Rabu, 02 Januari 2013

Post #18 - Keindahan Senibina Masjid

Kesenian Islam terserlah dengan senibina indah sesebuah Masjid. Ciri-ciri utama senibina masjid yang berkonsep senibina Timur Tengah biasanya mempunyai kubah dan menara. Ianya semakin menarik dan unik andai senibinanya di gabung dengan senibina kebudayaan tempatan. Oleh kerana masjid terdapat di seluruh pelusuk dunia, maka kita dapat lihat pelbagai rekabentuk senibina yang sungguh menarik.

Masjid menjadi lambang kemegahan dan keagungan syiar agama Islam di sesuatu kawasan atau komuniti. Ianya menjadi satu tempat di mana komuniti Islam dapat berkumpul dan beribadat. Amat bangga melihat sebuah masjid berdiri megah di sesebuah kawasan atau negara yang penduduk beragama Islam merupakan komuniti yang minoriti.

Keindahan masjid menjadi satu hasil kesenian senibina Islam yang sungguh indah dan menjadi tarikan dan rujukan setiap pencinta seni. Ianya melambangkan agama Islam juga maju dalam rekacipta, senibina dan keindahan serta kehalusan karya seni. 
Kita nikmati dan kenali lagi beberapa masjid yang indah dan menarik senibinanya yang terdapat seluruh pelusuk dunia.

Keindahan Senibina Masjid
Masjid Besar Baru di Moscow, Rusia

Keindahan Senibina Masjid
Masjid di Jeddah, Arab Saudi

Keindahan Senibina Masjid
Masjid Ortakoy Mecidiye di Istanbul, Turki

Keindahan Senibina Masjid
Masjid Oussama Ibn Zatif di Setif, Algeria

Keindahan Senibina Masjid
Masjid di Paris, Perancis

Keindahan Senibina Masjid
Masjid Piyale Pasha di Istanbul, Turki

Keindahan Senibina Masjid
Masjid Rahman di Aleppo, Syiria

Keindahan Senibina Masjid
Masjid Rahmatul Islam di Bangkok, Thailand

Keindahan Senibina Masjid
Masjid di Mombasa, Kenya

Keindahan Senibina Masjid
Masjid Faisal di Conakry, Guinea

Keindahan Senibina Masjid
Masjid di Chiunda, Malawi

Keindahan Senibina Masjid
Masjid di Jeddah, Arab Saudi

Keindahan Senibina Masjid
Masjid di Karakol, Kyrgyzstan

Keindahan Senibina Masjid
Masjid di Portland, Amerika Syarikat

Keindahan Senibina Masjid
Masjid di Salaye, Liberia

Senibina dan rekabentuk masjid sebenarnya bebas, tidak tertakluk kepada sebarang garis panduan namun ianya mesti sesuai dengan fungsi dan keselesaan sebagai tempat ibadat dan komuniti. Rekaan dan hiasannya juga tidak boleh menyimpang dari ajaran dan kepercayaan yang telah di gariskan oleh agama Islam.


Bersama kita doakan.... Ya Allah! selamatkan lah umat Islam Palestin dan Masjid Al Aqsa...Amiin.

Lihat lagi keindahan senibina masjid yang berdiri megah di seluruh dunia:
- Post #17 - Keindahan Senibina Masjid


Admin...

Selasa, 01 Januari 2013

Eksplorasi #17 - Sambutan Tahun Baru di I-City, Shah Alam.


Sambutan Tahun Baru 2013 di I-City, Shah Alam... Jom kita tengok! Apa yang menariknya...
(klik gambar untuk besarkan)

eksplorasi sambutan tahun baru di i-city shah alam

Belum pernah seumur hidupku menyambut tahun baru...Tapi kali ini aku alah dengan pujukan anak buahku si Azim untuk menikmati sambutan tahun baru di i-city, Shah Alam. Bukan tidak suka tapi aku dah dapat bayangkan kesesakan yang akan aku tempuhi...suatu suasana yang paling aku tidak gemari. 

Pukul 9.30 malam aku sampai di Shah Alam. Seperti yang telah aku jangka, nak masuk simpang ke I-City sahaja dah jem teruk. Aku teruskan juga, alang2 dah sampai... Mencari parking satu masalah besar. Kiri kanan jalan dah penuh kereta parking... 

Kebetulan pula ada pasar malam...mmm...bertambah2 teruklah jem. Aku masuk simpang sebelah pasar malam... Jauh juga, akhirnya dapat parking di simpang penghujung apartment berdekatan. Menapaklah dekat 1km ke I-City, tak kesahlah asal anak buah aku happy!

eksplorasi sambutan tahun baru di i-city shah alameksplorasi sambutan tahun baru di i-city shah alam

Menjengah pintu I-City lebih kurang jam 10.40malam. Ramainya umat manusia...nak berjalan pun payah. Tak pernah aku ketahui bahawa begitu punya ramai orang datang untuk menyambut tahun baru. Malam yang tidak serupa malam... Suasana sungguh happening sekali...

eksplorasi sambutan tahun baru di i-city shah alam eksplorasi sambutan tahun baru di i-city shah alam
eksplorasi sambutan tahun baru di i-city shah alam

Bila orang ramai sangat dan sesak ni, aku mulalah boring... Tapi ikutkan jerlah kehendak anak buah aku yg sorang ni. Bila dah ramai sangat...nak bergambar pun payah. Setiap ruang dan ketika ..ada sahaja lah yang berposing. Cahaya flash dah macam lampu kelip2...tak henti2. 

Suasana pula tidak sunyi kerana di pentas ada persembahan oleh ramai artis. Anak buah aku ni xsuka duduk diam jadi lalu jer la...

eksplorasi sambutan tahun baru di i-city shah alam
Nampak pula ada permainan ni... Aku pun bagilah dia layan kejap... 

eksplorasi sambutan tahun baru di i-city shah alameksplorasi sambutan tahun baru di i-city shah alam

Di bahagian taman adalah lokasi seterusnya... Setiap ruang penuh dengan manusia yang aku perhatikan sedang menikmati malam yang indah di bawah sinaran pepohon neon/led yang pelbagai warna. 

Ada yang bergerak tanpa arah seperti aku la... Ada yang berposing, ada yang lepak bersembang, ada yang duduk di tanah/rumput beralaskan kertas dan pelbagai gelagat dan aksi dapat ku lihat. Seronok pula tengok pelbagai gelagat manusia ni...dan aku tahu yang aku juga sedang di perhatikan.

eksplorasi sambutan tahun baru di i-city shah alam 
eksplorasi sambutan tahun baru di i-city shah alameksplorasi sambutan tahun baru di i-city shah alam 
eksplorasi sambutan tahun baru di i-city shah alam

Memang tidak di nafikan...keindahan pepohon lampu led ini sungguh cantik dan menarik. Pelbagai rupa gubahan lampu yang menarik dan kreatif sekali. Ini adalah kunjungan pertama aku kesini...sungguh teruja aku melihat lampu2 ni. Berapalah agaknye bil letrik diaorang ni? Untung TNB.

eksplorasi sambutan tahun baru di i-city shah alam 
eksplorasi sambutan tahun baru di i-city shah alameksplorasi sambutan tahun baru di i-city shah alam 
eksplorasi sambutan tahun baru di i-city shah alam

Anak buah aku pula aku lihat bukan main seronok melihat lampu2 yang cantik dan berwarna warni ini. Berlari2 kesana sini...aku pulak yang tak senang melihat gelagatnya...bukan apa, takut terjatuh atau terlanggar orang... Aku lihat semua kanak2 begitu gembira sekali bermain sambil berkejar-kejaran. Kalau dulu masa kanak2 jangan harap dapat main atau keluar rumah waktu malam begini.

eksplorasi sambutan tahun baru di i-city shah alam 
eksplorasi sambutan tahun baru di i-city shah alameksplorasi sambutan tahun baru di i-city shah alam 
eksplorasi sambutan tahun baru di i-city shah alam
 Ada pula permainan kuda nih! Apa lagi layan jer lah kehendak si Azim ni.

eksplorasi sambutan tahun baru di i-city shah alameksplorasi sambutan tahun baru di i-city shah alam
Tapi yang buayan ni...aku tak bagi dia naik, risau lak aku. Tengoklah gelagat kanak2 ni...bermain belon buih. Memang tak terasa yang sekarang ni dah lewat malam... Meriah jer suasananya...

eksplorasi sambutan tahun baru di i-city shah alam 
eksplorasi sambutan tahun baru di i-city shah alam

Aku tak pernah sambut tahun baru apatah lagi berada di lokasi yang ramai manusia ni, di tengah malam pulak tu. Inikah namanya keseronokan? Bagi aku... tak le seronok pun. Sesak, buang masa, letih dan nasib baik tak hujan. Hiasan lampu jer yang menarik pandanganku.

Kadang2 terfikir juga... masa kecil dah di ajar keluar tengah malam...kalau dah besar tidak hairan lah mereka ini tak duduk rumah di waktu malam. Patutkah aku bawa Azim? Ini mungkin kali yang terakhir... Jika ada pun mungkin aku akan bawa ke Majlis Sambutan Tahun Baru seperti di Dataran Kemerdekaan... Lebih bermakna dan penuh pengisian bersama Ustaz Azhar Idrus... Sekarang dah terlewat...layan jer le...
eksplorasi sambutan tahun baru di i-city shah alameksplorasi sambutan tahun baru di i-city shah alam
Di I-City pun ada roda ferris yang besar! Menarik juga kalau naik ni...tapi lain kalilah...aku tengok yang berbaris punyalah panjang.

eksplorasi sambutan tahun baru di i-city shah alam

Jam sudah menghampiri jam 12.00 malam, Aku dengan Azim lepak kat parking motor sambil menantikan detik 12 malam. Countdown beramai-ramai di ketuai oleh Nabil RL di pentas utama. Tepat jam 12 malam... 

Sebenarnya...inilah saat yang dinantikan...pertunjukan bunga api... Dapat jugalah aku snap untuk tatapan anda..Kejap jer! Tak menarik sangat.

eksplorasi sambutan tahun baru di i-city shah alameksplorasi sambutan tahun baru di i-city shah alam 
eksplorasi sambutan tahun baru di i-city shah alam 
eksplorasi sambutan tahun baru di i-city shah alameksplorasi sambutan tahun baru di i-city shah alam

Selesai pertunjukan bunga api...aku dan Azim segera bergerak pulang. Bagaikan satu gerombolan tentera semut, manusia bergerak keluar dari I-City.... Sampai kat kereta dah 12.30...bergerak sahaja 10 meter, jem lagi... Akhirnya pukul 2.00 pagi baru sampai rumah. Fuh! letih dan ngantuk giler aku. 

Azim nih tak rase ngantuk ke...aku tengok dia masih segar dan tak habis2 bercerita pasal kat I-City... Aku tahu...cerita itu akan terus berulang-ulang paling tidak kurang pun seminggu...hehe..asal ko happy...Ini mungkin kali pertama dan terakhir aku dan Azim sambut tahun baru. 

Bagi aku...sambutan pertama kali tahun baru...Macam aktiviti buang masa dan meletihkan. Kalau saja nak pergi sendiri, memang aku tak pergi. Baik aku duduk rumah lagi bagus! Selamat Tahun Baru 2013 kepada anda semua... Azam tahun baru aku... Tidak sesekali lagi pergi ke Acara Sambutan yang tak berfaedah, membuang masa, menyesakkan dan meletihkan seperti ini lagi... 

Teruskan eksplorasi anda ke :

Admin...

Terjemahan Al-Quran ~ Surah Al-Muzammil

SURAH AL-MUZAMMIL
Orang Yang Berselimut
Surah ke 73
Terdiri daripada 20 ayat (Makkiyyah)

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang

1. Wahai orang yang berselimut (Muhammad)!

2. Bangunlah (untuk solat) pada malam hari,* kecuali sebahagian kecil.
* Solat malam ini pada mulanya wajib dikerjakan sebelum turun ayat ke 20 dalam surah ini. Setelah ayat ke 20 ini turun, hukumnya menjadi sunat.

3. (Iaitu) separuhnya atau kurang sedikit dari itu,

4. Atau lebih daripada (seperdua) itu bacalah al-Quran itu dengan tartil.*
* Tartil ialah bacaan yang jelas dan terang serta betul menurut ilmu tajwid.

5. Sesungguhnya Kami akan menurunkan wahyu yang berat (al-Quran) kepadamu.

6. Sesungguhnya, bangun malam (bersolat dan beribadat) itu lebih kuat (mengisi jiwa); dan (bacaan al-Quran pada waktu itu) lebih berkesan.

7. Sesungguhnya pada siang hari engkau sangat sibuk dengan urusan yang panjang.

8. Dan sebutlah nama Tuhanmu, dan beribadatlah kepadaNya dengan sepenuh hati.

9. (Dialah) Tuhan timur dan barat, tidak ada Tuhan selain Dia, maka jadikanlah Dia sebagai pelindung.

10. Dan sabarlah (wahai Muhammad) terhadap apa yang mereka katakan dan jauhkanlah dirimu daripada mereka dengan cara yang baik.

11. Dan biarkanlah Aku (yang bertindak) terhadap orang yang mendustakan, yang memiliki segala kenikmatan hidup dan berilah mereka sedikit masa (tempoh) lagi.

12. Sesungguhnya, di sisi Kami ada belenggu-belenggu (yang berat) dan neraka yang menyala-nyala,

13. Dan (ada) makanan yang menyumbat di kerongkong dan azab yang pedih.

14. (Ingatlah) pada hari (ketika) bumi dan gunung-gunung bergoncang keras dan menjadilah gunung-gunung itu seperti longgokan pasir yang dicurahkan.

15. Sesungguhnya Kami telah mengutus seorang Rasul (Muhammad) kepada kamu, yang akan menjadi saksi terhadapmu, sebagaimana Kami telah mengutus seorang Rasul kepada Firaun.

16. Namun Firaun menderhakai Rasul itu, maka Kami seksa dia dengan seksaan yang berat.

17. Lalu bagaimana kamu akan dapat menjaga dirimu jika kamu tetap kafir kepada hari yang (huru-haranya) menjadikan anak-anak kecil tua beruban.

18. Langit terbelah pada hari itu. Janji Allah pasti terlaksana.

19. Sesungguhnya ini adalah peringatan. Barang siapa mengkehendaki, nescaya dia mengambil jalan (yang lurus) kepada Tuhannya.

20. Sesungguhnya Tuhanmu mengetahui bahawa engkau (Muhammad) berdiri (solat) kurang daripada dua pertiga malam, atau seperdua malam atau sepertiganya dan (demikian pula) segolongan daripada orang yang bersamamu. Allah menetapkan ukuran malam dan siang. Allah mengetahui bahawa kamu tidak dapat menentukan batas-batas waktu itu, maka Dia memberi keringanan kepadamu, kerana itu bacalah apa yang mudah (bagimu) dari al-Quran; Dia mengetahui akan ada di antara kamu orang yang sakit, dan yang lain berjalan di bumi mencari sebahagian kurniaan Allah; dan yang lain berperang di jalan Allah, maka bacalah apa yang mudah (bagimu) daripada al-Quran dan laksanakanlah solat, tunaikanlah zakat dan berikanlah pinjaman kepada Allah pinjaman yang baik. Apa saja kebaikan yang kamu lakukan untuk dirimu, nescaya kamu memperoleh (balasan)nya di sisi Allah sebagai balasan yang paling baik dan yang paling besar pahalanya. Dan mohonlah keampunan kepada Allah; sesungguhnya Allah Maha Pengampun, lagi Maha Penyayang.