Assalamualaikum wbt...
Syukur... Alhamdulillah kerana masih lagi bernafas dan di beri kekuatan dan kesihatan pada
hari Jumaat yang mulia ini...Penghulu segala hari. Semoga anda juga dalam keadaan sihat dan berbahagia sentiasa...
Saat jendela di buka...terlihat
keindahan alam ciptaan Ilahi. Terlihat akan keagungan, kekuasaan dan
kebesaran Allah SWT. Sesungguh aku hanyalah insan kerdil yang tidak berdaya dan tidak punya apa-apa...hamba yang hanya menurut segala perintah Mu dan menjauhi segala larangan Mu....Allahuakbar...
Menjadi pembimbing, contoh dan petunjuk buat umat Islam.
Sempena hari Jumaat yang Mulia ini...saya mengajak diri saya anda semua berselawat keatas Nabi Muhammad SAW tanda sayang dan cinta kita kepadanya disamping memperoleh ganjaran yang tidak ternilai buat bekalan di akhirat kelak...Insyaallah...
Dari Abu Darda radiyallahu ‘anhu, bahawa Rasulullah SAW bersabda, “Barang siapa sahaja yang berselawat keatasku sepuluh kali di waktu pagi dan petang, maka dia akan mendapatkan syafaatku pada hari Kiamat.” (Hadis hasan, Al-Jami’ oleh al-Albani hadis no.6357)
Imam at-Tirmidzi rahimahullah meriwayatkan dari Abu Hurairah radiyallahu ‘anhu, bahawa Rasulullah SAW bersabda, “Terhinalah seseorang yang namaku disebut di sisinya, tetapi dia tidak berselawat kepadaku.” (hadis sahih, At-Tirmidzi hadis no.2870)
Selain dari sepanjang hari Jumaat ini, anda juga mendapat
ganjaran berganda dan keberkatan andai anda berselawat diantaranya ketika :
1. Ketika masuk dan keluar masjid.
2. Di tahiyyat akhir di dalam solat.
3. Setelah doa qunut.
4. Di dalam solat Jenazah setelah takbir yang kedua.
5. Sebelum dan sesudah berdoa.
6. Ketika disebut nama Baginda SAW.
7.Setiap hari ketika pagi dan petang.
8.Ketika menutup sebuah majlis atau perhimpunan
9. Sebelum dan selepas menyampaikan pengajaran.
Tazkirah tak boleh panjang-panjang... Nanti anda semua bosan membaca...
Kadangkala yang sedikit itu lebih bermakna, sampai dan senang di ingati dan di ikuti.
Akhir kata... Buat semua muslimin, jangan lupa kewajipan kita bersembahyang Jumaat...
Admin...