Sabtu, 01 Desember 2012

Artikel Blog Kena Copy & Paste



Assalamualaikum...

Bagaimana perasaan anda jika artikel yang anda tulis dengan penuh perasaan...berfikir sambil memerah otak untuk mendapatkan idea dan ayat yang terbaik, bersengkang mata hingga lewat malam pulak tu...dan bila anda publish jer...esok, lusa dah ada entri yang sama, Sebijik sama! Termasuklah tajuknya! Ada di blog orang lain! Tanpa ada kedit atau backlink pulak tu! Hanya anda dan tuhan saja yang tahu perasaan anda ketika itu...

Sabar ajelah...itulah yang telah aku alami...
Mula2 tu tak kesah sangat apabila baru satu artikel je..tapi sekarang ni terlalu banyak artikel aku yang telah di copy & paste... Pelik juga, blog aku ni pun bukannya popular sangat...Apa lah yang menariknya artikel2 aku tu? Ye lah kot, mungkin kalau copy dari blog popular orang akan tahu ianya entri copy..hehe. Lama juga aku termenung...Akhirnya...Ya! aku perlu berfikiran positif...aku perlu kembali kepada niat ku yang asal...

Mungkin ada hikmah di sebaliknya... Aku hanya perlu bersabar dan membenarkannya seikhlas hati semoga artikel2 tersebut dapat memberi manfaat kepada lebih ramai pembaca walaupun mereka tidak tahu siapa penulis asalnya... dan semoga ianya menjadi satu amal jariah dari ku...

Bak kata pepatah..."Barang yang lepas jangan di kenang" Ianya tidak mematahkan semangat untuk aku terus menulis kerana nawaitu aku membuat blog ini adalah untuk menyampaikan...

Aku tahu yang aku bukanlah orang pertama yang menjadi mangsa...ramai lagi blogger2 di luar sana yang mengalami nasib yang sama. Jika anda tidak mahu content artikel anda di copy & paste... anda boleh cuba kaedah yang di beri di blog Lepak.com.my

Jadi...Relaks Minda anda...kerana Allah bersama anda, Maha Pengasih lagi Maha Mengetahui....

Admin...

Tidak ada komentar:

Posting Komentar