Masjid yang indah senibinanya terdapat di seluruh pelusuk dunia. Masjid-masjid ini mempunyai pelbagai rekabentuk melambangkan kepelbagaian seni budaya tempatan dan Islam. Jumlah masjid akan terus bertambah melambangkan jumlah umat Islam yang semakin berkembang.
Setiap masjid mempunyai keunikan senibinanya yang tersendiri. Kehalusan dan keindahan senibina tempatan dan Timur Tengah yang di gabungkan menjadi satu binaan yang cukup unik dan menarik
Kita nikmati dan kenali lagi beberapa buah masjid yang indah dan unik senibinanya di seluruh dunia.
Masjid di Paramaribo, Surinam
Masjid Id Kah di Kashi, Xinjiang, China
Masjid Besar di Taipei, Taiwan
Masjid di Saint Petersburg, Rusia
Masjid di Skopje, Mecedonia
Masjid di Sumenep, Madura, Indonesia
Masjid di Tianjin, China
Masjid di Vienna, Austria
Masjid di Washington DC, Amerika Syarikat
Masjid di Michigan, Amerika Syarikat
Masjid di Madrid, Sepanyol
Masjid di Rom, Itali
Masjid di Stone Town, Zanzibar
Masjid di Pattani, Thailand
Senibina dan rekabentuk masjid sebenarnya bebas, tidak tertakluk kepada sebarang garis panduan namun ianya mesti sesuai dengan fungsi dan keselesaan sebagai tempat ibadat dan komuniti. Ianya juga tidak boleh menyimpang dari ajaran dan kepercayaan agama islam.
Tiada maknanya jika sesebuah masjid yang besar dan indah jika ianya tiada jemaah dan sekadar sebagai lokasi persinggahan pelawat...Marilah kita bersama-sama mengimarahkan masjid.
Bersama kita doakan.... Ya Allah! selamatkan lah umat Islam Palestin dan Masjid Al Aqsa...Amiin.
Lihat lagi keindahan senibina masjid yang berdiri megah di seluruh dunia:
Admin...
Tidak ada komentar:
Posting Komentar