Jumat, 28 September 2012

Terjemahan Al-Quran - Surah Quraisy

SURAH QURAISY
(Suku Quraisy)
Surah ke 106
Terdiri daripada 4 ayat (Makkiyyah)

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang.

1. Kerana kebiasaan orang Quraisy.

2. (Iaitu) kebiasaan mereka bermusafir (menjalankan perniagaan) pada musim dingin dan musim panas.*
* Orang Quraisy biasa mengadakan perjalanan, terutama untuk berdagang ke negeri Syam pada musim panas dan ke negeri Yaman pada musim dingin. Dalam perjalanan itu, mereka mendapat jaminan keamanan daripada para penguasa negeri-negeri yang dilaluinya. Ini adalah suatu nikmat yang amat besar daripada Allah Subhanahu wa Taa'la kepada mereka.

3. Maka hendaklah mereka menyembah Tuhan (pemilik) rumah ini (Kaabah).

4. Yang telah memberi makanan kepada mereka untuk menghilangkan lapar dan mengamankan mereka daripada rasa ketakutan.

Tidak ada komentar:

Posting Komentar