Masjid-masjid di bina sebagai tempat umat Islam untuk beribadat, menyebarkan syiar islam, belajar dan mengeratkan komuniti. Senibina dan rekabentuk masjid di seluruh dunia amat menarik dan pelbagai terutamanya yang menggabungkan kesenian senibina tempatan dan senibina Arab.
Umumnya setiap rekabentuk masjid mempunyai kubah dan menara. Namun ianya bukanlah satu kemestian... Rekabentuk masjid tidak terhad selagi ia mematuhi garis panduan yang tidak menyimpang dari akidah dan fungsi. Senibina masjid melambangkan keupayaan umat Islam dalam membentuk dan membina kesenian yang bercirikan keislaman.
Nikmati dan kenali lagi beberapa senibina masjid yang indah di seluruh pelusuk dunia yang menjadi kebanggaan umat Islam...
Masjid Kul Shariff di Kazan, Rusia
Masjid Krue Se di Pattani, Thailand
Masjid di Kruszyniany, Poland
Masjid La Kotubia di Marrakesh, Maghribi
Masjid La Mesquita de Palermo di Beunos Aires, Argentina
Masjid Sufi di Lady Smith, Afrika Selatan
Masjid Larabangan di Ghana
Masjid Besar di Lisbon, Portugal
Masjid Sultan di Singapura
Masjid Manjali di Atyrau, Kazakhstan
Masjid di Kowloon, Hong Kong
Masjid merupakan rumah Allah yang menjadi pusat ibadat dan komuniti umat Islam bagi penduduk setempat. Bersama-samalah kita mengimarahkan masjid agar agama Allah ini bertambah kuat dan umat Islam lebih bersatu.
Anda juga perlu lihat :
Post #11- Keindahan Senibina Masjid
Post #11- Keindahan Senibina Masjid
Admin...
Tidak ada komentar:
Posting Komentar