bergantung kepada tempat di mana ianya diletakkan. Lagi kreatif tempat letaknya lagi menarik dan terserlah pesonanya.

Pasu dan Bunga Bagaikan Irama Dan Lagu

Pasu dan Bunga Bagaikan Irama Dan LaguPasu dan Bunga Bagaikan Irama Dan Lagu

Pasu dan Bunga Bagaikan Irama Dan Lagu

Pasu dan Bunga Bagaikan Irama Dan LaguWarna pasu dan warna bunga juga memainkan peranannya yang tersendiri. Ianya menambah seri kepada suasana dan bunga. 

Sebaiknya dapatkan warna yang berlawanan antara pasu dan bunga. Untuk selamat, warna tanah lebih universal untuk semua jenis bunga. Pastikan juga lokasi pasu anda dan tema di sekelilingnya... sebelum anda mewanakannya.

Namun, ciptaan Allah itu sudah cukup cantik dan sempurna. Bunga menjadi perhiasan semulajadi yang sungguh menawan dan pasti memikat setiap makhluk yang memandang. 

Dengan adanya pasu yang bersesuaian, dengan bentuk dan berwarna yang menarik, di susunan pula dengan penuh kreativiti... pasti ianya dapat menyerlahkan lagi keanggunan bunga yang mengagumkan ini. Pelbagai rekabentuk pasu bunga kini berada di pasaran... Rekabentuk yang menarik dan kreatif pasti akan menonjolkan keunikan halaman anda.

Pasu dan Bunga Bagaikan Irama Dan Lagu

Pasu dan Bunga Bagaikan Irama Dan LaguPasu dan Bunga Bagaikan Irama Dan Lagu

Pasu dan Bunga Bagaikan Irama Dan Lagu

Pasu dan Bunga Bagaikan Irama Dan Lagu
Anda nikmatilah pelbagai kreativiti pasu bunga dan susun aturnya yang mungkin dapat memberi ilham buat anda untuk mencantikkan lagi halaman rumah anda. 

Jika tidak pun... jadikanlah ia santapan mata buat anda... Sesungguhnya di jadikan segala yang indah itu untuk tatapan mata menjadi nikmat buat ketenangan dan kedamaian hati dan minda.... 

Jangan kita lupa pula untuk bersyukur kepadaNya... Allah SWT, Tuhan yang satu, memberikan kita deria pandangan untuk menikmati kecantikan dan keindahan ini... Syukur Alhamdulillah...

Pasu dan Bunga Bagaikan Irama Dan Lagu

Pasu dan Bunga Bagaikan Irama Dan LaguPasu dan Bunga Bagaikan Irama Dan Lagu

Pasu dan Bunga Bagaikan Irama Dan Lagu

Cuba anda bayangkan segala bunga hiasan ini menjadi realiti di halaman rumah anda...Pasti menawan dan memikat setiap mata memandang. Tidak ada yang mustahil jika anda berusaha menjadikannya sesuatu yang realiti... 

Bunga-bunga yang cantik berwarna-warni yang disusun mahu pun digantung indah di dalam pasu yang menawan pasti menjadi terapi terbaik untuk menikmati ketenangan dan kedamaian yang boleh anda nikmati hanya di luar pintu rumah anda ")

"Kecantikan halaman rumah anda menjadi cerminan kepada keperibadian penghuninya." 
Terima kasih bersama Relaks Minda... 

Admin...

Minggu, 31 Maret 2013

Ketenangan dan Kedamaian Irama Air di Taman Bunga...


Assalamualaikum... Keindahan alam semulajadi adalah ciptaan dan anugerah Allah buat tatapan mata dan santapan jiwa untuk ketenangan minda. Manusia cuba membuat dan meniru keindahan ini lalu mewujudkan taman-taman bunga di lokasi-lokasi yang tidak memiliki keindahan semulajadi.

Sebuah taman bunga biasanya pasti akan ada pepohon merendang, bunga-bungaan dan sebuah kolam atau tasik. Ada juga taman bunga yang mempunyai sungai dan air terjun. Aliran air sungai dan alunan percikan air terjun memberikan irama yang mengasyikkan memberikan taman bunga lebih beremosi dan dramatik. 

Oleh yang demikian aliran air dan air terjun merupakan satu elemen yang amat menarik dan menjadi pelengkap sesebuah taman bunga. Maka ianya di reka dan dibina untuk mewujudkan seolah-olah ianya  seperti suasana alam semulajadi. 

ketenangan dan kedamaian relaks minda 
ketenangan dan kedamaian relaks minda

Nikmati taman-taman yang indah yang mempunyai sungai dan air terjun yang mempunyai tarikan yang tersendiri. Relaks minda anda...dan nikmati ketenangan dan kedamaian di taman yang indah ini....  Walaupun ianya hanya rekaan dan tidak seindah alam semulajadi tetapi masih mampu memberikan nikmat ketenangan. 
ketenangan dan kedamaian relaks minda

Kehijauan pepohon yang meredupkan pandangan menambahkan keasyikan akan suasana nyaman sesebuah taman disamping menghasilkan udara yang bersih untuk kesegaran badan. Terasa pula akan kesejukan air yang mengalir memberikan kedamaian yang menenangkan hati dan minda. Pastinya lokasi terbaik untuk melepaskan lelah dan tekanan buat seketika...
ketenangan dan kedamaian relaks minda 
ketenangan dan kedamaian relaks minda 
ketenangan dan kedamaian relaks minda

Apabila anda berada di taman bunga yang di penuhi pepohon rendang yang memayungi pokok bunga-bungaan yang mekar berwarna warni pasti pandangan mata anda akan terpesona. Di tambah pula dengan keindahan kolam yang tenang dan jernih memperlihatkan ikan yang berwarna-warni berenang-renang riang. Aman sentosa...terasa jauh dari kesibukan, kesesakan dan kebisingan....
ketenangan dan kedamaian relaks minda 
ketenangan dan kedamaian relaks minda 

Itulah nikmat pandangan mata....Nikmat telinga pula dengan menikmati alunan bunyi air yang mengalir di celah-celah batu dan percikan air terjun yang mendendangkan irama yang sungguh merdu dan mengasyikkan. Irama semulajadi yang tiada bandingannya....
ketenangan dan kedamaian relaks minda  ketenangan dan kedamaian relaks minda

Dari mata turun kehati...Dari telinga menusuk ke jiwa... Menghirup pula udara yang segar dan nyaman... Itulah nikmat keindahan yang memberikan anda ketenangan hati dan jiwa... Meresap ke Minda. 
ketenangan dan kedamaian relaks minda 
petua senang hati relaks minda

Semoga anda mendapat ketenangan dengan melihat keindahan dan kedamaian alam bersama alunan irama air terjun ciptaan manusia. Jika hati anda masih tidak tenang cubalah petua berikut...Semoga ianya dapat memberi anda panduan dalam mendidik diri agar sentiasa tenang dan aman.
Terima kasih dan teruskan bersama Relaks Minda :D


Admin...

Rabu, 26 Desember 2012

Relaks Seketika...Nikmati Keindahan Taman Bunga

Relaks minda anda dan nikmati keindahan lanskap taman yang sungguh indah dan mempersonakan di samping pelbagai jenis, bentuk dan warna bunga-bungaan yang mekar berkembang.

Sebuah taman bunga yang indah di selaputi permaidani rumput yang menghijau di corakkan pula oleh pelbagai bunga yang berwarna warni. Di payungi pepohon rimbun yang merendang dan sejukkan pula oleh tasik atau kolam yang tenang dan jernih. 

Keindahan yang memberikan rasa ketenangan dan kedamaian.  

 
 
Keindahan yang mampu menghilangkan rasa kekusutan, kegusaran dan tekanan.

 
 
 Keindahan yang menyegarkan. memberi tenaga, ilham dan idea baru yang lebih segar.

 
 
Keindahan yang mengasyikkan, santapan mata untuk jiwa dan minda.

 
 
Keindahan yang mengingatkan kita betapa besarnya kuasa Maha Pencipta yang mencipta segala keindahan yang cukup sempurna ini....Subhanallah. 
Keindahan yang membuatkan kita bersyukur atas nikmat ketenangan, kedamaian dan keamanan yang tidak ternilai harganya ini...kurniaan dari Ilahi...Alhamdulillah.

Relaks Bersama Kehijauan
- Wow! Nikmatnya...Relaks di tepi kolam
- Pepohon di Taman Bunga