Fotografi merupakan satu cabang seni yang amat menarik. Untuk mendapatkan gambar yang menarik dan unik anda perlukan kemahiran menggunakan kamera disamping bijak semasa mengambil gambar.
Gambar juga boleh memanipulasi keadaan dan suasana. Gambar yang di ambil memberi gambaran yang berbeza dari apa yang sebenarnya berlaku. Ianya juga di kenali sebagai ilusi optik dimana mata kita memberikan maklumat yang salah untuk dianalisis oleh otak.
Berikut ada 7 contoh gambar ilusi optik yang bukannya ajaib tetapi teknik mengambil gambar yang menarik untuk di lihat :
1. Lihat bagaimana teknik gambar ini diambil agar menampakkan budak itu sedang mengambil kepalanya yang tertanggal.
2. Beberapa gambar yang menggunakan matahari dan bulan sebagai objek
3. Manusia gergasi atau orang kerdil....teknik menarik, memerlukan kreativiti agar menampakkan realistik.
4. Ini merupakan gambar yang paling saya gemari! Perhatikan tasik itu....Ya! ianya bukan tasik tapi tembok sebenarnya! Cahaya dan warna memainkan peranan penting dalam mendapatkan satu gambar ilusi optik seperti ini.
5. Kadang kala gambar ilusi optik terakam secara tidak sengaja seperti gambar di atas. Panjang sungguh tangan pemain tu...
6. Gambar ini anda perlu perhatikan betul-betul...perempuan manakah yang di angkat?
7. Inilah punca kenapa Menara Pisa condong!
Jadi janganlah terlalu percaya kepada gambar yang anda lihat jika anda tidak pasti akan kesahihannya kerana ianya boleh memberi maksud yang berbeza dan mampu mendatangkan fitnah.
Tidak ada komentar:
Posting Komentar