Pesta Floria Putrajaya 2012...merupakan pameran bunga-bungaan terbesar di Malaysia. Setiap tahun ianya di adakan, biasanya pada setiap bulan Jun. Pelbagai aktiviti lain juga di adakan selain dari pameran diantaranya seperti bengkel, jualan, pertandingan dan demonstrasi.
(klik setiap gambar untuk besarkan)
Kali ini ekplorasi membawa anda melawat Pesta Floria Putrajaya 2012... Pesta ini amat menarik bagi mereka yang sukakan kecantikan dan keindahan bunga-bungaan, pokok, taman dan kreativiti gubahan. Pelbagai spesis bunga segar dapat anda lihat di sini.
Tapak pesta pula terbahagi kepada beberapa bahagian diantaranya Bahagian pameran dan pertandingan antara sekolah dan IPT. Disini pelbagai rekaan taman yang kreatif dan menarik hasil dari pelajar sekolah dan mahasiswa menunjukkan bakat mereka dalam mencipta dan mereka taman yang indah dan unik
Antara taman rekaan palajar dan penuntut IPT
Pihak penganjur juga menyerikan tapak pesta dengan pelbagai bunga serta rekaan taman dan objek/binaan yang menarik
Antara rekaan yang sangat menarik oleh penganjur di tapak pesta
Bahagian seterusnya bahagian pameran agensi kerajaan. Di sini pelbagai agensi kerajaan mempamerkan gubahan dan lanskap taman yang sungguh mempersonakan.
Dah namanya Pesta Floria...pastinya hamparan bunga-bungaan pelbagai jenis, bentuk dan warna memenuhi setiap ruang dan bahagian. Sungguh menyegarkan dan ceria suasana di tapak pesta ini.
Bahagian pameran tidak hanya di kawasan terbuka...Sebuah pavilion besar yang menempatkan pameran gubahan bunga-bungaan dan lanskap taman juga di sediakan. Di sini terdapat pameran dan pertandingan dari peserta dalam dan luar negara yang profesional dalam gubahan dan rekacipta bunga dan lanskap taman.
Bahagian seterusnya adalah bahagian pameran dari perbadanan dan perbandaran negeri di Malaysia. Setiap negeri mempamerkan gaya gubahan taman yang sungguh menarik dan kreatif. Tambah menarik dengan mengolah rekaan serta binaan di taman dengan budaya dan kesenian unik dari negeri masing-masing.
Pameran oleh Perbadanan Putrajaya
Pameran oleh Perbadanan Negeri Johor
Pameran oleh Majlis Perbandaran Pulau Pinang.
Selain dari bunga-bungaan, sayur-sayuran juga di gubah dan di pamerkan.
Pameran juga berlarutan hingga ke malam, tapi tidak dapat di sertakan gambar kerana saya pulang petang. Malam juga tidak kurang menariknya kerana ada pameran bot berhias dan pertunjukan bunga api di samping lampu-lampu hiasan yang pelbagai warna menyerikan tapak pameran.
Sebelum anda pulang pastikan anda singgah di bahagian gerai jualan, di sini anda boleh membeli pelbagai jenis pokok bunga, sayuran dan buahan, cenderahati, kraftangan, pakaian dan produk berkaitan pertanian sebagai ole-ole.
Setiap tahun pastinya Pesta Floria menjadi salah satu pameran yang sering saya tunggu-tunggu. Ianya memberi kenikmatan yang keseronokan melihat keindahan pelbagai jenis, rupa, bentuk dan warna bunga-bungaan di samping gubahan dan rekaan taman dan lanskap yang menarik dan unik.
Teruskan eksplorasi anda ke :
Tidak ada komentar:
Posting Komentar