Sebelum anda buang sesuatu barang...cuba anda fikirkan apa yang boleh anda buat untuk guna atau ubah barang tersebut menjadi sesuatu yang menarik sama ada menjadi barang kegunaan lain mahupun sebagai barang perhiasan. Tidak ada idea? Itulah yang biasanya yang menjadi kekangan...maklumlah anda bukannya insan seni atau kreatif dalam bidang ini...
Berikut ada beberapa idea yang mungkin anda boleh cuba...
Pinggan kertas atau polisterin...selalunya selepas sesuatu majlis pasti ada yang tidak habis di pakai. Jangan buang pula...Anda jadikan ia hiasan dinding. Lihat...mudah saja caranya, menarik pula hasilnya...
Anak-anak anda pasti sukakannya...
Bekas air yang di ubah menjadi bakul serbaguna yang menarik
Botol-botol plastik yang pelbagai bentuk dijadikan lampu. Gunakan pula mentol yang pelbagai warna...Wah! hasilnya sesuai untuk lampu parti atau pentas yang cukup unik dan menarik...pasti tetamu anda tertawan!
Kulit oren selalunya anda kupas dan buang... Jangan! Ianya boleh di jadikan bunga hiasan yang sungguh cantik...malah baunya juga menarik.
Mentol lampu yang tidak boleh di gunakan sangat merbahaya jika di buang. Apa kata anda gunakan ia untuk dijadikan barang hiasan yang comel ini... tetapi pastikan ianya di letakkan di tempat yang selamat.
Satu lagi kegunaan botol air terbuang yang hasilnya sungguh menawan. Hasil dari Kreativiti yang menghasilkan lampu gantung yang nampak unik dan elegan hanya dari barang terbuang.
Anda sudah jemu dengan balutan hadiah yang biasa... Anda boleh cuba cara di atas. Gunakan sahaja kertas terbuang atau terpakai kerana dari hasil kreativiti menarik ini...orang tidak akan lihat lagi kepada material pembungkus tersebut...Semua orang akan berkata, "Wow! cantiiik dan kreatifnya..."
Lihat betapa cantiknya hiasan yang terhasil..hanya dari pembuka tutup tin. Dengan menggabungkan hiasan tersebut, anda boleh jadikan pelbagai benda lain pula...
Anda mahukan sesuatu hasil seni yang menarik dan unik...tidak perlu berbelanja besar. Gunakan sahaja bahan terbuang dan buat seperti di atas... Anda ajarkan kepada anak anda, pasti dia akan suka...dan beritahu juga dia mengenai perlunya kitar semula. Suruh dia bawa kesekolah dan pasti kawan-kawannya akan minat dan inginkan benda yang sama maka... tersebarlah ilmu mengenai kitar semula...
Lihat...anda telah berjaya membuat dan mengajar sesuatu yang sungguh bermanfaat dan telah pun menyebarkannya. Mudah bukan....marilah bersama-sama kita kitar semula kerana anda tidak akan rugi malah memberi keuntungan pula... Bersama kita menjaga alam sekitar untuk masa depan kita dan generasi akan datang.
Janganlah semua benda yang sudah lama, rosak dan bahan terbuang itu dianggap sampah dan dibuang begitu sahaja. Setiap darinya terhasil dari sumber semulajadi yang terhad. Gunakanlah ia semula dengan kreatif ataupun juallah ia di tempat kitar semula.... Anda untung, alam pun terpelihara...
- Kreativiti kitar semula
Admin...
Tidak ada komentar:
Posting Komentar