Akhirnya aku dapat juga sampai ke MAHA 2012...setiap dua tahun sekali asyik dengar cerita dan tengok gambar serta berita sahaja. Aku amat teruja sekali untuk ke MAHA kerana dua tahun lepas, adik ipar aku tunjuk gambar dia bersama mertua di ladang sayur yang ada buah-buah dan sayur-sayuran tergantung tu...sangat menarik membuatkan aku tidak sabar menunggu MAHA 2012. (klik gambar untuk besarkan)
Malaysia Agricultural, Horticulture & Agrotourism International Show atau mudahnya MAHA 2012 merupakan satu pameran berkaitan pertanian, penternakan & nelayan yang di adakan setiap dua tahun sekali. Pameran ini merupakan yang terbesar di rantau Asia ini dianjurkan oleh Kementerian
Pertanian & Industri Asas Tani Malaysia di lokasi Taman Ekspo Pertanian Malaysia Serdang (MAEPS), Selangor.
Baru aku tahu yang MAHA ni dah lama di adakan sejak tahun 1923 tapi baru inilah pertama kali aku pergi.
Taman Ekspo ni punyalah luas...memang tidak boleh nak jalan kaki je...boleh melecet kaki dibuatnya! Ianya terbahagi kepada beberapa bahagian iaitu :
1. Bahagian Pameran di Hall A,B1,B2,C dan Agrobazaar
2. Pameran di Pavilion Negeri-negeri di Malaysia
3. Pameran Sayur-sayuran dan Herba
4. Pameran Padi
5. Pameran Ternakan
6. Pameran Jentera
7. Pameran Perikanan
8. Pameran Nenas
9. Pameran Flora
Memang tak lalu punyalah untuk melawat semua sekali...boleh 'krem' kaki dibuatnya. Jadi aku pergi tempat yang aku rasa yang aku nak tengok ajelah...
Mula-mula aku singgah di Bahagian pameran di Hall...silap aku juga, patut aku kesini waktu tengahari sebab dalam hall...ada 'aircond' Di sini pelbagai pameran informasi, produk, teknologi, sejarah yang berkaitan pertanian, ternakan dan nelayan. Terdapat juga pameran dari peserta luar negara. Pertandingan dan pameran juga di adakan.
Dari pameran di hall, aku bergerak ke Agrobazaar... di sini tempat jualan pelbagai...dari pakaian, buah-buahan, produk makanan, pokok, bunga dan macam-macam lagilah. Banyak sangat gerai jualan...tak tersinggah kesemuanya. Harga berpatutan tapi kalau anda dah beli...anda usunglah sampai anda balik...boleh tercabut tangan nanti. Saya syorkan tempat ini di kunjungi di akhir lawatan sebelum anda balik.
Pengangkutan di sediakan untuk anda pergi dari satu lokasi kesatu lokasi dan banyak serta kerap. Memang anda memerlukannya...termasuklah aku...tak lalu nak menapak aje...
Bergerak pula ke Pameran Negeri...di sini setiap negeri di Malaysia mempamerkan hasil, produk serta perkhidmatan pertanian, penternakan serta nelayan di bangunanan atau pavilion pameran mereka sendiri. Menarik kerana di sini juga di pamerkan pameran dan jualan barangan melambangkan budaya, makanan dan kesenian negeri yang unik dan berbeza-beza.
Pavilion Negeri Sembilan
Pavilion Negeri Melaka
Pavilion Negeri Kelantan
Pavilion Negeri Terengganu
Pavilion Negeri Perak
Pavilion Negeri Johor
Pavilion Negeri Kedah
Pavilion Pulau Pinang
Pavilion Negeri Selangor
Setiap Negeri mempamerkan kreativiti pameran yang tersendiri...semuanya terbaik! Anda juga di hadiahkan beg cenderahati jika anda daftar dalam buku pelawat. Boleh penuh tangan dengan beg cenderahati jika anda daftar di semua pavilion negeri.
Sungguh meletihkan, berpeluh-peluh satu badan...Panas mentari jangan cakaplah. Kalau anda dapat pergi di cuaca mendung...itu memang terbaik! Tapi jika hujan...masalah besar.
Bila dah letih...lepak kejap sambil minum di gerai yang sangat banyak dan merata-rata. Mudah sekali untuk menjamu selera dan pelbagai menu di sediakan. Pilih dan bayar...
Setelah lega dan kembali segar...barulah semangat untuk meneruskan pengembaran menjelajah MAHA 2012... Terlalu panjang post ni, jadi saya sambung di bahagian 2...teruskan eksplorasi anda bersama saya...
Teruskan eksplorasi anda ke :
Admin...
Tidak ada komentar:
Posting Komentar