Jumat, 09 November 2012

Nikmat Relaks Yang Hakiki?

Relaks Minda anda...Nikmati keindahan alam kurniaan Ilahi... Keindahan yang memberikan anda ketenangan hati, jiwa dan minda. Meredakan segala kekusutan, memberi kesegaran dan mengsyukuri nikmat dan rahmat dari Allah. 

Menikmati keindahan dalam ketenangan memberikan anda kesegaran dan kekuatan rohani dan minda.  

Hari demi hari berlalu terlalu cepat...meratah usia kita. Bersyukur kita kerana masih di panjangkan usia untuk menikmati hari-hari yang indah ini.  Amalkan zikir harian ini agar kita tidak lupa akan pencipta kita yang memberi mengizinkan untuk kita bernafas dan menikmati kehidupan di dunia ini...

Rehat yang berkualiti amat penting untuk mengekalkan kesegaran dan kekuatan jasad dan minda.


Bersyukur kita kerana di beri kesihatan untuk menikmati nikmat alam yang indah ini. Kita hanyalah insan yang lemah dan tidak berdaya. Ismaul Husna memberi peringatan kepada kita betapa kerdilnya kita di sisiNya. Sebutlah nama-nama Allah sebagai tanda keagungan Nya.

Suasana yang jauh dari kesibukan dan kebisingan memberikan anda rehat yang terbaik. Nikmat alam semulajadi yang indah, tenang, damai dan aman melengkapkan nikmat rehat yang sebenar-benarnya. 

 Dalam menikmati keindahan alam, panjatkan syukur kerana Allah amat mengasihi dan menyayangi kita... Walau betapa sukarnya hidup ini, Dia masih tetap setia bersama kita. Zikir kita kepadanya tanda syukur dan memohon keberkatan dariNya yang sentiasa membantu kita... 

Suasana alam yang berubah setiap masa memberikan kerehatan emosi dan minda yang berbeza-beza nikmatnya.

Janganlah lupa sedetikpun ingatan kita kepada Allah. Ucaplah kalimah-kalimah tatkala anda senang atau susah...kerana Dia tidak pernah lupa akan kita walau sesaat pun.

Syukur yang tidak terhingga kepadamu Ya Allah atas nikmat pemberian alam yang cukup indah yang memberikan ketenangan dan kesegaran jiwa dan minda. Segala puji-pujian hanya buatmu...AllahuAkbar!


Admin...

Tidak ada komentar:

Posting Komentar