Minggu, 04 November 2012

Anda Terpukau! Aku Terpaku!

Ketenangan dan kedamaian tatkala berada bersama alam semulajadi yang indah dan terpelihara adalah saat yang ingin anda nikmati sepanjang masa. Saat dimana anda dapat memberi sepenuh tumpuan untuk menenangkan jiwa dan minda

Alam semulajadi yang indah dan damai memberikan satu kepuasan dan kenikmatan yang tidak mampu di ungkap dengan kata-kata. Selain kenikmatan pandangan, kenikmatan bunyi dan suara alam amat mempersonakan. Menyedut udara yang segar dan nyaman memberikan kesegaran jasmani dan rohani. 

Nikmati dan Relaks Minda anda dengan melihat keindahan alam semulajadi yang memukau pandangan....memberi ketenangan yang kedamaian.... 

Alangkah nikmatnya jika berada sini...

 
Keindahan alam semulajadi mampu memukau ada. Ia membuatkan anda terpaku dan melalui pandangan ia mengusai minda lalu mengosongkan fikiran agar anda tertumpu kepadanya yang melahirkan emosi yang tenang dan damai.  

Sinaran mentari di celah gunung memancarkan cahaya menerangai alam memukau pandangan

Aliran air terjun yang mendendangkan irama yang amat mengasyikkan.

 
Keunikan bentuk alam semulajadi memberikan keindahan yang sungguh mempersonakan 

 
 
Kombinasi rupabentuk alam semulajadi dan air sungai yang jernih mengalir lembut di celah-celah batu-batuan membentuk satu lukisan alam yang amat indah untuk di nikmati. 

Alam semuladi mempunyai kuasa yang mampu meresapi jiwa anda lalu memberikan anda ketenangan dan kedamaian jiwa dan minda.
 
Sungguh segar dan nyaman bersama alam semulajadi

Kenikmatan yang perlu kita syukuri. Keindahan yang membuatkan kita kagum akan penciptanya. Keindahan yang membuatkan kita akur akan kekuasaan dan kebesaranNya. Hanya Dia yang satu...pencipta seluruh alam ini...Aku bersujud kepadamu...Ya Allah!...Ya Tuhanku!

Admin...

Sabtu, 03 November 2012

Tulisan Sebuah Lukisan?

Seni lukis memang tidak terbatas kreativitinya. Lukisan yang kreatif tidak semestinya sebuah lukisan yang mampu menyamai objek sebenar. Tidak juga memerlukan warna untuk tampak menarik. Lukisan yang menggunakan kaedah dan teknik yang berbeza dapat menghasilkan sebuah karya yang kreatif, menarik dan unik. 

Anda lihat lukisan di bawah ini... Hanya menggunakan sebatang pen atau pensil di atas sehelai kertas putih...tapi hasilnya sangat mengagumkan. Pernahkah anda terfikir untuk menghasilkan karya sebegini?

Anda nikmati hasil karya senilukis yang amat bersahaja tetapi cukup menarik! Dengan menggunakan huruf yang menamakan bahan atau benda tersebut (tulisan) maka terhasil satu karya seni yang mengujakan!
(klik gambar untuk besarkan)

Jam tangan

Sebahagian ruang di dalam rumah

Bilik tidur

Ruang makan

Ruang menunggu sebuah pejabat

Ruang tamu rumah

Bilik persalinan

Karya seni yang 'simple' tetapi cukup kreatif dan menarik. 
Admin...

Terjemahan Al-Quran - Surah Al-Ghashiyah

SURAH AL-GHASHIYAH
(Hari Pembalasan)
Surah ke-88
Terdiri daripada 26 ayat (Makkiyyah)











Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang

1. Sudahkah sampai kepadamu berita tentang (hari kiamat)?

2. Pada hari itu banyak wajah yang tertunduk hina,

3. (Kerana) mereka bekerja keras lagi kepayahan.

4. Mereka memasuki api yang sangat panas (neraka).

5. Diberi minum daripada sumber mata air yang sangat panas.

6. Tidak ada makanan bagi mereka selain daripada pohon yang berduri.

7. Yang tidak menggemukkan dan yang tidak menghilangkan lapar.

8. Pada hari itu banyak (pula) wajah yang berseri-seri.

9. Mereka senang kerana usahanya (sendiri).

10. (Mereka) dalam syurga yang tinggi.

11. Di sana (mereka) tidak mendengar perkataan yang tidak berguna.

12. Di sana ada mata air yang mengalir.

13. Di sana ada pelamin-pelamin yang ditinggikan.

14. Dan gelas-gelas yang tersedia (berdekatannya).

15 Dan bantal-bantal sandaran yang tersusun.

16. Dan permaidani-permaidani yang terhampar.

17. Maka tidakkah mereka memerhatikan unta, bagaimana ia diciptakan?

18. Dan langit, bagaimana ditinggikan?

19. Dan gunung-ganang, bagaimana ditegakkan?

20. Dan bumi, bagaimana dihamparkan?

21. Maka berilah peringatan, kerana sesungguhnya engkau (Muhammad) hanyalah pemberi peringatan.

22. Engkau bukanlah orang yang berkuasa atas merek.

23. Kecuali (jika ada) orang yang berpaling dan kafir.

24. Maka Allah akan mengazabkannya dengan azab yang besar.

25. Sesungguhnya, kepada Kamilah mereka kembali.

26. Kemudian sesungguhnya (kewajipan) Kamilah membuat perhitungan ke atas mereka.

Jumat, 02 November 2012

7 Gambar yang Ajaib...

Fotografi merupakan satu cabang seni yang amat menarik. Untuk mendapatkan gambar yang menarik dan unik anda perlukan kemahiran menggunakan kamera disamping bijak semasa mengambil gambar. 

Gambar juga boleh memanipulasi keadaan dan suasana. Gambar yang di ambil memberi gambaran yang berbeza dari apa yang sebenarnya berlaku. Ianya juga di kenali sebagai ilusi optik dimana mata kita memberikan maklumat yang salah untuk dianalisis oleh otak.  

Berikut ada 7 contoh gambar ilusi optik yang bukannya ajaib tetapi teknik mengambil gambar yang menarik untuk di lihat :

1. Lihat bagaimana teknik gambar ini diambil agar menampakkan budak itu sedang mengambil kepalanya yang tertanggal.

2. Beberapa gambar yang menggunakan matahari dan bulan sebagai objek

3. Manusia gergasi atau orang kerdil....teknik menarik, memerlukan kreativiti agar menampakkan realistik.

4. Ini merupakan gambar yang paling saya gemari! Perhatikan tasik itu....Ya! ianya bukan tasik tapi tembok sebenarnya! Cahaya dan warna memainkan peranan penting dalam mendapatkan satu gambar ilusi optik seperti ini. 

5. Kadang kala gambar ilusi optik terakam secara tidak sengaja seperti gambar di atas. Panjang sungguh tangan pemain tu...

6. Gambar ini anda perlu perhatikan betul-betul...perempuan manakah yang di angkat?

7. Inilah punca kenapa Menara Pisa condong! 

Jadi janganlah terlalu percaya kepada gambar yang anda lihat jika anda tidak pasti akan kesahihannya kerana ianya boleh memberi maksud yang berbeza dan mampu mendatangkan fitnah. 

Admin...

Kamis, 01 November 2012

Eksplorasi #8 - Melaka Bandaraya Bersejarah

Perjalanan kali ini menjejak ke Bandar Melaka...Bandaraya Bersejarah. Melaka yang wujud sejak 1400 M dulu merupakan sebuah negeri yang cukup terkenal dalam sejarah di Tanah Melayu. Semasa era kegemilangannya ianya dikenali sebagai sebuah pelabuhan terbesar dan terkenal menjadi singgahan pedagang dari seantero dunia. 

Kini Melaka masih lagi menjadi tarikan terutama para pelancong untuk menikmati tinggalan sejarah yang masih kekal membuktikan kegemilangan Melaka suatu masa dahulu. 

eksplorasi melaka bandaraya bersejarah 
eksplorasi melaka bandaraya bersejarah
                                       Pemandangan menarik Bandar Melaka dari Hotel Equatorial

eksplorasi melaka bandaraya bersejaraheksplorasi melaka bandaraya bersejarah
Pemandangan menarik dari Bukit St. Paul

eksplorasi melaka bandaraya bersejarah 

Deretan bangunan kedai bercat merah merupakan identiti unik bandar ini
eksplorasi melaka bandaraya bersejaraheksplorasi melaka bandaraya bersejarah

Relaks Minda anda dan nikmati tempat-tempat dan bangunan-bangunan menarik yang dapat saya kongsikan dengan lensa kamera amatur ini.  

eksplorasi melaka bandaraya bersejarah 
eksplorasi melaka bandaraya bersejarah 
Bangunan Stadthuys menjadi bukti penjajahan Belanda keatas Melaka.

eksplorasi melaka bandaraya bersejarah
Mercu tanda paling terkenal di Melaka...pintu gerbang A Farmosa iaitu kubu kota Melaka yang di bina oleh penjajah Portugis.

eksplorasi melaka bandaraya bersejarah 
eksplorasi melaka bandaraya bersejarah 
Bukit St. Paul dimana terletaknya gereja St. Paul merupakan antara senibina eropah tertua di asia.

eksplorasi melaka bandaraya bersejarah
Replika Istana Melaka yang menjadi lambang keagungan Kesultanan Melayu Melaka

eksplorasi melaka bandaraya bersejarah
Antara lokasi menarik di Bandar Melaka adalah Dataran Pahlawan.
eksplorasi melaka bandaraya bersejaraheksplorasi melaka bandaraya bersejarah 
eksplorasi melaka bandaraya bersejarah
'London Bus' antara tarikan pelancong yang ada di sini

eksplorasi melaka bandaraya bersejarah 
eksplorasi melaka bandaraya bersejarah 
Antara pemandangan menarik di sini 

eksplorasi melaka bandaraya bersejarah
Bangunan Memorial Peristiharan Kemerdekaan

eksplorasi melaka bandaraya bersejarah 
eksplorasi melaka bandaraya bersejarah 
eksplorasi melaka bandaraya bersejarah 
Muzium Samudera merupakan replika kapal Flor de La Mar menggambarkan keagungan pelabuhan dan perdagangan di Melaka suatu ketika dulu.

eksplorasi melaka bandaraya bersejarah
Muzium Satera yang memberikan penekanan kepada sejarah penulisan dan pengkaryaan bermula dari era awal penulisan, Cerita-cerita Rakyat, Sejarah Melayu, Hikayat Hang Tuah, Hukum Kanun Melaka, Munsyi Abdullah sehingga ke tahap perkembangan Kesusasteraan Melayu Moden.

eksplorasi melaka bandaraya bersejarah
Antara tempat menarik di negeri Melaka adalah Taman Mini Malaysia di mana di sini terdapat replika bersaiz sebenar rumah-rumah seluruh Malaysia.

eksplorasi melaka bandaraya bersejarah
Tempat yang menarik untuk di lawati dan berhampiran plaza tol Ayer Keroh.

Melaka merupakan lokasi percutian yang menarik untuk dinikmati. Banyak sekali tarikan terutama tempat-tempat bersejarah yang lokasinya berhampiran begitu mudah untuk di jejaki. Selain Bandaraya Bersejarah...Lokasi tarikan banyak juga terdapat di Ayer Keroh seperti Zoo Melaka, Taman Buaya, Taman Rama-rama, Taman Mini Malaysia dan bannyak lagi yang lokasinya juga tidak jauh antara satu sama lain.  

Andai anda ke Melaka jangan lupa bawa pulang buah tangan...Belacan dan Cencalok...

Anda juga mungkin meminati :

Admin...