Menara jam merupakan satu binaan yang amat popular di bina di Malaysia untuk di jadikan sebagai satu mercu tanda atau bangunan peringatan. Hampir setiap bandar besar di Malaysia mempunyai menara jam mereka sendiri.
Senibina dan rekabentuknya begitu menarik dan pelbagai dan biasanya di letakkan di tengah-tengah bandar sama ada di bulatan jalan, di tengah jalan utama dan di padang atau dataran yang menjadi pusat tumpuan orang ramai. Juga ada yang terletak pada bangunan yang menjadi bangunan utama di sesuatu lokasi.
Kepelbagaian rekabentuk yang menarik seperti senibina Timur Tengah, India, Cina, Tradisional Melayu, Moden dan Kolonial menunjukkan betapa uniknya variasi masyarakat di Malaysia. Berikut beberapa lagi menara jam yang terdapat di Malaysia...kenali dan nikmati keunikan dan keindahan senibinanya...
Menara jam di Sungai Petani, Kedah
Menara jam Bulatan Tuan Padang di Kota Bharu, Kelantan
Menara jam lama di Taiping, Perak
Menara jam Taman Reakrasi Waterfront di Kuala Terengganu, Terengganu
Menara jam di Ipoh, Perak
Menara jam di Tuaran, Sabah
Menara jam di Batu Pahat, Johor
Menara jam di Bintulu, Sarawak
Menara jam Peringatan Victoria di Georgetown, Pulau Pinang
Menara jam di Dataran Belanda, Melaka
Menara jam condong di Teluk Intan, Perak
Menara jam di Kuala Kangsar, Perak
Menara jam di Dataran Shah Alam, Selangor
Menara jam di Bangunan Sultan Abdul Samad, Kuala Lumpur
Menara jam di Dataran Bandaraya di Johor Baru, Johor
Menara jam Pullman di Putrajaya
Mungkin ada diantaranya memberi kenangan manis buat anda.
Anda perlu lihat lagi di sini :
Post 6 - Menara Jam di Malaysia
Admin...
Tidak ada komentar:
Posting Komentar