Assalamualaikum...
Ini merupakan artikel terakhir... Bukan yang terakhir buat selamanya, tapi yang terakhir sebelum cuti panjang Tahun Baru Cina. Esok BM akan berada di kampung...Bagan Datoh, Perak hinggalah hari selasa minggu depan. Malangnya di kampung xde streamix dan line broadband lembab giler so...xdapat le nak berbelog.
Kepada semua rakan-rakan blogger dan tetamu yang singgah ke Relaks Minda... BM ucapkan selamat bercuti dan kepada Chinese...selamat menyambut Tahun Baru.
Pasti anda juga ada program masing-masing di waktu cuti ini...so BM ucapkan juga semoga cuti anda penuh dengan kegembiraan dan kebahagian. Berhati-hati semasa memandu, maklumlah...kenderaan pasti sesak di jalan raya. Selamat pergi dan selamat kembali. Kepada yang menjadi Raja Sehari...semoga berbahagia dan kekal hingga ke Syurga.
Akhir sekali... gunakanlah peluang cuti panjang ini untuk perkara yg berfaedah dan beriadah disamping mengeratkan kasih sayang dan silaturrahim.
Salam buat anda semua...salah dan silap harap maaf.
Relaks Minda anda dengan menikmati keindahan ciptaan Ilahi... tenang...damai...nyaman...dan segar...
Admin...
Tidak ada komentar:
Posting Komentar