Rabu, 06 Maret 2013

Kumpulan Ucapan Selamat Pagi Lucu

Kumpulan Ucapan Selamat Pagi Lucu - Mengucapkan selamat pagi untuk teman dan keluarga anda adalah salah satu bentuk perhatian yang sudah jarang dilakukan orang-orang saat ini. Nah, apa salahnya kali ini anda mencobanya dan bagaimana respon teman dan keluarga anda saat mendapat sms ucapan selamat pagi dari anda? Agar lebih segar, anjang-note memberikan beberapa referensi ucapan selamat pagi yang lucu - lucu. Check this out bro!


Inilah Kumpulan Ucapan Selamat Pagi Lucu :

ABCDEFGHIJKLMNOPQRSTUVWXYZ123456789*#
cuma mau ngecek tombol HP, apa berfungsi semua.
Sekalian mau bilang..
SELAMAT PAGI!!


"Hai Met Pagi"
Kamu yg pertama aku ucapin selamat pagi..
Walaupun aku punya ribuan teman..
Ada yg jelek, biasa aja dan cakep..
Tapi aku lebih suka ngucapin dari yang jelek dulu..


#6 langkah untuk pagi yg indah:

1. Turun dari ranjang
2. Buka jendela
3. Rentangkan kedua tangan
4. Hirup nafas dalam-dalam
5. Lihat Jam
6. Ucapankan "Masih kepagian.. Tidur lagi ah"..
SELAMAT PAGI

Pagi yang indah datang menghampiri mu untuk memberikan warna keindahan disaat kau bangun karna hanya enkaulah pembersih rumahku

Ketika sangsurya meninjukan kehangatannya bukalah mata indah mu,
kamu itu kesiangan.

Kesalahan bukan pada layar hp anda,
ini ungkapan terdalam yang gak bisa aku artikan
tapi kira2 artimya SELAMAT PAGI

Eh eh, kalo didunia indonesia sini, kami dah waktu pagi lho?!.
Makanya skalian ku mo ngucapin nih.
Slamat pagi.....
gimana dengan waktu dkhayangan sana bidadari?
sama gak?

Kamu yang pertama aku ucapin..
Meski aku punya ribuan teman, Mulai dari yang jelek, lumyan,.. sampe yg cakep..
Tapi aq Lebih suka dari yg jelek dulu :p

Itulah Kumpulan Ucapan Selamat Pagi Lucu yang telah anjang-note kumpulkan dari berbagai sumber. Segera kirim ucapan selamat pagi lucu ke teman dan keluarga anda. Pasti keceriaan di pagi hari akan muncul. Terima kasih atas kunjungannya.

Wordless W#3 : Tipah Tertipu!



Keindahan Pemandangan  Tasik  Tembok.

terpedaya dengan gambar pemandangan



Admin...

Selasa, 05 Maret 2013

Wordless W#2 : Free Hotel Facilities

Assalamua'laikum...

Wife or Wifi

iklan hotel salah eja

Wordless Wednesday (WW) - Setiap hari rabu semua blogger menerbitkan entri gambar tanpa meletakkan apa-apa atau sedikit sahaja keterangan untuk menjelaskan gambar tersebut. Terpulang kepada pengunjung untuk buat intreprestasi dan komen mengenainya. Gambar yang hebat mampu memberi maksud dan menerangkan segalanya.



Admin...

Wordless W#1 : Bahasa + English = ?

Assalamua'laikum...

"Seminar apa murid-murid..."

ayat dua maksud

P/S : Sekadar hiburan...jangan ada yang ambil hati ye...


Admin...

Senin, 04 Maret 2013

Count Adam's Books Giveaway - Thanks Mama Liza

Assalamualaikum...

Entri kali ini khas buat Mama Liza atau Norlizayati Othman... Tuan tanah blog "Life As Mama Liza" sebuah blog personal yang berkisar tentang kehidupan Mama Liza sebagai seorang guru dan seorang ibu bagi sebuah keluarga yang bahagia. 

http://lizayati.blogspot.com/

Pada bulan Januari 2013 yang lepas beliau telah menganjurkan satu peraduan atau Giveaway yang bertajuk "Count Adam's Book Giveaway" yang terbahagi kepada 2 kategori iaitu : 

Kategori A - Perlu follow blog dan tulis satu entri berkenaan tajuk dan meneka jumlah buku kepunyaan Adam (lihat gambar di bawah)
Kategori B - Kira dan teka jumlah buku kepunyaan Adam.

Peraduan berakhir pada 31 Jan 2012 jam 11.59 malam.

Kira buku Adam sahaja tau!

Kerana peraduan bagi Kategori B teramat mudah, maka saya pun membuka mata sebesar-besarnya untuk mengira buku kepunyaan Adam... Payah juge, agak2 anda mampu mengiranya dengan tepat? Apatah lagi bila di bagi tau buku Adam bercampur dengan buku kepunyaan Mama Liza....Perg!! 

Mana satu buku Adam nih? Betul-betul mencabar! Oleh kerana penyertaan hanya untuk meneka, maka saya pun menyertai peraduan bagi kategori B. Apalagi...Tembak jer laa...guna sniper.. hehe

Hadiah yang di tawarkan juga amat menarik iaitu satu set One Touch Rainbow jenama Tupperware! (Saya ulangi...Tupperware!). 5 pemenang dipilih bagi kategori A dan 1 pemenang bagi kategori B.

set Tupperware comel sebagai hadiah

Pada 1 Februari 2013... Entri pengumuman pemenang di siarkan. Berdebar-debar juge ye nak mengetahui keputusan...macam nak ambil keputusan SPM jer...hehe. 

Bagaikan tidak percaya apabila terlihat nama saya  terpilih memenangi peraduan bagi kategori B! Syukur...Alhamdulillah.  Gembira tak terkata...Yang lebih menakjubkan...jumlah tekaan saya adalah tepat! Ya....TEPAT

Anda ingin tahu berapa jumlah buku Adam... sila lihat entri pengumuman di sini  :

Tapi sebelum tu anda cuba-cubalah teka...hehe

Hari ini sebuah van bising meng "hon" di depan rumah... Rupanya van Pos Laju dan satu bungkusan di hulurkan, gembiranya bila melihat nama penghantar adalah Norlizawati Othman. 
Sebagai yang telah di janjikan, Alhamdulillah... hadiah peraduan selamat sampai. Hanya ucapan ribuan terima kasih buat Mama Liza di atas hadiah yang di beri. 

Berikut adalah gambar hadiah yang telah saya menangi... Menarik dan comel sekali dan yang lebih terujanya, ianya adalah orginal produk Tupperware! Pasti mahal juge kan... Terima kasih sekali lagi Mama Liza.

Botol air tu bukan hadiah...saje letak untuk posing sekali....hehe

Original Tupperware beb!

Anda jangan jeles pula ye... Rajin-rajinlah ke Blog Mama Liza, mana tau dia bermurah hati untuk menganjurkan peraduan lagi. Pasti hadiahnya lumayan. 

Tapi sebelum tu marilah berkenalan dengan Mama Liza di blognya..  .>>Life As Mama Liza<<   Jom kita terjah!

Minggu, 03 Maret 2013

Pelbagai Rekaan Kerusi & Meja yang Kreatif

Kerusi dan meja...kini sudah menjadi suatu keperluan yang wajib ada di dalam sesebuah rumah mahupun pejabat. Pada awalnya kerusi dan meja hanya di gunakan di istana dan golongan bangsawan sehinggalah pada kurun ke 16 barulah ianya menjadi keperluan wajib ada bagi semua orang.

Rekaan kerusi dan meja juga mengalami perubahan rekaan. Rekaan yang bersandarkan kepada keperluan semasa, keselesaan, kesenian dan kemudahan. 

kerusi bunga tulip
Rekaan yang berkonsepkan bunga tulip yang cantik dan praktikal.

Rekaan yang unik, menarik dan eksklusif memberi variasi yang pelbagai dalam rekabentuk sesebuah kerusi dan meja. Idea yang menarik ini bukan datang dengan sendirinya. Ianya memerlukan kemahiran, ilmu, pemerhatian, kajian dan percubaan sebelum ianya dapat di zahirkan. Usaha yang berterusan sahaja yang mampu menghasilkan kejayaan.

Ingatlah...tiada apa yang datang bergolek dgn sendirinya jika tanpa ilmu, usaha berterusan, doa dan tawakal. Anda nikmati dan nilaikan sendiri hasil rekaan kerusi dan meja yang kreatif, unik dan menarik ini. Bukakan minda anda agar tidak terkongkong dalam situasi yang kebiasaan....
Jangan kita jadi insan yang ketinggalan.... 

meja kelopak bunga
Rekaan meja yang unik umpama kelopak bunga berkembang
Menarik dan kreatif....mudah untuk di alih dan pelbagai fungsi. 

sofa katil
Sebuah sofa yang boleh berubah menjadi sebuah katil 2 tingkat.
Sesuai sekali untuk rumah yang ketiadaan bilik dan ruang.

kerusi meja taman
Sebuah kerusi juga sebuah kerusi bersama meja...
Pilih sahaja yang mana anda perlukan...hanya dalam satu rekaan

kerusi mudah alih
Rekaan ini mungkin sudah di komersilkan. Mudah di dapati di kedai perabot.
Rekaan yang kreatif untuk meja dan kerusi...mudah di gunakan dan mudah juga untuk di simpan

kerusi terbelah
Rekaan unik. Bentuk yang menarik dan moden. 
Boleh di panjangkan jika di perlukan.

kerusi lipat
Kerusi lipat yang unik dan eksklusif. Mudah dibawa kemana sahaja.

kerusi lipat
Rekaan kerusi yang sungguh berguna untuk sesuatu majlis atau seminar.
Tak perlu bersusah payah menyusun, mudah di bawa dan mudah juga di simpan.

kerusi sebuah meja
Sebuah meja juga sebuah kerusi. 
2 dalam 1 tapi berbeza fungsi

kerusi sebuah rak
Sebuah rak juga sebuah meja dan kerusi.
Terpulang kepada anda untuk mengunakannya. Jika tidak berfungsi sebagai kerusi dan meja, 
jadikannya rak barang dan buku anda

kerusi tersembunyi
Meja yang menyembunyikan kerusi dengan kemas sekali.

kerusi berongga
Rekaan yang kreatif dan padat dengan nilai kesenian.
Menarik, unik dan eksklusif 

kerusi meja rak
Sebuah lagi rekaan yang mempunyai dua fungsi.
Jadikannya rak atau gunakan ia sebagai kerusi dan meja. Terpulang kepada anda.

kerusi tersorok
Sebuah lagi rekaan meja yang dapat menyembunyikan kerusi dengan begitu kemas.

Yang manakah menarik perhatian anda? Jangan tanya saya pula di mana hendak dapatkan barangan rekaan-rekaan di atas kerana saya hanya mendapatkan gambar-gambar ini untuk memberikan idea dan berkongsi dengan anda, ianya adalah dari pelbagai sumber di internet. Semoga anda terbuka minda dan mendapat serba sedikit informasi.

Rekaan-rekaan yang menarik dan kreatif ini memerlukan idea dan kreativiti yang tinggi. Seseorang yang mampu berfikir di luar dari kebiasaan. Satu anugerah kemahiran yang tidak di miliki oleh setiap insan. Anugerah yang di beri oleh Allah SWT kepada insan-insan tertentu...Bersyukurlah kepada sesiapa yang memilikinya...dan bersyukur juga kita kerana dapat menikmatinya. 

Sesungguhnya kita ini hanyalah insan yang lemah, segalanya adalah dariNya dan hak milikNya...
- Rekaan Kerusi & Meja - Kreatif, Menarik & Unik...3
Rekaan Kerusi & Meja - Kreatif, Menarik & Unik...2

Admin...

Sabtu, 02 Maret 2013

Rehatkan Mata dan Minda Anda Buat Seketika

Assalamua'laikum...

Syukur Alhamdulilah...kerana dapat lagi menikmati hari minggu sambil merehatkan badan, jiwa, hati dan minda. Ketika ini pastinya saat dimana anda dapat berehat setelah seminggu bekerja. Saat di mana anda perlukan ketenangan dan kedamaian untuk mengembalikan kesegaran dan kekuatan jiwa dan minda bagi mengharungi minggu yang seterusnya.

Namun tidak semua mempunyai kesempatan untuk menikmati rehat yang berkualiti. Ya..mungkin dapat lari seketika dari masalah dan beban kerja tetapi terpaksa pula memikul tanggungjawab lain. Namun itulah lumrah kehidupan yang harus kita tempuhi. Rehat hanya dapat dikecapi pabila lelapnya mata.

Bagaimana pula dengan berbelog?...Adakah masa atau hari khusus untuk anda berehat? Terpulanglah kepada anda untuk menetapkan dan mentafsirkannya. 

Pastinya mata dan minda anda keletihan setelah lama mengadap komputer untuk 'blogwalking' mahupun  meng'update' pelbagai medium media sosial...

Relaks Minda akan cuba memberi sedikit kerehatan buat pandangan anda. Melihat sesuatu yang indah, berwana-warni, santai dan ringan mampu memberi kerehatan dan ketenangan buat mata dan minda anda buat seketika...Insyaallah.

Lapangkan fikiran anda dan biarkan hanya mata anda menikmati pelbagai warna yang menceriakan, menenangkan dan mempersonakan buat ketenangan dan kesegaran pandangan dan minda.

(klik gambar untuk menikmati saiz sebenar yang pastinya lebih mempersonakan)
pesona warna warni
keindahan
pesona warna warni
subhanallah
pesona warna warni
mempersonakan
pesona warna warni
alhamdulillah
pesona warna warni
menenangkan
pesona warna warni
laailaahaillallah
pesona warna warni
mengasyikkan
pesona warna warni
allahuakbar
pesona warna warni
mendamaikan
pesona warna warni
astaghfirullah
pesona warna warni
menceriakan
pesona warna warni
masyaallah
pesona warna warni

Sekarang...Tariklah nafas dan lepaskan perlahan-lahan. Minumlah segelas air.... Semoga anda kembali segar. Ucaplah...Alhamdulillah tanda syukur kita kepada Allah SWT kerana memberi kesegaran, kesihatan dan kekuatan untuk meneruskan aktiviti anda seterusnya... 
  
Terima kasih kerana bersama Relaks Minda.

Admin...