Jumat, 28 September 2012

Terjemahan Al-Quran - Surah Al-Ma'un

SURAH AL-MA'UN
(Bantuan)
Surah ke 107
Terdiri daripada 7 ayat (Makiyyah)

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang.

1. Tahukah kamu (orang) yang mendustakan agama?

2. Mereka itu ialah orang yang mengherdik anak yatim.

3. Dan tidak mendorong memberi makan orang miskin.

4. Maka celakalah orang yang solat.

5. (Iaitu) orang yang lalai terhadap solatnya.

6. Yang berbuat riak.*
* Riak ialah melakukan sesuatu amal perbuatan bukan untuk mencari keredaan Allah Subhanahu wa Taa'la, akan tetapi untuk mencari pujian atau kemasyhuran di mata masyarakat.

7. Dan enggan (memberikan) bantuan.*
* Sebahagian mufassir mengertikan dengan "enggan membayar zakat".

Tidak ada komentar:

Posting Komentar