Selasa, 20 November 2012

Eksplorasi #12 - Tanah Tinggi Genting, Pahang

Eksplorasi kali ini ke kota keriangan Genting Highland. Pusat peranginan tanah tinggi yang terkenal di puncak banjaran Titiwangsa di tengah-tengah hutan hujan dan alam semulajadi. Pusat peranginan di ketinggian 1,800 meter di puncak gunung Ulu Kali ini mula di terokai oleh Tan Sri Lim Goh Tong pada tahun 1965 ini amat mudah di jejaki sama ada melalui jalan raya mahupun perkhidmatan kereta kabel. Lokasi yang amat strategik iaitu kira-kira 60km sahaja dari Kota raya Kuala Lumpur. 
Panorama Genting Highland sungguh indah dan menarik sekali di puncak gunung

 
Antara tarikan utamanya adalah suasana dan suhu sederhana yang menyegarkan yang menjadi suatu kelainan yang ingin di nikmati oleh setiap orang yang ingin lari dari kepanasan cuaca panas tropika.

 
Genting Highland di kelilingi oleh hutan hujan khatulistiwa yang masih terpelihara merupakan destinasi pusat peranginan dan percutian tanah tinggi yang sungguh menarik dengan pelbagai tarikan yang di tawarkan.

Keindahan panorama Genting Highland di puncak pergunungan 

Pastinya tarikan taman tema antara yang terawal di Malaysia ini merupakan sesuatu yang amat ingin di nikmati apabila menjejak kaki ke Genting Highland. 

 
Pelbagai permainan di sediakan di taman tema luar yang pasti memberikan keriangan dan keseronokan yang menjadi kenangan indah anda di sini. Sebuah tasik semulajadi yang menjadi suatu kelainan di puncak gunung di eksploitasi dengan cukup berkesan.

 
Penginapan cukup banyak tapi jika di waktu cuti umum atau hujung minggu cuti sekolah perlu tempahan awal. Harga bilik juga pelbagai dari harga semurah RM60 hinggalah ke tahap ekslusif yang bernilai ribuan ringgit semalam ada di tawarkan di sini.

Tidak cukup dengan taman tema luar...terdapat juga taman tema tertutup yang tidak kurang menariknya dengan pelbagai tarikan permainan dan kedai-kedai untuk anda membeli belah serta menjamu selera menjadikan ianya satu tarikan menarik yang lengkap hanya di bawah satu bumbung.


Jika ingin  merasakan lebih lagi kedinginan anda boleh cuba masuk ke dunia "Snow World"

 
Antara tarikan yang terdapat didalam taman tema tertutup

 
Pemandangan Genting Highland di waktu malam dari Kuala Lumpur

Jika anda inginkan suasana suhu yang sederhana dan mahukan keriangan dan keseronokan...mungkin Genting Highland lokasi yang sesuai untuk anda. Jika anda inginkan suhu yang sederhana yang menawarkan ketenangan dan kedamaian di samping alam semulajadi hutan hujan...Saya syorkan anda memilih sama ada Cameron Highland, Freser Hill, Bukit Tinggi atau Bukit Larut sebagai tempat yang paling sesuai.  

Perlu juga anda ketahui bahawa Genting Highland merupakan satu-satunya pusat perjudian di Malaysia dan yang terbesar di Asia Tenggara. 

Teruskan eksplorasi anda ke :

Admin...

Tidak ada komentar:

Posting Komentar