Rabu, 06 Februari 2013

Butang Baju Abang Mana... Pah?

Salam... 

"Butang baju abang mana...Pah?"  Pasti anda kenal sangat dengan dialog ni... Kalau anda lupa atau tidak tahu...Ianya adalah dialog P.Ramlee dalam filem Madu Tiga. Sebuah filem komedi yang tidak jemu di tonton berulang kali. Sekarang saya nak tunjukkan anda dimanakah butang-butang baju tu menghilang.... 

Butang terdapat dalam pelbagai bentuk, warna dan saiz mengikut kegunaan, kesesuaian dan hiasan pada pakaian. Oleh kerana kepelbagaian yang ada, ianya menjadi sesuatu yang menarik bagi orang seni dan kreatif untuk menggunakannya dalam hasil seni dan rekaan mereka.   

Nikmati hasil kreativiti menggunakan butang sebagai bahan dalam hasil seni dan rekaan mereka... 

butang
Sungguh kreatif dan menarik, hasil dari himpunan butang pelbagai warna dan saiz umpama segerombolan belon. Menjadi perhiasan unik di dinding bilik anda.

butang
Butang di hias sekeliling cermin  menyerikan lagi rupa cermin anda

butang
Hasil seni yang sungguh 'simple' tapi begitu menarik sekali

butang
Butang yang berwarna kuning menjadi buah dan daun pada lukisan pokok ini. Kreatif sekali!

butang
Sungguh menarik dan cantik...butang dijadikan rantai yang unik dan eksklusif.

butang
Lagi contoh hiasan menggunakan butang sebagai daun dan bunga pada lukisan ranting pokok.

butang
Hiasan menggunakan butang membentuk seekor gajah yang begitu comel sekali.

butang
Pasti karya seni yang murah modalnya ini mampu di jual dengan harga yang mahal... Kreativiti yg menarik untuk di hias di dinding rumah anda.

butang
Butang menjadi perhiasan menarik untuk lampu meja anda. Cantik dan kreatif.

butang
Pelbagai lagi hasil kreativiti yang menggunakan butang....

Sekarang anda sudah tahu misteri kemana hilangnya butang-butang... Kalau ada butang yang tercabut dan hilang di pakaian, carilah di dinding atau perhiasan di rumah anda...mungkin ianya ada di situ... =)

Admin...

Tidak ada komentar:

Posting Komentar