Entri yang anda cari berpindah ke link URL ini : http://relakssminda.blogspot.com/2013/04/post-8-menara-jam-di-malaysia.html
Selasa, 27 November 2012
Minggu, 25 November 2012
Jangan! Jangan Tengok Sekali je...
Gambar apa yang anda nampak? Maaf jika ianya mengganggu pandangan anda. Pasti ramai yang suka lihat...dan pasti ramai juga yang tidak suka melihatnya...
Perhatikan betul-betul dengan lebih teliti lagi... Apa sebenarnya yang anda nampak?
Tiada pun gambar wanita b*gel sebenarnya...Mmm...tumpukan pandangan mata anda dan lihat dengan teliti dan anda sebenarnya hanyalah melihat objek seperti pasu bunga, rak, kucing, langsir, gelas, sarung kaki...dll.
Besarnya unta!... Mana ada...itukan hanya pohon kelapa...
Eee...tengkorak! Eh?..mana ada tengkorak...
Hasil-hasil seni yang cukup menarik yang memberikan makna tersirat. Ia mengajar kita agar tidak melihat sesuatu lalu menilainya dengan hanya melihat sekali imbas. Jangan sekali-kali membuat sebarang andaian dan keputusan tanpa perlu membuat sebarang penelitian dan penilaian yang mendalam.
Begitu juga sesama manusia...jangan sesekali kita menilai seseorang itu dengan melihat rupa dan penampilan luaran. Selami hati budi barulah anda dapat mengenali dan menilai bagaimana sifat sebenar seseorang itu.
Begitu juga kita dengan Allah...Jangan sekadar mengucap dan penampilan diri yang menunjukkan kita ini seorang mukmin. Niat dan tekad di hati lebih penting di sertai perlakuan ikhlas dan tawaduk dalam menuruti segala perintahNya dan menjauhi segala laranganNya merupakan sifat sebenar seorang mukmin yang sejati. Ingatlah kerana Allah itu maha mengetahui...
Anda pasti teruja dengan artikel ilusi ini :
Ya Allah, selamatkan Al-Aqsa dan penduduk Islam Palestin...Amiin...
Admin...Terjemahan Al-Quran ~ Surah Al-Naba'
SURAH AL-NABA'
(Berita Besar)
Surah ke 78
Terdiri daripada 40 ayat (Makkiyyah)
Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang.
1. Tentang apakah mereka saling bertanya-tanya?
2. Tentang berita yang besar.*
* Berita yang besar ialah berita tentang hari berbangkit.
3. Yang dalam hal itu mereka berselisih.
4. Jangan!* Kelak mereka akan mengetahui,
* Ini adalah sanggahan terhadap pendapat orang kafir Mekah yang mengingkari hari berbangkit dan hari kiamat.
5. Sekali lagi jangan! Kelak mereka akan mengetahui.
6. Bukankah Kami telah menjadikan bumi sebagai hamparan,
7. Dan gunung ganang sebagai pasak?
8. Dan Kami memciptakan kamu berpasang pasangan,
9. Dan Kami jadikan tidurmu sebagai istirehat,
10 Dan Kami menjadikan malam sebagai pakaian.*
* Malam itu disebut sebagai pakaian kerana malam itu gelap menutupi alam jagat seperti pakaian menutupi tubuh manusia.
11. Dan Kami menjadikan siang untuk mencari rezeki.
12. Dan Kami bina di atas kamu tujuh (lapis langit) yang kukuh,
13. Dan Kami jadikan pelita (matahari) yang terang benderang,
14. Dan Kami turunkan dari awan, air hujan yang mencurah dengan lebatnya,
15. Untuk Kami tumbuhkan dengan air itu biji-bijian dan tanam tanaman.
16. Dan kebun-kebun yang rendang.
17. Sesungguhnya, kari keputusan adalah suatu waktu yang telah ditetapkan.
18 (Iaitu) pada hari (ketika) sangkakala ditiup, lalu kamu datang berbondong-bondong.
19. Dan (pada masa itu) langit pun dibuka, maka terdapatlah beberapa pintu,
20. Dan gunung-ganang pun diterbangkan (setelah dihancurkan) ke angkasa, lalu ia menjadi seperti debu yang beterbangan.
21. Sesungguhnya (neraka) Jahannam itu (sebagai) tempat mengintai (bagi penjaga yang mengawasi isi neraka)*.
* Di neraka Jahannam ada suatu tempat di amna dari tempat itu para penjaga neraka mengintai dan mengawasi isi neraka.
22. Menjadi tempat kembali bagi orang yang melampaui batas.
23. Mereka tinggal di sana dalam masa yang lama.
24. Mereka tidak merasakan kesejukan di dalamnya dan tidak (pula mendapat) minuman,
25. Selain air yang mendidih dan bernanah.
26. Sebagai pembalasan yang setimpal.
27. Sesungguhnya dahulu mereka tidak pernah merharapkan perhitungan.
28. Dan mereka benar-benar mendustakan ayat-ayat Kami.
29. Dan segala sesuatu telah Kami catat dalam suatu kitab.*
* Kitab di sini ialah buku catatan manusia.
30. Maka kerana itu rasakanlah! Maka tidak ada yang akan Kami tambahkan ke atas kamu selain azab.
31. Sesungguhnya orang yang bertakwa mendapat kemenangan.
32. (Iaitu) kebun-kebun dan buah anggur,
33. Dan gadis-gadis yang sebaya umurnya.
34. Dan gelas-gelas yang penuh (berisi minuman).
35. Di sana mereka tidak mendengar percakapan yang sia-sia mahupun (perkataan) dusta.
36. Sebagai balasan dan pemberian yang cukup banyak daripada Tuhanmu,
37. Tuhan (yang memelihara) langit dan bumi dan apa yang ada di antara keduanya; Tuhan Yang Maha Pemurah, tiada sesiapa pun yang diberi kuasa berbicara dengan Dia.
38. Pada hari, ketika roh* dan para malaikat berdiri bersaf-saf, mereka tidak berkata-kata, kecuali siapa yang telah diberi izin kepadanya oleh Tuhan Yang Maha Pemurah dan dia hanya mengatakan yang benar.
* Para ahli tafsir mempunyai pendapat yang berlainan tentang maksud roh dalam ayat ini. Ada yang mengatakan "Malaikat Jibril 'alahissalam", ada yang mengatakan "tentera Allah Subhanahu wa Taa'la"; dan ada pula yang mengatakan "roh manusia".
39. Itulah hari yang pasti terjadi. Maka barang siapa mengkehendaki, nescaya dia menempuh jalan kembali kepada Tuhannya.
40. Sesungguhnya Kami telah peringatkan kepadamu (orang kafir) azab yang dekat, pada hari manusia melihat apa yang telah diperbuat oleh kedua tangannya; dan orang kafir berkata : " Alangkah baiknya andainya dahulu aku jadi tanah."
Sabtu, 24 November 2012
Terjemahan Al-Quran ~ Surah Al-Nazi'at
SURAH AL-NAZI'AT
(Para Malaikat Yang Mencabut)
Surah ke 79
Terdiri daripada 46 ayat (Makkiyyah)
1. Demi (malaikat) yang mencabut (nyawa) dengan keras.
2. Demi (malaikat) yang mencabut (nyawa) dengan lemah lembut.
3. Demi (malaikat) yang turun dari langit dengan cepat.
4. Dan demi (malaikat) yang mendahului dengan kencang.
5. Dan demi (malaikat) yang mengatur urusan (dunia)*.
* Dalam ayat 1-5, Allah Subhanahu wa Taa'la bersumpah dengan malaikat-malaikat yang bermacam-macam sifat dan urusannya bahawa manusia akan dibangkitkan pada hari kiamat.
6. (Sesungguhnya kamu akan dibangkitkan) pada hari ketika tiupan pertama menggoncangkan alam,
7. (Tiupan pertama) itu diringi oleh tiupan kedua.
8. Hati manusia pada waktu itu merasa sangat takut.
9. Pandangannya tunduk.
10. (Orang kafir) berkata : "Apakah kita benar-benar akan dikembalikan kepada kehidupan kita semula (seperti keadaan di dunia dahulu)?*
* Setelah orang kafir mendengar adanya hari kebangkitan sesudah mati, mereka merasa hairan dan mengejek kerana menurut keyakinan mereka, tidak ada hari kebangkitan. Itulah sebabnya mereka bertanya demikian.
11. Apakah (akan dibangkitkan juga) apabila kita telah menjadi tulang-belulang yang hancur?
12. Mereka berkata : "Kalau demikian, itu adalah suatu pengembalian yang merugikan."
13. Maka pengembalian itu hanyalah dengan kembali tiupan sahaja.
14. Maka seketika itu mereka hidup kembali di bumi (yang baru).
15. Sudahkah sampai kepadamu (wahai Muhammad) kisah Musa?
16. Ketika Tuhan memanggilnya (Musa) di lembah suci iaitu Lembh Tuwa;
17. Pergilah engkau kepada Firaun! Sesungguhnya dia telah melampaui batas,
18. Maka katakanlah (kepada Firaun): "Adakah kamu ingin membersihkan dirimu (daripada kesesatan)"
19. Dan mahukah, aku tunjukkan kepadamu jalan mengenal Tuhanmu agar engkau takut kepadaNya?
20. Lalu (Musa) memperlihatkan kepadanya mukjizat yang besar.
21. Tetapi dia (Firaun) mendustakan dan menderhaka.
22. Kemudian dia berpaling seraya berusaha menentang (Musa).
23. Kemudian dia mengumpulkan (pembesar) lalu berseru (memanggil kaumnya).
24. (Seraya) berkata: "Akulah tuhanmu yang paling tinggi."
25. Maka Allah menghukumnya dengan azab di akhirat dan seksaan di dunia.
26. Sesungguhnya pada yang demikian itu terdapat pelajaran bagi orang yang takut (kepada Allah).
27. (Wahai golongan yang ingkarkan hari kebangkitan) Apakah penciptaan kamu yang lebih sukar ataukah langit yang telah dibina ileh Allah itu?
28. Dia telah meninggikan binaan langit itu, lalu menyempurnakannya.
29. Dan Dia menjadikan malamnya (gelap gelita) dan menjadikan siangnya (terang-benderang).
30. Dan setelah itu bumi Dia hamparkan.
31. Darinya Dia pancarkan mata air, dan (ditumbuhkan) tumbuhan-tumbuhannya.
32. Dan gunung-ganang, Dia pancangkan dengan teguh.
33. (Semua itu) untuk kesenanganmu dan untuk haiwan-haiwan ternakanmu.
34. Maka apabila malapetaka besar (hari kiamat) telah datang,
35. Iaitu pada hari (ketika) manusia teringat akan apa yang telah dikerjakannya.
36. Dan neraka diperlihatkan dengan jelas kepada setiap orang yang melihat.
37. Maka adapun orang yang melampaui batas,
38. Dan lebih mengutamakan kehidupan dunia,
39. Maka sesungguhnya, nerakalah tempat tinggalnya.
40. Dan adapun orang yang takut kepada kebesaran Tuhannya dan menahan diri daripada (keinginan) hawa nafsunya,
41. Maka sesungguhnya, syurgalah tempat tinggal(nya).
42. Mereka (orang kafir) bertanya kepadamu (Muhammad) tentang hari kiamat: "Bilakah terjadinya?"*
* kata-kata ini mereka ucapkan sebagai ejekan saja bukannya mereka mempercayai hari berbangkit.
43. Untuk apa engkau perlu menyebutkannya (waktunya)?
44. Kepada Tuhanmu (dikembalikan) kesudahannya (ketentuan waktunya).
45. Engkau (wahai Muhammad) hanyalah pemberi peringatan bagi siapa yang takut kepadanya (hari kiamat).
46. Pada hari ketika mereka melihat kiamat itu, mereka merasa seakan-akan hanya tinggal (di dunia) pada waktu petang atau pagi hari.*
* Kerana hebatnya suasana hari berbangkit itu, mereka merasakan bahawa hidup di dunia adalah sebentar sahaja.
Kamis, 22 November 2012
Maksud dalam Bacaan...
Assalamualaikum... Kewajipan kita sebagai umat Islam untuk menunaikan sembahyang. Acap kali kita menyebutnya pabila menunaikan sembahyang tapi kita tidak tahu maksudnya. Berikut adalah beberapa maksud bacaan kita dalam sembahyang...Semoga kita lebih kusyuk dalam sembahyang. Tatkala bibir melafazkan bacaan...hati pula mentafsir maksud bacaan. (klik untuk besarkan)
Bacaan ketika duduk antara dua sujud
Doa Qunut
Laungkan...dan Lafazkan...sepanjang masa, setiap detik, setiap ketika...
Saya hanya menyampaikan...semoga anda mendapat sedikit manfaat. Terima kasih kepada pembuat sumber, semoga amal jariah anda berpanjangan.
Ya Allah...Selamatkan Al-Aqsa dan umat Islam di Palestin...Amiin...
Admin...
Terjemahan Al-Quran ~ Surah 'Abasa
SURAH 'ABASA
(Dia Bermasam Muka)
Surah ke 80
Terdiri daripada 42 ayat (Makkiyyah)
Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang
1. Di (Muhammad) berwajah masam dan berpaling.
2. Kerana seorang buta telah datang kepadanya.*
* Seorang buta itu bernama "Abdullah bin Ummi Maktum mendatangi Rasulullah S.A.W untuk mengetahui tentang ajaran Islam, lalu Rasulullah S.A.W bermuka masam dan berpaling kerana Baginda sedang menghadapi pembesar Quraisy dengan pengharapan agar pembesar-pembesar tersebut mahu masuk Islam. Maka turunlah ayat ini.
3. Dan tahukah engkau (wahai Muhammad) barangkali dia ingin menyucikan dirinya (daripada dosa).
4. Atau dia (ingin) mendapatkan pengajaran, yang memberi manfaat kepadanya?
5. Adapun orang yang merasa dirinya serba cukup
6. Maka engkau (wahai Muhammad) memberi perhatian kepadanya.
7. Padahal tidak ada (cela) atasmu kalau dia tidak menyucikan diri (beriman).
8. Dan adapun orang yang datang kepadamu dengan bersegera (untuk mendapatkan pengajaran).
9. Sedang dia takut (kepada Allah).
10. Engkau (Muhammad) telah mengabaikannya.
11. Sekali-kali jangan(begitu)! Sesungguhnya, (ajaran-ajaran Allah) itu suatu peringatan.
12. Maka barang siapa mengkehendaki, tentulah dia akan memperhatikannya.
13. Di dalam kitab-kitab yang dimuliakan (di sisi Allah).
14. Yang ditinggikan (dan) disucikan.
15. (Terpelihara) di tangan para utusan (malaikat).
16. Yang mulia lagi berbakti.
17. Celakalah manusia! Alangkah kufurnya dia!
18.(Tidakkah dia memikirkan) daripada apakah Dia (Allah) menciptakannya?
19. Daripada setitis mani, Dia menciptakannya., lalu menentukannya.
20. Kemudian jalannya Dia mudahkan (ketika dilahirkan ibunya dan sepanjang hayatnya),
21. Kemudian Dia mematikannya lalu menguburkannya,
22. Kemudian jika Dia mengkehendaki, Dia membangkitkanya kembali.
23. Sekali-kali jangan (begitu)! Dia (manusia) itu belum melaksanakan apa yang Dia (Allah) perintahkan kepadanya.
24. Maka hendaklah manusia itu memperhatikan makanannya.
25. Kamilah yang telah mencurahkan air melimpah (dari langit).
26. Kemudian Kami belah bumi dengan sebaik-baiknya.
27. Lalu di sana Kami tumbuhkan biji-bijian.
28. Dan anggur dan sayur-sayuran.
29. Dan zaitun dan pohon kurma.
30. Dan kebun-kebun (yang) rendang.
31. Dan buah-buahan serta rerumputan.
32. (Semua itu) untuk kesenangan dan untuk haiwan-haiwan ternakanmu.
33. Maka apabila datang suara yang memekakkan (tiupan sangkakala yang kedua).
34. Pada hari itu manusia lari daripada saudaranya.
35. Dan daripada ibu dan bapanya.
36. Dan daripada isteri dan anak-anaknya.
37. Setiap orang daripada mereka pada hari itu mempunyai urusan yang menyibukkannya.
38. Pada hari itu ada wajah-wajah yang berseri-seri.
39. Tertawa dan gembira ria.
40. Dan pada hari itu, ada (pula) wajah-wajah yang tertutup debu (suram).
41. Tertutup oleh kegelapan (ditimpa kehinaan dan kesusahan).
42. Mereka itulah orang-orang kafir yang derhaka.
Langganan:
Postingan (Atom)