Selasa, 06 November 2012

Eksplorasi #10 - Bukit Tinggi Resort, Pahang


eksplorasi bukit tinggi resort pahang

eksplorasi bukit tinggi resort pahang
French Theme Resort,  Colmar Tropicale, Berjaya Hills, Bukit Tinggi. 

Itulah nama tempat yang nampak begitu asing sekali rekabentuk dan senibinanya yang ada di Malaysia. Namun ianya tidak asing jika di Perancis. 

Sebuah taman tema resort mengambil konsep dan rekabentuk bangunan  bertemakan suasana di Perancis. 

Terletak di Bukit Tinggi, Pahang...tidak jauh dengan pusat peranginan Genting yang kira-kira 45 minit dari Kuala Lumpur merupakan salah satu pusat peranginan tanah tinggi yang kian popular.
  
eksplorasi bukit tinggi resort pahang 
eksplorasi bukit tinggi resort pahang
Bukit Tinggi merupakan kawasan bukit yang masih kaya dengan hutan hujan semulajadi yang menghijau. Bagi yang sukakan kembara di hutan. di sini terdapat beberapa laluan meredah hutan yang cukup menarik untuk menikmati keindahan dan keunikan hutan hujan dengan lebih dekat lagi. 

 eksplorasi bukit tinggi resort pahangeksplorasi bukit tinggi resort pahang
Antara tarikan untuk di lawati adalah 'Japanese Garden'. Taman yang berkonsepkan taman jepun di tengah-tengah hutan khathulistiwa sungguh mempersonakan. Lokasi Bukit Tinggi di puncak bukit yang di kelilingi oleh hutan yang masih tebal membuatkan suhu sedikit dingin dan sungguh menyegarkan.

eksplorasi bukit tinggi resort pahang

eksplorasi bukit tinggi resort pahang
Tarikan utama Bukit Tinggi pastinya 'French Theme Resort' Senibina unik yang berkonsepkan senibina Perancis menggamit ramai pengunjung untuk menikmati suasana seperti di Perancis. 

Tambahan pula dengan suhu yang sedikit dingin menambahkan lagi keselesaan dan minat untuk merasai suasana yang menarik ini.

Sebaik sahaja anda melangkah masuk ke dalam Resort ini pasti anda akan merasakan bagaikan telah berada di Perancis. Itulah keistimewaan tempat ini. Keindahan dan keaslian senibina dan susun atur hiasan memainkan peranan yang cukup penting bagi menghidupkan suasana agar tampak seperti di Perancis.

eksplorasi bukit tinggi resort pahang 
eksplorasi bukit tinggi resort pahangeksplorasi bukit tinggi resort pahang
Nikmati keindahan pusat peranginan yang sedikit berbeza ini...

eksplorasi bukit tinggi resort pahang 
eksplorasi bukit tinggi resort pahang
Jika anda mahukan sedikit kelainan dan ingin merasakan suasana berada di Perancis (tidak semua orang mampu melancong ke Perancis) inilah tempat yang sesuai untuk anda. Lokasi yang cantik, keindahan alam semulajadi, resort tema, taman bunga, padang golf, suhu yang dingin, aman, damai dan anda boleh relaks dan tenangkan minda anda dengan tenang sekali....

Anda juga meminati :

Admin...

Tidak ada komentar:

Posting Komentar