Selasa, 24 September 2013

Hujung Minggu di Taman Rasa Indah


Seawal jam 8.30 pagi, pada hari Sabtu 21.9.2013 Saya bersama dengan beberapa orang teman sejiran telah memulakan satu operasi bagi menjayakan dua program besar untuk penduduk taman perumahan kami. Hujung minggu yang sangat sibuk dan menggembirakan. Kami sebagai AJK Persatuan Penduduk Taman Rasa Indah telah berkumpul dan memulakan ekspedisi memasuki hutan. Apa pula kaitan masuk hutan dengan aktiviti taman? Ikuti seterusnya ekplorasi saya kali ini. 

Misi Pertama - Mencari Buluh Lemang

Matlamat kami memasuki hutan adalah untuk mencari buluh. Dengan menggunakan 2 buah pickup truck kami menyusuri hutan di pinggir pekan Rasa. Lebih kurang satu kilometer lebih dari jalan besar kami menemui hutan pokok buluh ini. Disini pepohon buluh liar tumbuh subur, hijau merimbun. Sasaran kami adalah buluh lemang. Ya...buluh lemang. Itulah misi kami. Buat aku pula, ini merupakan pengalaman pertama dalam mencari buluh lemang.

mencari buluh lemangmencari buluh lemang
Toleh kiri buluh, toleh kanan buluh....Inilah namanya hutan buluh

Setiba di lokasi, memang tidak di nafikan lagi...hanya di kelilingi oleh pepohon buluh yang subur menghijau. Taklimat di berikan, buluh lemang yang di cari mestilah buluh yang panjang ruasnya dan nipis. Berdiameter tidak terlalu besar atau terlalu kecil.

mencari buluh lemang
Masing2 bersedia untuk memulakan operasi

Sebatang demi sebatang pokok buluh di tebang. Tidak begitu sukar sebenarnya kerana pohon buluh berada berhampiran dengan jalan maka tidaklah perlu meredah masuk kedalam hutan buluh yang tersangatlah miangnya. Setiap kali mendapat saiz dan jenis buluh yang sesesuai, buluh tersebut terus di potong. 

mencari buluh lemangmencari buluh lemang
Memilih batang buluh yang sesuai sebelum di potong...semuanya begitu bersemangat sekali!

mencari buluh lemangmencari buluh lemang
Itulah tuan pengerusi kami, tetap segak walaupun di dalam hutan

mencari buluh lemangmencari buluh lemang
Ya! potong! Jangan tak potong!...kalau nak order boleh hubungi abang baju kuning tu...hehe

Setelah lebih satu jam, kami akhirnya mendapat jumlah buluh lemang yang kami inginkan. Hampir seratus batang berjaya kami dapatkan. Alhamdulillah, tiada sebarang kecelakaan, segalanya berjalan dengan lancar. Matlamat sudah tercapai, misi pertama sudah selesai, kini tibalah masa untuk kami bergerak pulang.

mencari buluh lemangmencari buluh lemang
Inilah hasil dari penat lelah setelah bermain dengan miang buluh

mencari buluh lemang

Misi Kedua - Mencari Daun Pisang

Didalam perjalanan pulang, misi seterusnya adalah mencari daun pisang. Daun pisang hutan adalah yang terbaik untuk membuat lemang kerana ianya tidak mudah koyak. Memang banyak pokok pisang ini tumbuh meliar di kiri kanan jalan. Ianya bagaikan satu lokasi paling baik buat pengusaha lemang kerana sumber bahan asasnya begitu mudah didapati.

mencari buluh lemangmencari buluh lemang
Habis togel pokok pisang tu kami kerjakan...

Setelah penat mencari buluh lemang. Kami pulang kerumah masing-masing untuk berehat seketika sementara menanti waktu petang untuk berkumpul semula di bawah khemah yang kami tegakkan di padang taman bagi melakukan misi seterusnya iaitu penyediaan lemang. 

Penyediaan Lemang

Pengalaman sebelum ini mengajar kami untuk lebih yakin dan mudah untuk membuat persediaan. Buluh-buluh lemang yang sudah di bersihkan, dimasukkan daun pisang. Sedikit demi sedikit di masukkan pula pulut yang sudah siap direndam ke dalam buluh tersebut. Seterusnya santan yang telah dicampur garam di curahkan perlahan-lahan kedalam buluh. Kini lemang sudah sedia untuk di bakar. 

proses penyediaan lemang
Dengan penuh kusyuk mengisi buluh lemang dengan pulut

Sebenarnya aktiviti membakar lemang ini merupakan program tahunan penduduk taman ini. Bermula dari tahun lepas kami menjadikan aktiviti membakar lemang secara bergotong royong sesama penduduk taman sebagai satu aktiviti muhibbah. Bagi kaum wanita pula, mereka ditugaskan untuk memasak rendang dan jamuan makan malam. Untuk tahun ini, aktiviti ini disekalikan dengan majlis Mesyuarat Agung Persatuan Penduduk yang berlangsung pada sebelah malam.

Membakar Lemang

Pabila malam menjelang, proses membakar lemang bermula, iaitu kira-kira pukul 8.00 malam. 

proses membakar lemangproses membakar lemang
Abang berbaju merah itulah ketua chef membakar lemang. Pegang bara pakai tangan...selamba jer...

proses membakar lemang
Si baju kuning tu tukang sibuk aje

Pendaftaran 

Dalam pada masa yang sama dibawah khemah bersebelahan tempat membakar lemang, proses pendaftaran ahli persatuan sedang rancak berjalan. Seorang demi seorang ahli mendaftar kedatangan mereka sambil mengambil nombor untuk cabutan bertuah. 

pendaftaran kedatangan ahlipendaftaran kedatangan ahli
Proses pendaftaran kedatangan. Sungguh bergaya petugas pendaftaran pada malam itu.

hadiah cabutan bertuah
Hadiah2 cabutan bertuah...tapi aku tidak bertuah malam itu

Sebanyak 40 hadiah cabutan bertuah disediakan untuk seramai 77 ahli berdaftar di taman ini. Taman Rasa Indah hanyalah sebuah taman perumahan kecil yang mempunyai 87 buah rumah dan 17 buah rumah kedai. Walaupun kecil tetapi cukup lengkap kemudahan di kelilingnya yang hanya perlu berjalan kaki sahaja untuk ke sekolah, masjid, stesen komuter, klinik kesihatan dan kedai yang lengkap seperti kedai runcit, restoren, peralatan elektrik dan bengkel. Pekan Rasa yang lebih lengkap frasarananya pula tidak sampai 200 meter jaraknya.

Mesyuarat Agung Persatuan Penduduk Taman Rasa Indah

Majlis Mesyuarat Agung bermula kira-kira jam 9.00 malam setelah kehadiran tetamu jemputan kami iaitu Ahli DUN Kuala Kubu Baru. Pengerusi persatuan kami yang segak bergaya memulakan program pada malam itu.

mesyuarat agung persatuan penduduk taman rasa indahmesyuarat agung persatuan penduduk taman rasa indah
Tuan pengerusi kami bergaya mengalahkan YB Lee (berdiri...gambar kanan)

Setelah YB Lee Kee Hiong memberi ucapan, beliau pun merasmikan majlis Mesyuarat Agung Persatuan Penduduk Taman Rasa Indah. Mesyuarat berjalan dengan lancar dan tamat kira-kira jam 10.00 malam. Kini ahli AJK baru sudah di lantik dan nampaknya Tuan pengerusi masih kekal memerintah untuk satu penggal lagi. Hampir keseluruhan AJK dikekalkan temasuklah aku. 

Aktiviti seterusnya adalah cabutan bertuah yang dilihat tuahnya banyak memihak kepada kaum wanita dan majlis diakhiri dengan jamuan makan malam yang disediakan oleh kaum ibu.

mesyuarat agung persatuan penduduk taman rasa indahmesyuarat agung persatuan penduduk taman rasa indah
Masing2 kusyuk mendengar ucapan dari Tuan Pengerusi dan YB Lee

mesyuarat agung persatuan penduduk taman rasa indah

Bermula sahaja mesyuarat...tiada lagi gambar yang dapat ku ambil kerana sibuk terlibat dengan aktiviti mesyuarat sehinggalah ke penutupnya. Lemang yang di bakar juga masih belum masak lagi... Memang ianya bukan untuk hidangan pada malam itu. Ianya adalah untuk hidangan di program keesokan harinya.

Sambil menanti lemang masak, sesama penduduk taman menjamu selera sambil bersembang dan beramah mesra sebagai aktiviti bebas untuk mengeratkan perpaduan sesama penduduk taman yang berbilang kaum. 

proses membakar lemang
Lemang oh...lemang, kenapa engkau lambat masak?

Apa pula program keesokan hari? Ikuti sambungannya...di SINI


Admin...

Senin, 23 September 2013

Puisi Tunai Impian...


Assalamualaikum... Selamat datang ke Relaks Minda. 
Nikmati hasil nukilan puisi yang pertama kali ku ciptakan. Bukan hendak menandingi kehebatan Cikgu Helmi (Tetamu Istimewa)...kerana aku bukanlah bijak dan berkebolehan bersastera tetapi sekadar menunaikan impian yang perlu di laksanakan...  Bacalah dengan gaya berpuisi ya... :)

menanti satu penantian

Menanti


Menanti satu kesampaian
 perlu kesabaran
suatu penyiksaan
penuh persoalan
dengan harapan
Menanti sambil menyaksi...

menanti satu penantian

Menyaksi keindahan alam 
warna-warni semulajadi
pertukaran suasana
perubahan keadaan
Menyaksi sambil menghayati...

menanti satu penantianmenanti satu penantian

Menghayati alunan mengasyikkan
bayu menyegarkan
kehangatan bahang
keanehan kehidupan
Menghayati aku mengagumi...

menanti satu penantianmenanti satu penantianmenanti satu penantian

Mengagumi kebesaran Ilahi 
keagungan Maha Pencipta
kekuasaan Maha Esa
Allah SWT yang satu
Mengagumi lalu mensyukuri...

menanti satu penantianmenanti satu penantian

Mensyukuri merasai kedamaian
menikmati kehidupan
kurniaan keamanan
anugerah kesejahteraan
Menyukuri akan penantian

menanti satu penantian

Penantian yang menanti
Menanti ketibaan yang di nanti
Menanti dan terus menanti
Penantian terhenti setelah dihisab nanti.

menanti satu penantian

Semoga Cik Matahari berpuas hati kerana permintaan beliau dalam Segmen Khas telah saya tunaikan.


JIN - "Puisi dan sajak warisan bangsa, kesusasteraan cabang nukilan rasa...Fuyooo!!..Aku pun dah pandai wooo, hahaha...Puisi BM tak bagus..."
BM - Semoga anda dapat menghayatinya, hasil nukilan dari saya yang tidak berbakat dan berilmu dalam sastera bersajak dan berpuisi ini. Apa komen anda? 

Admin...

Sabtu, 21 September 2013

Cara Menghilangkan Ketombe Alami

Cara Menghilangkan Ketombe Alami - Tidak sedikit orang mengalami masalah ini, ketombe memang sangat mengganggu. Apalagi kita sedang dalam kegiatan yang padat dan selalu berinteraksi dengan banyak orang. Ketombe sangat mengganggu kepercayaan diri anda. Banyak sekali cara menghilangkan ketombe, namun kali ini anjang-note telah memposting cara alami untuk menghilangkan ketombe. Berikut ini adalah caranya

Cara Menghilangkan Ketombe

Ketombe terjadi karena adanya proses pengelupasan yang berlebihan dibagian kulit kepala yang tidak terawat atau kurang bersih ketika keramas, sehingga akan timbul sel kulit mati yang kemudian akan mengalami pengelupasan dan menimbulkan ketombe di rambut dan kulit kepala anda. Namun ketombe berbeda dengan organisme yang dapat menyerang bagian kulit kepala seperti halnya kutu rambut, hanya saja ketombe termasuk sel kulit mati yang tidak terawat kemudian menumpuk di kulit kepala dan bisa rontok satu persatu. Maka dari itu anda perlu menjaga kebersihan rambut dan melakukan cara menghilangkan ketome dengan bahan alami, sehingga dapat sesuai dengan jenis rambut apa saja.

Cara Menghilangkan Ketombe

Daun Pandan
Cara menggunakannya: siapkan sekitar 5 atau 7 daun pandan lalu cuci bersih, tumbuk daun pandan hingga halus, peras hingga tersisa airnya saja, lalu usapkan perasan air daun pandan ke bagian rambut hingga rata, diamkan sekitar 30 menit, lalu cuci bersih.

Jeruk Nipis, Nanas dan Santan
Jeruk nipis termasuk buah yang kaya manfaat dan bisa digunakan untuk menghilangkan ketombe secara alami. Caranya dengan siapkan jeruk nipis dan nanas, sisihkan air perasan dari masing-masing buah sekitar 100 ml, campur dengan 100 ml santan segar, aduk hingga rata. Gunakan ramuan tersebut untuk membasuhkan rambut, lalu cuci hingga bersih. Lakukan sekitar 2 kali seminggu untuk hasil maksimal.

Lidah Buaya
Tentu anda sudah mengetahui khasiat lidah buaya untuk kesehatan dan kesuburan rambut, juga dapat digunakan untuk menghilangkan ketombe dengan bahan alami. Caranya dengan menumbuk bagian daging lidah buaya, lalu oleskan ke area rambut, diamkan sekitar 15 menit lalu basuh hingga bersih.

Jus Apel
Caranya dengan membuat jus apel, lalu campur dengan air hangat dan gunakan untuk keramas, diamkan sekitar 15 menit, lalu basuh dengan air bersih.

Kangkung
Caranya dengan menyiapkan sekitar satu ikat kangkung yang kemudian direbus dengan campuran 2 gelas air. Tunggu hingga rebusan kangkung hanya tersisa 1 gelas saja, lalu usapkan air rebusan kangkung ke kulit kepala dan area rambut, diamkan sekitar 30 menit lalu cuci bersih menggunakan shampo.

Segeralah mencoba cara-cara untuk menghilangkan ketombe di atas. Yang terpenting adalah jaga kesehatan dan kebersihan kulit kepala dan rambut anda. Semoga dapat membantu anda. See you next post!

Permintaan Anda Tertunai Sudah - Episod 2


Assalamualaikum..
Episod kali ini memaparkan beberapa lagi permintaan peserta Segmen Khas yang ingin di tunaikan oleh JIN. Buat peserta-peserta segmen yang masih belum terpilih... Mungkinkah kali ini rezeki berpihak kepada anda?

Terima kasih sekali lagi kepada anda yang menyertai Segmen Khas di Relaks Minda. Segmen Khas Pencarian "Bloglist Sahabat" yang akan melayakkan URL blog anda terpapar di sidebar blog ini.


JIN pun sudah semakin sihat walaupun pening-pening lalat hendak memenuhi permintaan anda semua. Kita lihat permintaan siapa pula tertunai kali ini :


Permintaan anda dan jawapan dari JIN


1. Mahukan terus berkongsi ilmu  - Liza Yati, Acik dan Mizz Aiza
JIN - "Itulah sebaiknya...Ilmu jangan simpan-simpan nanti memakan diri! Suka sama kamu semua. Kamu boleh masuk Bloglist!"
BM - Wah! Nampaknya mood JIN bagus hari ini. Insyaallah...segala pengalaman dan ilmu itu bukan untuk diri sendiri. Ilmu mestilah di amalkan dan di kongsi. Insyaallah...sama-samalah kita berkongsi ilmu...

2. Mahu pengakuan tentang 5 kelemahan/keburukan dalam diri BM - BUNDA a.k.a KN
JIN - "Ha! Bagus!...ada peluang nak merasuk ni! Cepat BM...Aku pun nak tau. Bunda masuk Bloglist...sayanggg Bunda!"
BM - Hadoi!...ini memakan diri nih! Bunda punya pasal saya turutkan...
1. Malas - saya ni pemalas terutama mengemas rumah, hehe kalau suruh memasak, basuh baju, gosok baju ke atau apa saja tiada masalah tapi mengemas, menyapu... Oh! Malasnyaaa....
2. Tidak suka pakai minyak rambut, sebab tu saya sentiasa pakai topi atau kopiah kalau keluar rumah.
3. Tidak suka tidur awal...masa tidur saya mesti pukul 12 keatas. Rugi kalau tidur lama-lama. 
4. Tak biasa bangun sendiri, maklumlah bila tidur lewat ni...Isteri adalah jam loceng saya dan saya amat2 memerlukan dan menghargainya...tanpa dia, subuhku entah kemana! Dialah menyempurnakan hidupku.
5. Mudah kasihan...Ya, sebab tu saya ni kalau jadi Boss...anak2 buah semuanya dengan mudah ambil kesempatan dan dapat promotion. Sebab itu saya berhenti kerja dan buat kerja sendiri.

Alhamdulillah...sukar untuk mengaku keburukan/kelemahan diri tapi itulah realiti yang harus kita hadapi...kita ini hanyalah insan yang lemah...

3. Mahu lihat permaisuri hati BM - Hainum OKje
JIN - "Ini orang sangat suka sorok-sorok! Mau tengok bini pun susah...bukan mau curi da! Cun ka? Ini OKje banyak bagus minta la....kasi masuk Bloglist lah!"
BM - Alahai...permintaan yang berat untuk di tunaikan. Wajah sendiri pun di sorokkan, nak tengok muka bini pula...hadoiiii... OKje!! Saje je pekena! Oklah...kerana OKje sahaja yang minta...saya akan e-mailkan hanya untuk OKje. Simpan ketat2 ye...(sila bagi e-mail address)

4. Ajak singgah blog anda - Ummi Kami, Blogger Lelaki dan Kaki Blog
JIN - "Sangat suka di jemput...ada makan2 ka? Suka makan2....Kambing golek satu! BM kasi letak kat Bloglist...senang mau singgah!"
BM - Insyaallah...saya tidak menjanjikannya tapi saya akan cuba sekerap yang boleh dan termampu untuk singgah di blog-blog anda. Kepada rakan-rakan yang lain...marilah datang sekali!

5. Mahu membuat entri santai seperti Relaks Minda - Cik Tom dan Kak Nah 
JIN - "Sekarang ni pening!...elok juga kalau boleh santai2 dan relaks2....Fuh!! Tenanggg. Jangan ganggu lagi! pi masuk Bloglist!"
BM - Betul ke JIN ni...lain macam je! Semuanya masuk Bloglist nih! Saya tercetus idea ini bila melayari ke setiap blog, rasa letih mata dan otak. Membaca pelbagai topik, isu dan kisah. Kalaulah dapat rehatkan minda sekejap... Kenapa tak ada blog yang santai dan releks untuk memberi ketenangan buat seketika? Hanya dengan menyaksikan gambar-gambar indah pun sudah cukup menenangkan. Maka dari situlah datangnya idea dan kewujudan blog ini. Kini saya cuba beri pengisian agar mendapat sedikit manfaat, pengetahuan, informasi dan kebaikan bersama.

Oleh Itu untuk membuat entri seperti ini anda kena bayangkan di kala anda dalam tekanan dan keletihan. Apakah yang mampu memberi anda ketenangan? Gunakan bahasa yang mudah dan senang difahami. Gunakan pendekatan psikologi dan motivasi disamping gambar-gambar yang memukau pandangan. 

Kita relaks sekejap...

6. Mahukan tips kejayaan blogging - SKA
JIN - "Ini orang mesti kalah merempit...itu pasal mahu berjaya! BM kasi tikar terbang... Selamat dari merempit, konpom menang punya... Masuk Bloglist juga, kalau tidak ini orang tak tau serik punya!"
BM - Apalah JIN....mana aku ada tikar terbang! Tikar mengkuang pun tak ada. Jangan ambil hati ya Fais (gurau2 je JIN tu dgn mu) Semoga cepat sembuh ya. Macam mana nak bagi tips kalau saya pun belum berjaya. Mungkin entri-entri sebelum ini tentang ilmu blogging boleh sedikit membantu. Sila lihat entri INI, INI, INI, INI, Selain dari itu belajarlah dari blog2 ternama yang banyak memberi tips dan panduan. Rajin berusaha dan istiqamah...pasti anda akan berjaya!

7. Mahu jadi blogger kaya - Yang Baik Ishak
JIN - "Suka! Suka! Suka! Aku pun mau kaya! Suka sama kamu...masuk bloglist! BM! Macam mana mau jadi kaya? kalau aku kayaaa...hari-hari, hari rayaaa...!"
BM - Saya pun tak kaya macam mana nak penuhi permintaan ni...Dapat JIN pun sengkek. Kalau aku boleh sumpah...Jadi seri kaya JIN ni! 
Tapi tidak mustahil untuk menjadi seorang blogger jutawan...mungkin payah buat blogger Malaysia tapi jika terkenal hingga ke peringkat global ianya mungkin boleh jadi kenyataan. Tiada yang mustahil jika ada kemahuan dan di izin Allah, hanya doa yang mampu saya kirimkan...Semoga berjaya! Ingat saya bila dah kaya ya...

8. Ingin bertemu BM dan rakan-rakan blogger - Acik, Mieza JK dan Kisah Si Diary
JIN - "Aku pun nak jumpa...mesti cun awek2 ni! Kita jumpa di Taman Bunga...OK ka? Kasi masuk bloglist...senang buat appointment! Itu Acik cun juga ka?"
BM - JIN gatal nih! Acik tu lelaki la... dapat penumbuk nanti! Nampaknya semua masuk Bloglist ni... Betul2 pening JIN ni. 
Saya pun kalau diberi peluang dan ada rezeki...mahu sangat berjumpa dengan anda dan semua blogger. Insyaallah...mungkin izinkan Allah suatu hari nanti. Sama-sama kita doakan ya... Kalau singgah ke Kuala Kubu Bharu dan kawasan sekitarnya, inform le... mungkin kita boleh bertemu.

Cukuplah setakat ini...Hari ini mood JIN terlebih baik sangat le pulak, mungkin sebab pening kot...Kalau di teruskan juga, pasti semua blog tersenarai di "Bloglist Sahabat". Nampaknya rezeki dan tuah berpihak kepada anda yang menjadi tambahan kepada senarai yang telah di pilih sebelum ini....Tahniah buat Acik, Liza Yati, Kak Nah, Cik Tom, BUNDA a.k.a KN, Hainum OKje, Ummi Kami, Blogger Lelaki, Kaki Blog, SKA, Yang Baik Ishak dan Mieza JK (anda akan disenaraikan secepat mungkin...)

Buat peserta-peserta segmen yang masih belum atau masih belum habis di tunaikan permintaannya, sabar ye... nantikan di episod seterusnya. Mungkin rezeki dan tuah anda pula untuk tersenarai di "Bloglist Sahabat". Semoga bertemu kembali...Wassalam.

Selamat menikmati rehat di hujung minggu...Tenangkan fikiran

p/s: Jangan marah dan berkecil hati dengan gurauan. Maaf kalau tersinggung...sila tegur ya. Maaf juga kerana tidak dapat BW...sibuk dgn program taman untuk sambutan hari keluarga. 
Admin...

Rangkaian Nama Islami Untuk Bayi Laki-Laki Islam dan Artinya (Part 6)

Cara Alami Cepat Hamil kembali melanjutkan artikel mengenai Nama-nama bayi laki-laki, terutama bagi orang tua bayi yang ingin namanya mempunyai arti yang bagus sehingga bisa membawa karakter anak juga menjadi anak yang sholeh. Untuk itu artikel pada part 6 ini admin beri judul Rangkaian Nama Islami Untuk Bayi Laki-Laki Islam dan Artinya. Sebelumnya anda bisa membaca Rangkaian Nama Islami Untuk Bayi Laki-Laki Islam dan Artinya Part 5  di blog ini. Berikut adalah contoh rangkaian nama Islami untuk bayi laki laki Islam yang indah, disertai artinya rangkaian namanya, dan dilengkapi penjelasan masing-masing komponen nama dan artinya.

Dziban Hatim = Laki-laki pencegah kesesatan untuk mensucikannya
Dziban = Pencegah; penghalau
Hatim = Suci; murni

Dzihni Labib Salim = Laki-laki yang berakal sehat dan selamat dari penyimpangan berpikir
Dzihni = Akal; nalar, rasio
Labib = Sehat akal; pikir; nalar
Salim = Selamat; damai

Dziyab Mahasin = Laki-laki kaya harta gemar berbuat kebaikan dengan hartanya
Dziyab = Kaya harta benda
Mahasin = Kebaikan; amal

Dzubyanul Arif Bililmi = Laki-laki yang bijaksana yang haus dengan ilmu
Dzubyanul = Haus; dahaga
Arif = Bijaksana
Bililmi = Ilmu; pengetahuan

Dzul Kirom Al-Munawwar = Laki-laki yang mempunyai kemuliaan dengan pancaran cahaya
Dzul = Mempunyai; memiliki
Al-Kirom = Kemuliaan
Al-Munawwar = Bercahaya; bersinar

Dzulfadli Salim Hauzan = Manusia laki-laki yang memiliki kelebihan dan terhindar dari bencana
Dzulfadli = Yang memiliki kelebihan
Salim = Terhindar dari bencana
Hauzan = Makhluk manusia

Dzulfikar Al-Husam = Laki-laki bagaikan pedang Rasullullah SAW yang tajam
Dzulfikar = Nama pedang Rasullullah SAW
Al-Husam = Tajam; runcing

Emyr Salim Hauzan = Manusia yang mulia dan terhindar dari bencana
Emyr = Mulia (Latin)
Salim = Terhindar dari bencana (Arab)
Hauzan = Mahluk manusia (Arab)

Fadhilah Faida Fauziyah = Laki-laki yang memperoleh keutamaan, kebahagiaan serta kesuksesan hidup
Fadhilah = Keutamaan
Faida = Keuntungan
Fauziyah = Kemenangan

Fadhilul Amal = Laki-laki yang mempunyai keutamaan beramal
Fadhilul = Keutamaan; mulia
Amal = Amal; perbuatan

Fadhlur Rahman Al-Kausar = Laki-laki yang memperoleh karunia banyak dari Yang Maha Pengasih
Fadhlur = Karunia; anugrah
Ar-Rahman = Yang Maha Pengasih; Pemberi
Al-Kausar = Banyak; bermacam-macam

Fadholi Tamam = Laki-laki yang punya keutamaan sempurna
Fadholi = Keutamaan; kelebihan
Tamam = Sempurna; lengkap

Fadli Akram I'tisham = Laki-laki mulia yang memiliki kelebihan dan berpegang teguh pada kebenaran
Fadli = Kelebihanku
Akram = Mulia
I'tisham = Berpegang teguh

Fahim Hayatuna = Laki-laki yang dapat mengerti tentang kehidupan kami
Fahim = Mengerti; memahami; mengetahui
Hayatuna = Kehidupan kami

Fahman Abadan = Laki-laki yang punya pengertian selamanya
Fahman = Pengertian; pemahaman
Abadan = Selamanya; abadi; kekal

Faishal Munadi = Hakim yang menyerukan kepada kebaikan
Faishal = Hakim; pemisahan antara haq dan batil
Munadi = Menyeru; mengajak; menghimbau

Faiz Junaid Jufri = Tentara yang menang bagaikan singa
Faiz = Menang (Arab)
Junaid = Tentara (Arab)
Jufri = Singa (Arab)

Faiz Kamaluddin = Laki-laki yang mendapat kemenangan dalam kesempurnaan agama
Faiz = Menang; juara
Kamaluddin = Kesempurnaan; melengkapi agama

Faiz Syarif = Laki-laki yang memperoleh kemenangan yang mulai
Faiz = Kemenangan
Syarif = Kemuliaan

Fajar Rawikara = Berkas sinar matahari pada pagi hari
Fajar = Waktu fajar, pagi hari (Arab)
Rawikara = Berkas sinar matahari (Jawa)

Fajari Khairullah = Waktu fajar dijadikan sebagai kebaikan dari Allah
Fajari = Waktu fajar
Khairullah = Kebaikan; bagus dari Allah

Fajri Syahdan Naufal = Laki-laki yang mendapatkan cahaya kebenaran dan gemar memberikan pertolongan
Fajri = Waktu fajar, cahaya
Syahdan = Yang melihat kebenaran
Naufal = Dermawan

Fakhir Muhammad Mumtaz = Laki-laki yang sangat terpuji menjadikan kebanggaan istimewa
Fakhir = Kebanggaan; kebesaran
Muhammad = Sangat; amat terpuji
Mumtaz = Istimewa; sempurna

Fakhri Ali Azadi
Fakhri : Kemegahanku, kebanggaan
Ali : Yang mulia, yang tinggi kedudukannya, berdoa kepada Tuhan
Azadi, Azad : Bebas, merdeka

Farhan Jauhari Sirajuddin = Anak yang selalu riang gembira, menjadi permata hati orang tua dan bisa menjadi cahaya bagi agamanya
Farhan : Riang gembira
Jauhari : Permataku
Sirajuddin : Lentera agama

Farid Ardiman = Laki-laki yang tegak bagikan gunung dan tidak ada bandingannya
Farid : tidak ada bandingannya (Arab)
Ardiman : Laki-laki yang tegak bagikan gunung (Jawa)

Jumat, 20 September 2013

Adakah Kita Golongan Akhir Zaman?


Assalamualaikum dan salam Jumaat buat semua sahabat dan tetamu Relaks Minda. Bersyukur kerana dapat menikmati lagi Hari Jumaat yang mulia ini. Hari yang muncul seminggu sekali ini cukup besar hikmah dan ganjarannya andai kita melakukan beberapa amalan sunnah yang hanya dapat kita nikmati di hari ini. 


Jika kita lihat, sejak beberapa tahun kebelakangan ini, tanda-tanda kiamat kecil sudah jelas kelihatan. Hanya menantikan tanda-tanda kiamat besar. Adakah kita kini sudah berada di akhir zaman? 


Golongan Di Akhir Zaman

Ibnu Abbas memberitahu bahawa Rasulullah SAW telah bersabda,

"Pada akhir zaman nanti akan muncul golongan-golongan manusia yang berwajah manusia berhati syaitan. Mereka diibaratkan seperti serigala ganas, hati mereka tidak mempunyai sedikit pun belas kasihan. Mereka tidak suka menjauhi segala yang buruk dan mereka lebih suka melakukan pertumpahan darah."

"Kalau engkau ikut mereka, mereka akan mendekatimu tapi jika engkau menjauhi mereka, mereka akan mengumpat kamu. Kalau engkau memberi amanat kepada mereka, mereka akan melakukan kianat kepadamu. Kalau meminta sesuatu dari mereka adalah kemiskinan."

"Hukum di kalangan mereka adalah bidaah dan bidaah adalah sunnah dan tatkala itu orang menganggap sunnahku sudah usang dan memperbaharui bidaah. Maka sesiapa mengikuti sunnahku ketika itu, dia akan menjadi terasing dan tinggal seorang diri dan barangsiapa mengikut bidaah akan mendapat 50 orang teman atau lebih."

Para sahabat bertanya kepada Rasulullah, "Apakah mereka melihat mu?"
Jawab Rasulullah, "Tidak."
Para sahabat bertanya lagi, "Apakah turun wahyu kepada mereka."
Jawab Rasulullah, "Tidak."
Para sahabat bertanya lagi, "Bagaimana keadaan mereka?"
Jawab Rasulullah, "Seperti ulat di dalam cuka."
Bertanya lagi para sahabat, "Ya Rasulullah, bagaimana mereka menjaga agama?"
Jawab Rasulullah, "Seperti bara di dalam genggaman, kalau di letak ia akan padam tapi kalau kekal digenggam ia akan membakar."

Jika benarlah kita kini berada di akhir zaman, betapa sukarnya kita untuk mempertahankan akidah. Dapatkah kita membezakan yang mana benar yang mana salah sedangkan ilmu di dada masih sedikit? Pada siapakah yang boleh kita percaya untuk kita mendapatkan ilmu dan pedoman?

Rupa, wajah, penampilan dan amalan sudah tidak dapat kita bezakan. Bahan ilmuan sudah tidak dapat di ketahui keaslian dan ketepatan isi kandungannya. Hanya Al-Quran yang masih terpelihara untuk dijadikan rujukan. Fasih dan fahamkah kita memahaminya?


Semoga kita masih belum sebenar-benarnya di akhir zaman. Sebelum terlambat... penuhkanlah ilmu di dada. Tuntutlah ilmu selagi masih ada alim ulama dan kitab-kitab yang kita yakin benar ajarannya. Kuatkan amalan dan beramal soleh buat bekalan dan perlindungan.

Sama-samalah kita saling mengingati dan berdoa agar kita semua masih dijalan yang benar dan dibawah peliharaan Allah SWT. Berilah peringatan kepada anak-anak kita... mungkin mereka yang akan menempuhnya. Wallahualam....


Ingatkan saya, tegurlah saya, perbetulkan kesilapan saya dan maafkanlah saya.

Admin...