Rabu, 19 September 2012

Terjemahan Al-Quran - Surah Al-Fatihah

Surah Al-Fatihah
(Pembukaan)
Surah Pertama
Terdiri daripada 7 ayat (Makkiyyah)

1. Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah, Lagi Maha Penyayang.

2. Segala puji bagi Allah, Tuhan semesta alam.

3. Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang.

4. Pemilik hari pembalasan. *
*Yaumiddin (hari pembalasan), hari manusia menerima pembalasan amalnya, baik atau buruk. Disebut juga yaumul qiyamah, yaumul hisab dan sebagainya.

5. Hanya  kepada Engkau kami menyembah dan hanya kepada Engkau kami memohon pertolongan.

6. Tunjukkanlah kami jalan yang lurus.*
* Jalan yang lurus iaitu jalan yang benar yang mendapat memberi kebahagiaan di dunia dan akhirat.

7. (Iaitu) jalan orang yang telah Engkau beri nikmat kepada mereka, bukan (jalan) mereka yang dimurkai dan bukan (pula jalan) mereka yang sesat.*
* Mereka yang dimurkai oleh mereka yang sengaja menentang ajaran Islam (Nasara). Mereka yang sesat (Yahudi) ialah mereka yang sengaja mengambil jalan selain dari ajaran Islam. 


Tidak ada komentar:

Posting Komentar